Isnin, 19 Disember 2011

Calon Isteri Jutawan 8



BAB 8

DALAM nak tak nak aku berfikir, sekarang aku sudah memijak lantai ID Holdings. Entah untuk kali ke berapa. Aku belum bekerja di sini, tetapi macam-macam kenangan yang dah aku cipta. Sedih, marah, kecewa, semua aku dah rasa. Nafas ditarik dalam-dalam. Kali ini sama juga seperti yang lalu, aku berdoa semoga aku tidak bertembung dengan Izzad. Tidak sanggup lagi aku mahu berdepan dengan lelaki itu selepas apa yang berlaku.

“Cik…” tegur satu suara. Aku terus tersedar. Mataku menangkap beberapa pandangan mata dari dalam badan lif.

“Cik nak masuk ke tak?” soal lelaki yang berdiri di hadapan sekali. Mungkin lelaki itu yang menegurku tadi. Dengan senyuman malu aku melangkah masuk. Pintu lif tertutup.

“Cik nak ke tingkat berapa?” soal lelaki yang sama.

“Err… tingkat 5,” jawabku gagap. Maklumlah, hati sedang berdegup kencang. Lelaki itu hanya mengangguk. Tidak pula dia menekan butang pada lif. Mungkin sudah ada yang tekan agaknya.
Sampai di tingkat 5, aku melangkah keluar. Lelaki itu pun sama. Dia tersenyum ke arahku. Aku senyum balik. Dah macam iklan ubat gigi Darlie pula.

“Encik kerja dekat tingkat ni ke?” soalku.

“Aah.. saya Hafiz. Pembantu kanan bahagian sumber manusia.” Lelaki itu memberitahu.

“Saya Izyanie. Saya datang untuk panggilan kerja. Encik kenal tak dengan Puan Eline?”

“Puan Eline? Pengurus sumber manusia ke?” Hafiz berhenti di hadapan sebuah bilik. Tertera nama lelaki itu di situ.

“Hmm.. surat tu tulis saya kena berjumpa dengan Puan Eline tu dulu.”

“Awak boleh tunggu di tempat pelawat. Nanti saya panggilkan Puan Eline.” Aku hanya mengangguk. Hafiz masuk ke dalam biliknya. Ruang menunggu tidak jauh dari bilik lelaki itu.

Aku duduk sambil memandang sekeliling. Tidak kunafikan yang ID Holdings ini adalah sebuah syarikat yang mewah. Setiap tingkatnya menggambarkan landskap yang berbeza. Mungkin untuk membezakan setiap bahagian. Aku bangun bila Hafiz muncul bersama seorang wanita cina. Aku bersalaman dengan wanita itu.

“You Nurul Izyanie ya?” soal Puan Eline. Aku hanya tersenyum.

“I Puan Eline. You boleh ikut I masuk bilik. Kita bincang bahagian kerja you. Come…” Puan Eline menggamitku. Aku mengangguk sambil tersenyum ke arah Hafiz.

“Terima kasih Encik Hafiz.” Aku bersuara ketika melepasi lelaki itu. Lelaki itu hanya mengangguk senang.

Aku melangkah masuk apabila dijemput Puan Eline. Wanita itu dari tadi asyik tersenyum sahaja.
Aku yang gemuruh tadi sudah sedikit tenang. Tapi, ada soalan yang masih membelenggu kotak fikiranku sejak beberapa hari ini.

“You dah ready?” soal Puan Eline dalam nada bergurau.

“Saya takut juga sebab ini first time saya bekerja,” jujurku menjawab. Tengok dari mukaku yang macam ayam berak kapur ni pun orang dah tahu yang aku tengah takut. Orang utara kata, ketaq lutut cek! Puan Eline hanya ketawa.

“Don’t worry dear. Semuanya akan berjalan lancar. First time kerja memang tak biasa lagi. Tapi, I pasti bila dah lama nanti, you akan biasa.”

“Err.. boleh saya tanya puan sesuatu?”

“Yeah! Sure. You nak tanya apa?”

“Saya tak pernah pun apply untuk jawatan pembantu setiausaha ni. Macam mana saya boleh dapat kerja ni pula?” soalku sambil pandang tepat wajah cantik Puan Eline. Wanita itu tersenyum kecil dan terus membelek-belek fail di depannya. Beberapa minit soalanku dibiarkan tanpa jawapan.

“Puan…” Aku memberanikan diri.

“You akan tahu nanti. Tugas I hanya untuk terangkan you punya tugasan dan hantar you di bahagian yang telah ditetapkan. Tapi, you jangan risaulah. Ini mungkin rezeki you. Jangan pening kepala fikirkan benda ni lagi. Kerja ni bukannya suruh you membunuh,” gurau Puan Eline. Aku ketawa kecil.

“Terima kasih banyak puan.”

“Nothinglah… I buat kerja I. Sekarang, kita story mori pasal you punya kerja pula ya. You akan bantu senior secretary. Siapa? Nanti you akan tahu. Semua kerja you, dia yang akan ajar nanti.”

“Puan cakap macam ni, makin gemuruh pula saya.” Aku bermain dengan hujung tudung.

“You ni. I yakin you pasti akan selesa bekerja dengan senior secretary tu. You boleh start kerja tomorrow.”

“Baiklah puan. Bila saya boleh jumpa senior secretary tu?”

“Nanti dia akan datang sini. Ha! itupun dia. Lily, come in. Kenalkan ini you punya new assistant. Nurul Izyanie.” Puan Eline bangun. Aku turut bangun bila nama Lily menyinggah telingaku.

“Hai, Yanie.” Lily tersenyum sambil terus mendakapku. Aku terdiam.

“Lily…” Hanya itu yang mampu meniti di bibirku. Puan Eline tersenyum-senyum sahaja.

“Awak akan bekerja dengan saya mulai esok. Mari, saya tunjukkan tempat dan tugas-tugas yang akan awak buat. Puan Eline, thank you so much.” Lily membuat flying kiss kepada Puan Eline.

“Don’t mention that. Send my regards to the young boss. Kata pada dia, jangan nakal-nakal.” Puan Eline ketawa diikuti dengan Lily. Aku hanya diam. Tidak mahu menyampuk kerana aku tidak tahu hujung pangkal cerita. Karang tiba-tiba menyampuk, salah pula. Tak ke malu.

“Jom, Yanie…” Lily sudah berdiri di muka pintu.

“Terima kasih Puan Eline.” Sekali lagi aku bersalam dengan wanita itu.

“Okey. Have a nice day.” Puan Eline melambaikan tangan. Memang seorang yang happening.

“Lily…” panggilku bila aku dan Lily bergandingan untuk ke lif. Lily hanya tersenyum.

“Awak jangan tanya apa-apa. Saya cuma jalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya.”
Jawapan yang hampir sama dengan Puan Eline. Aku terima dengan separuh rela alasan yang diberi.

“Saya tak cakap apa-apa pun.” Sengaja aku mahu menyakat Lily. Terletus ketawa dari mulut Lily.

“Amboi! Bukan main syok ketawa. Sampai tak pandang sekeliling dah,” tegur satu suara. Aku berpaling. Hafiz sedang tersenyum lebar. Aku tengok Lily juga tersenyum.

“Sibuk aje,” jawab Lily sambil mencebik. Hafiz dengan selamba mencubit pipi Lily. Mati terus senyumanku.

“Lily! Encik Hafiz! Tolong jaga adab pergaulan.” Terlepas suaraku. Yang jelas aku terkejut dengan perbuatan di depanku. Lily yang bertudung sanggup bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Encik Hafiz yang kusangka baik rupanya lelaki tidak beradab.

“Yanie…” Lily memegang tanganku dengan senyuman di bibir.

“Ini suami saya. Hafiz.” Sambung Lily bila aku tidak bereaksi langsung. Kepalaku terus terteleng. Menghadap Lily dan Hafiz silih berganti. Kedua-duanya hanya tersenyum. Saat ini aku rasa macam nak lari sorok muka dalam tandas. Tak pun kalau ada kuasa ajaib, aku mahu menghilangkan diri sekarang juga. Right now!

“Err.. ya ke. Saya minta maaf Lily, Encik Hafiz. Saya ingat yang….” Belum habis aku menerangkan Lily sudah memeluk bahuku.

“Saya faham. Saya pun salah sebab tak kenalkan awak dengan dia tadi. Tiba-tiba jadi adegan macam tadi. Mestilah awak salah fahamkan. Saya pun nak minta maaf juga.” Lily bersuara.

“Sekurang-kurangnya abang tahu, yang Lily ada kawan yang bertanggungjawab.” Hafiz pula bersuara lembut. Tersenyum aku mendengarnya. Kalau aku yang bukan siapa-siapa ini sudah tersenyum, apatah lagi Lily. Tuan empunya badan. Senyum bukan main lebar lagi. Iyalah, cik abang menunjukkan keprihatinannya. Siapa yang tak suka kan.

“Lily naik dululah, bang. Assalamualaikum.” Lily tersenyum ke arah Hafiz. Hafiz mengangguk sambil menjawab salam.

“Balik nanti abang tunggu dekat tempat biasa,” pesan Hafiz sebelum kami berpisah. Sedap betul telinga aku mendengar bahasa yang digunakan Lily dan Hafiz. Abang! So sweet.

“Menungkan apa tu?” tegur Lily ketika kami sudah berada di dalam lif.

“Yanie tak sangka yang Lily rupanya dah kahwin. Dah berapa tahun?”

“Baru nak masuk 6 bulan.” Tersenyum aje Lily ni sejak jumpa buah hati.

“Baru lagilah. Tahniah…tahniah… Yanie tengok Lily dengan Encik Hafiz tu sweet sangat. Suka Yanie tengok.” Aku pula yang terlebih excited. Almaklumlah, tak pernah bercinta. Sekali macam beruk dapat pisanglah pula.

“Tak lama lagi Yanie pun akan rasa apa yang Lily rasa.” Penuh makna kata-kata Lily. Aku baru hendak membalas tapi pintu lif sudah sampai di tingkat 7. Teragak-agak aku mahu keluar.

“Lily, kita nak buat apa dekat sini?”

“Lilykan kerja di tingkat ni. Maknanya, Yanie pun sama. Kita berdua akan bekerja di bawah Encik Izzad.” Lily menepuk perlahan lenganku sebelum dia melangkah ke mejanya. Aduh! Bala-bala. Benda yang kita nak elak tulah yang datang semakin hampir.

“Encik Izzad, she’s here.” Telingaku mendengar Lily memaklumkan di intercom. Pastilah dengan si jutawan muda tu.

“Yanie, jom. Encik Izzad panggil.” Lily sudah bersedia untuk ke bilik bosnya. Aku menarik nafas berat sebelum mengikut Lily. Apalah nasibku kali ini? Adakah sama seperti pertemuan tempoh hari? Bergaduh, satu apa pun tak dapat kata putus. Aku benar-benar penat dengan apa yang berlaku.

Tok! Tok! Lily mengetuk pintu bilik yang tertera cantik nama lelaki itu. Izzad Daniel Yong! Selepas mendapat keizinan masuk, Lily membuka pintu. Kami melangkah masuk. Kulihat Izzad sedang tekun membuat kerja di mejanya. Sedikit pun dia tidak mengangkat muka. Kusyuk benar lagaknya.

“Encik Izzad…” Lily bersuara perlahan.

“Wait a minute. Duduk dulu…” jawab Izzad sambil mengangkat kepala sekilas sebelum kembali membuat kerja. Kali pertama aku melihat lelaki itu seserius itu. Nampak macho dan berkaliber. Dengan tali leher yang sedikit santai dan lengan kemeja yang berlipat sampai ke lengan. Benar! Lelaki ini memang ada auranya yang tersendiri. Dalam tidak sedar aku tersenyum sendiri.

“Yanie…” panggilan Lily menyentakkanku. Aku malu sendiri melihat senyuman lebar Lily.

“Jangan pandang lama-lama. Nanti sangkut.” Nakal sahaja bicara Lily. Mukaku sudah membahang. Malu kerana tertangkap.

“Sorry girls.” Izzad sudah melangkah ke arah kami. Dia duduk di hadapanku. Entah sengaja ataupun memang kebetulan.

“Dah tahu skop kerja awak?” soal Izzad terus ke arahku. Aku yang tidak bersedia dengan serangan itu hanya diam. Cuba mencerna apa yang ditanya Izzad. Maklumlah, campur dengan malu tertangkap tadi. Lagilah otak aku blank.

“Ehem!” Izzad berdehem perlahan. Dia pegang tali lehernya. Konon-konon nak betulkanlah tu.

“Saya belum terangkan lagi skop kerja untuk cik Izyanie,” jawab Lily. Kalau depan bos dan pasal kerja kenalah formal sedikit. Izzad mengangguk kecil.

“Encik Izzad nak minum apa-apa ke?” Lily sudah bangun berdiri.

“Saya nak teh suam. Thanks Lily.”

“Yanie?” Lily memandangku pula. Aku sekadar menggeleng. Rasanya tidak tertelan air kalau aku minum sebab terpaksa berdepan dengan lelaki ini.

Lily melangkah keluar. Semakin aku gelisah. Duduk berdua begini mendatangkan pelbagai rasa. Izzad kulihat hanya biasa-biasa sahaja. Mengambil surat khabar dan dibacanya. Aku juga yang mati akal.

“Awak ada apa-apa nak tanya saya ke?” soal Izzad tanpa mengalihkan bacaan daripada surat khabar.

“Err… erm…” kelu betul lidahku. Haish! Buat malu tuan betullah.

“Tak ada tak apa.” Dia tanya dia jawab. Aku senyum sendiri mendengar bicara Izzad. Tapi cepat-cepat aku padamkan senyuman takut Izzad perasan.

“Tak nak tahu kenapa awak tiba-tiba dapat kerja ni?” soalnya lagi. Aku masih sama. Diam tidak menjawab. Biarlah… pastinya nanti Izzad yang akan jawab sendiri. Jahatkan aku ni!

“Tak apalah kalau tak nak tahu.” Lain yang aku harapkan, lain yang dia jawab.

“Kenapa?” kali ini barulah aku pula yang menyoal. Malulah juga. Tadi jual mahal.

Izzad melipat surat khabarnya. Aku nampak dia tengah senyum. Senyum mengejek ke apa? Mulalah aku nak naik hangin ni. Sabar Yanie… sabar…

“Banyak sebab. First, saya kesian pada awak pasal temuduga dulu. Saya tahu awak nak sangat kerja. Second, nanti Lily akan cuti bersalin jadi saya memang perlukan sangat setiausaha. Jadi, saya suruh Lily latih awak.” Izzad diam sebentar. Ooh… Lily mengandung rupanya. Tapi, kenapa perut dia tak nampak pun?

“Third, saya bagi kerja ni bukan dengan percuma. Saya takkan suka-suka ambil awak kalau tak ada sebab.” Izzad bercakap dengan suara yang biasa-biasa tapi aku yang mendengar ni rasa berasaplah juga. Tak sah kalau tak ada agenda! Senang kata, tak ikhlas!

“Kalau awak setuju dengan apa yang saya cakap ni, this job is your. Saya tahu, pak cik awak pun bekerja di bawah syarikat inikan. Kalau awak nak pak cik awak tu bekerja lama, setuju ajelah.” Masih tersenyum. Lelaki ini memang pandai menipu. Buat aku sakit hati aje! Aku mengetap bibir.

“Syaratnya simple. Saya rasa awak pun dah dapat agakkan. Saya nak awak sertai dalam ujian mencari calon isteri saya tu. Sebab awak saya tangguhkan dulu ujian tu.”

Subhana-Allah. Apa punya manusia Izzad ni? Tak faham bahasa ke? Kenapa perlu paksa aku? Tak jalan ke kalau aku tak join benda mengarut tu? Penting sangat ke aku ni? Izzad ni memang sengaja nak mainkan aku. Mentang-mentang aku tak se’hot’ teman-teman wanitanya yang lain, dia boleh buat macam ni. Izzad memang kejam! Melampau!

“Tolonglah Encik Izzad. Saya dah penat macam ni. Kenapa perlu paksa-paksa saya buat benda yang saya tak rela? Tak cukup ke dengan sembilan calon yang lain tu? Kenapa perlu babitkan saya dalam hal ni?” lemah sahaja suaraku. Aku benar-benar penat dengan perangai Izzad. I’m tired!

“Saya lagi penat menunggu kata putus dari awak. Apa, awak ingat senang-senang saya nak bagi awak kerja ni? Apa awak ingat saya boleh suka-suka hati aje dapatkan awak kerja semudah ini? Mana ada benda dalam dunia ni yang free. Nak masuk tandas pun bayar tiga puluh sen tau.” Ada aje jawapan Izzad ni. Nak aje aku lepuk kepala dia ni!

“Susah cakap dengan orang terlebih pandai ni,” gumamku perlahan. Lantak dialah kalau dia dengar!

“Senang aje. Saya cuma nak awak hadirkan diri dan ikut ujian tu. Saya mesti cukupkan sepuluh calon sebab itu saya perlukan sangat awak. Awak jangan ingat saya buat semua ni sebab saya syok dekat awak. Sorry ya. Pihak media semua dah tahu yang sepuluh calon akan mengikuti ujian ni. Tak kisahlah kalau awak nak buat apapun sepanjang ujian tu, janji awak hadir dan libatkan diri. That’s all.”

Aku memandang Izzad. Lelaki ini benar-benar tidak faham bahasa! Nak memaksa aje kerjanya. Baik! Nak sangat paksa aku kan.

“Okey! Saya setuju untuk ikut ujian merepek Encik Izzad ni. Encik sendiri kata saya boleh buat apa yang saya suka sepanjang ujian tukan. Kalau saya buat main-main pun rasanya bukan satu masalahkan. Saya akan pastikan yang semua ujian yang encik buat tu, saya tak lulus. Saya ikut ni sebab encik suka sangat memaksa. Tapi, saya pegang janji encik. Sebaik saya tamat ujian ni, kerja sebagai pembantu setiausaha ni memang menjadi jawatan saya. Encik tak boleh tarik balik.” Aku bersuara yakin.

Sebab aku perlukan sangat kerja, jadi aku setuju. Lagipun, bukannya susah mana pun. Aku buat ajelah apa-apa supaya aku tak lulus ujian. Lepas tu, selesai. Aku tidak berhutang apa-apa dengan lelaki ini.

“Baiklah kalau macam tu. Deal!” Izzad tersenyum lebar. Aku belajar sesuatu hari ini. Kepala orang berniaga ni memang penuh dengan agenda!

Pintu dibuka dari luar. Lily tersenyum-senyum sambil menatang dulang minuman. Aku tahu Lily memang sengaja masuk lambat. Kalau tidak masakan buat minuman lama sangat. Mesti dia dah rancang dengan bos kesayangan dia ni.

“Macam mana? Dah selesai?” bisik Lily kearahku. Kan betul!

“Dah…” jawabku acuh tak acuh. Lily mengangguk dengan senyuman.
Aku memandang Lily dan Izzad silih berganti. Bos dengan setiausaha pun sama aje! Aku yang menjadi mangsa.

~bersambung...

p/s : minta maaf lambat update dan selamat membaca.. jangan lupa komen ya.. terima kasih.. ^^

30 ulasan:

Nur Anisah berkata...

heeee . Best!! *taktau apa nak komen xD*

aisy berkata...

hahaha..x sbr nk tggu masa ujian berlgsung..mesti lg best..

Yaya Nufariya berkata...

betul tu. tak sbr nak tunggu ujian berlangsung. hehe

Tanpa Nama berkata...

bile nk smbung ni...
xsaba2 nk tau next story dah ni..hehe

Yuniey berkata...

ee,,,x sbr nk tau part ujian nnti..

zetty berkata...

Mmg best, xsabar nak tunggu next chapter. Ujian oh ujian...he4

Tanpa Nama berkata...

dah baca dr chap 1 to 8... hummm memang bestlah Afifah... tak rugi mengadap lappy berjam2 hari ni..
sungguh...tak sabar nak tahu ujian apalah agak nya nanti.. Izzad tu memang sengaja nak menjolok hati Nurul Izyanie. padanlah sama2x degil.. tak dpt bayangkan nanti karenah si Nurul Izyanie masa ujian nanti... thanks Afifah...next n3.. kami tunggu.. :)

Tanpa Nama berkata...

jalan cite ni bes gle..
so funny, cont. la cpt2...
ske3....

aya berkata...

nak lagi..best2~~~:D

Tanpa Nama berkata...

Egonya Izzad tu ye!!! Boleh ugut lagi kalau tak ikut rancangan gila dia tu. Masa ujian pemilihan nanti buat gila2 .....biar gempaq...hehe

~ kak min ~

Tanpa Nama berkata...

hahaha.... mcm mana lah suasana waktu kerja nanti.... penuh agenda

-tia

Tanpa Nama berkata...

Salam Afifah,

Saya suka baca novel ni, tapi ada sedikit teguran ye...Harap awak tak kecik hati.

Ada satu part tu "send my regret to the young boss" salah tu, sepatutnya "send my regards..." ok. Regret tu maknanya sesal...:)

Tanpa Nama berkata...

it's not regrets, it's regards... tp siyes bez.. gd job.. smbg2 lg ye.. can't wait..

Nurfelisya berkata...

best! next:)

umi kalsom berkata...

I like very much. :)

Afifah Yusof berkata...

terima kasih banyak buat semua yang sudi baca dan komen cerita ni.. terima kasih sangat2.. untuk T.Nama yang menegur, terima kasih.. nanti saya betulkan balik.. hihi.. segan sebenarnya sebab tak pandai sangat BI ni.. ^^

Nurfazila Suhaide berkata...

wah!!! best...nak lagi...

IVORYGINGER berkata...

hahaha... menarik. apa ya yanie nk buat ms ujian blangsung??? then betulkah tak iZzad xsyok kat Yanie??? Klu tak napa nk paksa Yanie??? kan kan... (^_^)

Gs'2 berkata...

bila nk msukkn n3 bru???dh xsaba nk bce!!!!

SueRya berkata...

izzad tu memang suka mengugut ke apa? papepon citer ni mmg best..cepat2 smbung eh kak

Tanpa Nama berkata...

fifah, bile nak n3 baru...tak sabo nk tau ujian tu.dan rsa2kn izzad tu mcm dah jatuh ht kat yanie je.

#rabaah~junaidi# berkata...

bila nak update n3 baru cik writer!!!!.. seksa menunggu nie..

Tanpa Nama berkata...

best best .. x saba nk tunggu ep seterusnye :PP

Tanpa Nama berkata...

cepat2 sambung ye! ^^

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua.. ^^

Tanpa Nama berkata...

bila nk cont' dah addicted laa

Tanpa Nama berkata...

best!! kalau dinovelkan mesti lg best.. xsbar nk bca :D :))

salmiah berkata...

Hi,
Saya baru baca sampai chapter ni tapi ada salah eja sikit.jangan marah tau saya nak tegur.Masa part :

“Kalau awak setuju dengan apa yang saya cakap ni, this job is your. "

Ia patut this job is yours..your tu maksudnya awak.yours tu maksudnya milik awak.

Encik sendiri kata saya boleh buat apa yang saya suka sepanjang ujian tukan.

tukan patutnya jauh jadi tu kan,ye tak?

Tu je.kalau ada salah saya bagitau lagi ye :D

Wild Cherry berkata...

ade udang di sebalik mee rupenye si izzad tu bg kerja...
haishhhh ape la ujian tu ek...

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua yang menyokong.

salmiah - terima kasih banyak atas teguran. kalau ada mana-mana yang salah harap diperbetulkan. sebab saya memang tak pandai bahasa inggeris ni. hehehe. :)