Khamis, 9 Februari 2012

Calon Isteri Jutawan 15



BAB 15

“Amboi, amboi! Kau orang tengah buat apa ni? Ada aku suruh rehat ke?” lantang suara Mek Yah kedengaran. Aku yang sedang mengemop lantai menoleh ke arah Nek Wan Izzad itu. Wanita itu kulihat bercekak pinggang.

“We all penatlah,” luah Wawa geram sambil menghempas batang penyapu.

“Rumah ni kan dah bersih. Nak bersihkan apa lagi?” Sally juga merungut. Masing-masing bercekak pinggang.

“Kalau kau orang malas sangat, tak payah buat. Aku ni malas nak memaksa-maksa anak orang. Kalaulah kau orang ni cucu aku, dah lama aku brain wash. Biar rajin sikit,” bebel Mek Yah. Dia berjalan ke arah biliknya dan terus menghilang. Aku memandang Rania dan Wani yang sedang mengelap cermin. Masing-masing angkat bahu. Sally and the geng terus melangkah naik ke atas. Tengku Fathiah dari pagi memang tidak nampak batang hidung. Kata Lily dia ke pejabat. Entah betul ke tidak. Wallahualam.

“Buat kerja sikit nak merungut. Mesti dekat rumah semua kerja pembantu buat ni,” sindir Rania. Mula-mula tadi Rania memang agak geli nak pegang kain buruk untuk lap tingkat. Dah lama sikit baru dia okey. Sekarang dah boleh main perah-perah kain tu lagi. itulah orang cakap, tak cuba mana nak tahukan.

“Orang berat tulang. Macam itulah,” Wani turut menyindir. Kedua-duanya masih sibuk mengelap. Tekun betul aku tengok. Lepas siap keringkan lantai, aku mengangkat baldi untuk dibawa ke bilik air. Aku berhenti di hadapan bilik Mek Yah. Pintu biliknya terbuka sedikit. Aku nampak Mek Yah sedang menelan ubat. Sakitkah wanita itu?

“Mek Yah,” panggilku sambil mengetuk pintu biliknya. Wanita itu memusingkan badan dan memandangku.

“Kenapa? Ada masalah ke dekat luar?” perlahan Mek Yah bertanya. Aku sekadar menggeleng.

“Mek Yah tak sihat ke? Nak saya bawa pergi klinik?” soalku. Aku masih berdiri di muka pintu. Tak berani nak masuk. Mek Yah tersenyum nipis.

“Tak payah. Aku ni dah tua. Biasalah sakit-sakit,” Mek Yah menyimpan ubat-ubatannya kembali di dalam bekas.

“Erm… kalau Mek Yah tak kisah, boleh saya tahu Mek Yah sakit apa? Macam banyak aje ubatnya tu,” aku memberanikan diri untuk menyoal.

“Doktor yang bagi ubat banyak. Sakitnya sikit aje, ubat aje yang lebih. Biasalah doktor, nak ubat dia laku bagilah kita banyak-banyak,” aku tersengeh mendengar jawapan Mek Yah. Salahkan doktor pula!

“Dah siap ke kemas dekat luar tu?” soal Mek Yah sambil bangun mahu melangkah ke pintu. Aku memberi ruang untuk Mek Yah lalu.

“Dah nak siap,” jawabku. Mek Yah mengangguk sambil matanya memandang baldi disisiku.

“Nak pergi bilik air ke? Pergilah. Nek wan nak duduk di luar sekejap. Nak ambil angin,” Mek Yah terus berlalu. Aku mengerut dahi. Nek wan? Dia bahasakan dirinya nek wan. Aku tersenyum sebelum berlalu ke tandas.

Aku duduk memeluk kusyen kecil di atas sofa. Mataku masih tertancap pada peti televisyen. Jarum jam berdetik saat demi saat. Aku masih tetap setia di depan tv dari pukul 9.00 malam lagi. Biasalah, setiap malam Selasa aku akan duduk berkampung di ruang menonton untuk melayan cerita Vanila Coklat dekat tv3. Serius, best doh!

“Kau tengok cerita apa ni?” soal satu suara. Aku menoleh. Mek Yah sedang berdiri sambil membetulkan anak tudung di kepalanya.

“Drama melayu Mek Yah,” jawabku.

“Aku tahulah tu drama melayu. Tajuknya apa?”

“Err… vanilla coklat,”

“Kau tengok drama orang buat kek ke? vanilla coklat segala,” selamba Mek Yah menutur kata. Aku ketawa kecil.

“Bukanlah. Ini drama cinta remaja,” Aku menyambung kata bila tawaku berhenti.

“Pening aku tengok drama sekarang ni. Banyak sangat. Tapi, betullah aku cakap ni. Cerita sekarang tak boleh menandingi cerita orang dulu buat. Cerita arahan allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Mana ada orang sekarang boleh buat cerita macam yang dia buat,” Aku mengangguk setuju dengan pandangan Mek Yah. Wanita itu turut duduk di sebelahku.

“Mek Yah nak saya buatkan air?” soalku sambil meletakkan kusyen yang kupeluk ke tepi.

“Hmm… bolehlah. Aku nak minum kopi’ O suam. Jangan buat pekat sangat nanti aku susah nak tidur,”

Aku bangun dan terus melangkah ke dapur. Aku menekan suis pemanas air. Sementara itu aku berdiri di pintu dapur. Dari jauh aku melihat lakonan Izara Aisyah dan Aiman Hakim Ridza. Wow! Pasangan dalam drama vanilla coklat tu sangat sweet walaupun selalu bergaduh. Dalam tidak sedar aku tersenyum sorang-sorang. Bila iklan, aku kembali masuk ke dalam dapur. Aku membancuh minuman seperti yang diminta Mek Yah. Bunyi kereta masuk ke halaman garaj mematikan gerak tanganku. Aku mengintai melalui tingkap dapur. Izzad Daniel.

“Kau buat apa datang sini?” Itu soalan pertama yang aku dengar dari mulut Mek Yah sebaik Izzad melangkah masuk ke dalam rumah.

“Apalah Nek Wan ni. Takkanlah Izzad nak datang sini tak boleh?” Itu pula jawapan si cucu.

“Bukannya tak boleh. Tapi kalau kau nak datang, datanglah siang. Dalam rumah ni ada ramai anak dara. Semuanya aku rasa buat seksa mata aje kalau kau tengok. Ke cucu aku ni suka benda-benda macam ni?”

“Benda apanya Nek Wan ni?”

“Itulah. Pakai seksi sana, seksi sini. Keluar rumah pun sama. Ada yang pakai baju singkat tali halus aje tau. Sudah tahu yang rumah ni ada keluar masuk lelaki, tetap nak pakai juga pakaian macam tu. Pakai dalam bilik sudahlah,” Ambik kau! Sekali Mek Yah membebel, tak ada full stop. Izzad sengih macam kerang sumbang.

“Ala Nek Wan. Biasalah tu. Sekarang ni kan…” belum habis Izzad bercakap kepalanya sudah diluku dengan tangan Nek Wan.

“Sakitlah!” Izzad menggosok kepalanya.

“Biasalah? Ooh, maknanya selama ni kau memang dah biasalah tengok semua ni. Aduh! Pengsan Nek Wan macam ni,” Wanita itu memicit kepalanya.

“Yanie… Yanie…” Mek Yah melaung memanggil namaku. Aku menatang dulang minuman dengan berhati-hati. Izzad mengangkat muka bila aku sudah berdiri di sebelah neneknya.

“Mana airnya? Sakit kepala aku dengan perangai cucu aku yang sorang ni. Boleh dia cakap pakai seksi-seksi tu biasa. Aduh! Migraine,migraine...” kecoh mulut Mek Yah membebel macam-macam.

“Nek Wan ni dramalah,” selamba Izzad bersuara sambil duduk di sebelah neneknya. Mek Yah yang sedang menyisip minuman yang aku sediakan menjeling cucunya.

“Ikut suka hati Nek Wanlah nak drama ke, nak sinetron ke, yang kau sibuk kenapa? Eee… dah besar macam ni masih suka menyakat Nek Wan ya. Aku cakap serius dia main-main,” Mek Yah mencubit geram lengan sasa Izzad. Mengaduh sakit Izzad jadinya. Aku tersenyum melihat telatah keduanya.

“Nek Wan cakap serius ni. Kalau nak cari isteri, jangan tengok pada cantik aje. Kerana suatu hari nanti, cantik itu akan berkurang bila semakin berumur. Jangan tengok pada kekayaan kerana kita tidak tahu masa akan datang kita masih berharta atau tidak,” Mek Yah bersuara serius. Dia memandang tepat wajah Izzad.

“Nek Wan kenal kau macam mana. Nek Wan tahu yang kau ni ramai kawan perempuan. Apa orang selalu panggil tu? Kasavano?” Mek Yah memandang aku meminta kepastian. Aku mengerut dahi? Kasavano? Apa tu?

“Err… bukan kasavano Mek Yah. Kasanova…” Aku membetulkan.

“Ha! Yang itulah. Lelaki yang ramai teman wanita tu. Nek Wan tak tahu apa motif kau buat ujian calon isteri ni. Izzad, soal perkahwinan tak boleh dibuat main. Kena fikir masak-masak. Betul ke kau dah bersedia untuk pikul satu tanggungjawab yang besar? Bersediakah kau nak membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar?” Mek Yah mengeluarkan hujah-hujahnya. Aku berasa tidak selesa. Rasanya ini seperti perbincangan peribadi antara nenek dan cucu. Aku lantas bangun.

“Nak ke mana?” soal Mek Yah.

“Err… saya masuk bilik dululah. Rasanya saya tak patut dengar pasal benda yang nak dibincangkan ni,” jujurku menjawab. Mek Yah tersenyum.

“Duduk. Kau kalau nak jadi isteri pun kena dengar benda ni. Tak boleh dibuat main,”
Teragak-agak aku duduk kembali. Izzad memandangku sekilas sebelum matanya kembali fokus pada si nenek. Aku hanya menunduk. Aku belum bersedia untuk mendengar semua ini kerana aku masih belum mahu berkahwin. Aku masih muda!

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung. Hadis riwayat muslim,” ujar Mek Yah perlahan.

“Faham maksud ayat tu? Macam yang Nek Wan cakap tadi, jangan pilih isteri berdasarkan kecantikan dan hartanya. Pilihlah yang beragama dan sebab itulah Nek Wan datang ke sini. Nek Wan datang nak tengok macam mana calon-calon isteri kau. Nek Wan nak tengok sejauh mana mereka mengerti apa itu tanggungjawab kepada Allah, tanggungjawab kepada manusia, binatang dan alam,” sambung Mek Yah. Matanya sesekali memandangku. Almaklumlah, akukan salah seorang ‘calon-calon’ isteri cucunya.

“Nek Wan tak cakap yang semua calon-calon pilihan kau ni tak baik. Semuanya Nek Wan tengok baik-baik aje. Lemah lembut dan cantik-cantik belaka. Tapi, asas yang paling penting dalam kehidupan kita adalah agama. Nama aje Islam tapi kau jalankan tak tanggungjawab sebagai orang Islam? Jangan mengaku dekat mulut aje,” sindir Mek Yah sambil menjeling kami berdua. Aku terdiam. Izzad juga. Astaghfirullahalazim…
……………………

“Aku janji perkahwinan merupakan sesuatu yang serius. Ia adalah soal masa depan, soal memilih teman hidup dan untuk mencari ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Jadi, mestilah membuat pilihan dengan berhati-hati,”

Izzad termenung. Kata-kata Nek Wannya berlegar-legar di kepalanya. Itu pesanan Nek Wan sebelum dia pulang dari banglo tadi. Izzad meletak tangan di belakang kepala. Fail di atas mejanya dipandang kosong. Jarum jam sudah menginjak ke angka 2.00 pagi tetapi matanya masih segar bugar.

“Argh!” Izzad meraup mukanya. Semua kata-kata hikmat Nek Wannya seperti menampar-nampar kulit pipinya. Benar! Dia sudah jauh dari Allah. Sudah lama dia tidak menghadap Maha Pencipta. Sejak mamanya meninggal dunia, Izzad sudah lupa. Izzad sudah alpa.

“Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku,” rintih Izzad perlahan.

SUASANA ruang tamu banglo dua tingkat ini agak sepi. Masing-masing diam. Mek Yah sedang berbincang sesuatu dengan Lily. Kami masih punya tempoh seminggu sebelum ujian ini berakhir. Aku memandang Rania dan Wani. Aku bersyukur dapat mengenali mereka berdua. Walaupun masa yang singkat, aku sempat berkawan baik dengan mereka. Aku teringat Bi. Rindunya aku pada teman yang seorang itu. Pasti bila tamat ujian ini nanti, Rania, Wani dan Bi pasti berhubung lagi. Mereka kan sudah lama kenal.

“Okey. Hari ni aku nak buat test. Kita bersoal jawab. Tidak kisahlah aku nak tanya soalan apa pun. Aku dan Lily akan jadi penilai,” Mek Yah bersuara. Semua calon memandang sesama sendiri.

“Kenapa tak beritahu awal-awal?” soal Tengku Fathiah.

“Kau ingat ni nak jawab periksa dekat sekolah ke? Nak kena beritahu tarikh segala. Ini aku nak tanya pasal cucu aku, pasal tanggungjawab isteri yang kau orang tahu. Macam-macamlah,” jawab Mek Yah selamba.

“Bagilah kami masa nak prepare,” pinta Rania. Wani turut mengangguk. Mek Yah memandang Lily. Masing-masing buat isyarat mata.

“Iyalah. Esok baru kita start test ni. Korang studylah apa yang patut. Aku dapat tahu yang kau orang semua ni girlfriend Izzad. Jadi, korang mesti tahukan pasal dia? Aku tanya yang mudah-mudah aje,” Mek Yah tersenyum lebar. Lily pun sama.

“Kau orang nak pergi mana tu?” soal Mek Yah bila semua calon mula bangun dan bergerak ke tangga. Aku yang mahu ke dapur turut terbantut.

“Rumah ni belum berkemas lagi. Aku nak pergi tengok bilik kau orang semua. Kemas ke tidak. Bersih ke kotor. Kalau kemas rumah pun failed, tak payah kahwinlah. Belajar dulu cara mengurus rumah tangga sebelum fikir nak kahwin,” Mek Yah sudah bangun berdiri. Dia membetulkan kain batiknya.

“Lepas kahwin pun boleh belajar buat semua tu,” jawab Farra.

“Upah aje orang gaji. Senang!” ini pula jawapan Tengku Fathiah.

“Kau nak habiskan duit cucu aku untuk upah orang gaji? Biar orang gaji uruskan semua kerja rumah? Macam itu ke maksud cik tengku kita ni?” Mek Yah tersenyum sinis memandang Tengku Fathiah.

“Kalau macam tu, biar orang gaji ajelah yang kahwin dengan cucu aku tu. Kalau semua benda orang gaji yang kena buat, kau orang sebagai perempuan ni nak buat apa? Lebih-lebih lagi kalau kau orang tu dah jadi isteri. Sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk mengurus makan minum dan pakai suami. Takkan kau orang nak lepas tangan?” Semua dah buat muka macam tempe basi.
Iyalah, kena tembak berdas-das dengan ceramah free Mek Yah, mana tak bernanah telinga. Tapi, betul juga apa yang Mek Yah cakap tukan? Ke, ada yang tak sokong? Kuang…kuang…kuang… ‘Tak dapat den nak nolong!’

“Okey. Lily, jom ikut aku naik atas. Kita check bilik mereka ni,” arah Mek Yah sambil memulakan langkah. Setiap langkah membawa debaran buat semua calon. Satu langkah… dua langkah… tiga langkah… tit…tit…tit…

“Masya-Allah... Bilik ke tongkang pecah ni?!” bergema suara lantang Mek Yah dari tingkat atas. Masing-masing garu kepala. Entah bilik siapa yang baru dimasuki ‘wanita perkasa’ itu.

“Tak pernah aku tengok bilik anak dara macam ni. Kau orang tak reti mengemas ke ha?! Baju seluar bersepah-sepah. Macam ini ke dekat rumah kau orang?” Mek Yah menjengulkan kepala dari tingkat atas. Semua di bawah diam tidak berkutik.

“Aku lupa. Inilah gayanya, bila semua pembantu rumah yang buat, satu apa pun tak reti. Bilik macam kapal karam,” sambung Mek Yah lagi. Kemudian, dia berjalan ke bilik seterusnya pula. Dalam sepuluh minit, Mek Yah dan Lily turun semula.

“Tak tahulah aku nak komen apa. Aku nak lepas ni, kau orang masuk bilik masing-masing dan berkemas. Apa kau orang ingat dalam rumah ni ada pembantu yang nak tolong buat semua tu? Walaweh! Macam manalah cucu aku cari calon isteri ni. Hari-hari darah tinggi aku naik tahu tak,” bebel Mek Yah sambil duduk di sofa. Lily ke dapur untuk mengambil air masak. Masing-masing menikus.

“Naiklah! Tunggu apa lagi,” arah Mek Yah bila masing-masing hanya tercegat memandangnya. Bunyi hentakan kaki sengaja dikuatkan masa naik tangga. Tidak tahulah siapa yang buat. Itu tandanya protes.

“Aku kerat kaki tu baru tahu!” ugut Mek Yah kuat. Lily ketawa kecil. Lucu melihat wajah Mek Yah yang berpura-pura marah. Aku sekarang sudah selesa dengan nenek Izzad ni sebab selalu malam-malam kami akan mengaji bersama. Nenek Izzad ni nampak aje garang, tapi di sebalik itu dia seorang nenek yang penyayang. Kalau tidak tak akanlah Mek Yah ini sanggup datang dari Kelantan semata-mata untuk menilai bakal isteri cucunya. Pasti wanita ini mahu yang terbaik buat Izzad.

“Kalaulah Irnie masih hidup, pasti dia akan pilih isteri yang terbaik buat Izzad,” ujar Mek Yah perlahan. Sebenarnya lebih kepada berbisik di telinga sendiri. Lily hanya diam. Aku hanya memandang Mek Yah. Mata wanita itu berkaca. Pasti merindui si anak yang telah pergi menghadap Pencipta. Aku turut teringat arwah walid dan umi.
…………………..

“Okey, seterusnya!” laung Mek Yah sambil mengangkat muka. Tengku Fathiah bangun dan melangkah penuh gaya dan duduk di hadapan Mek Yah dan Lily.

“Dah berapa lama kenal dengan Izzad?” soal Mek Yah sambil memandang tepat anak mata Tengku Fathiah.

“Two years. Izzad salah seorang client di syarikat I,” terang Tengku Fathiah penuh bangga. Setakat ni aku rasa tempoh perkenalan antara Izzad Daniel dengan Tengku Fathiah dan Sally yang paling lama. Eeh, lupa pula dengan Bi. Bi cakap hari tu yang dia dah kenal dengan Izzad dari sekolah menengah. Kalau Bi ada ni, mesti soalan ni dia akan lulus cemerlang.

“Apa warna kegemaran Encik Izzad?” soal Lily pula.

“Blue. All the blue colours. I pernah belikan dia kameja biru laut dan dia suka sangat,” lancar sahaja Tengku Fathiah menjawab.

“Apa yang paling Izzad suka dan apa yang dia paling tak suka?” kali ini Lily juga yang menyoal. Tengku Fathiah menegakkan duduknya. Senyuman lebar terukir.

“Dia paling tak suka bila ada orang menganggu kerjanya. And the most thing that he like is, enjoy. Go shooping and hang out with me. Sebab I selalu buat dia happy and dapat tenangkan fikiran,” Aku memandang sebelah. Sally mencebik geram.

“Dia ingat dia tu siapa? Izzad selalu keluar dengan I. I yang selalu buat Izzad ceria,” bangkang Sally. Lengannya disilang ke dada.

“Katakan kau ada seorang suami yang mengalami kelumpuhan, tidak bermaya dan tidak boleh bergerak langsung, apa yang akan kau buat?” ini soalan daripada Mek Yah. Mungkin ini soalan terakhir sebab semua calon yang sudah selesai turut ditanya soalan yang berbentuk begini.

“I takkan kahwin dengan orang yang macam tu,” laju sahaja Tengku Fathiah menjawab.

“Sebab? Kalau lelaki itu sembuh suatu hari nanti?” soal Mek Yah kembali.

“I tak nak menyusahkan diri sendiri. Kita takkan tahu dia akan sembuh atau tidak. I tak nak ambil risiko macam tu,”

“Macam mana pula kalau lelaki itu elok tubuh badannya tetapi selepas kahwin dia mengalami kemalangan dan dia jadi macam yang aku tanya tadi. Kau nak buat apa?” Tengku Fathiah terdiam.

“I akan minta cerai,” senang jawapan Tengku Fathiah.

“Okey. Itu sahaja soalan untuk kau,” Mek Yah mengangguk sedikit. Tengku Fathiah bangun.

“Seterusnya!” laung Mek Yah lagi. Aku memandang sekeliling. Akulah yang terakhir. Teragak-agak aku bangun. Rasanya kalau tanya soalan pasal Izzad, memang aku failed. Tapi bagus jugakan! Tak payahlah aku masuk dalam list akhir calon isteri ni.

“Katakan kau ada seorang suami yang tidak bersolat, apa yang kau akan buat?” soal Mek Yah. Aku kerut dahi. Mula-mula soalan dah tanya benda serius macam ni. Mana soalan tentang Izzad?
Orang lain semua soalan senang-senang. Kenapa aku dapat soalan yang kena menguji minda ni. Tak aci betullah!

“Sebagai seorang Islam, kita wajib menegur lebih-lebih lagi kalau dia suami kita. Tegur dengan cara yang baik. Kalau tidak boleh tegur dengan perbuatan, tegurlah secara lisan. Kalau tak boleh juga, tegurlah dengan hati. Berdoa semoga dia mendapat hidayah milik Allah,” jawabku. Sebenarnya aku teringat subjek agama Islam. Tak pasti subjek form 4 ke form 5.

“Katakan suatu hari nanti suami kau kehilangan semua harta bendanya. Apa yang kau nak buat?” soal Mek Yah lagi. Aduh! Asyik katakan, katakan. Tak ada ayat lain ke?

“Err… rezeki itukan datangnya dari Allah. Kalau Dia nak tarik, kita sebagai manusia kena redha dan mencari alternatif lain. Manusiakan disuruh untuk berusaha,” aku pakai jawab aje. Sebenarnya tak tahu nak jawab apa dah.

“Kalau suami kau mengalami masalah yang sangat besar, apa yang kau akan buat?”

“Berdoa memohon kepada Allah supaya menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah suami saya. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Susah senang ditanggung bersama. Kalau saya tak dapat membantu, saya akan sokong dari belakang,”

“Macam mana pula kalau suami kau cakap yang dia nak kahwin lain?” Aku terdiam.

“Saya bukan wanita yang sempurna. Jujur saya beritahu kalau itu terjadi, saya tak mampu. Saya tak sanggup untuk berkongsi suami saya dengan orang lain. Sekali saya dah sayang orang tu, saya akan sayang betul-betul. Mana ada wanita yang sanggup berkongsi suami dengan orang lain. Tapi, mungkin atas sebab tertentu sesetengah wanita akan merelakan,” jawabku dengan senyuman. Sebenarnya aku segan bila berbicara tentang kahwin ni. Tidak terbayang rasanya alam perkahwinan itu. Belum sampai masanya lagi.

“Okey. Itu sahaja. Terima kasih,” Mek Yah tersenyum kecil. Lily juga tersenyum. Aku bangun. Tak ada pun soalan berkenaan Izzad? Lily pun tak bertanya langsung. Hanya Mek Yah yang bersuara. Lily tahu senyum aje!
…………….

“Macam mana?” soal Adam. Izzad masih diam di meja kerjanya. Mereka berdua baru selesai menonton sesi soal jawab antara calon-calon isteri Izzad dan Nek Wannya. Sekarangkan teknologi dah maju. Dari jarak jauh pun boleh berkomunikasi.

“Kau dah buat pilihan ke?” soal Adam lagi. Izzad meraup muka.

“Aku rasa aku tak salah pilih. Dialah yang paling layak,” jawab Izzad perlahan. Adam mengerut dahi.

“Siapa?”

Izzad memandang Adam sebelum dia kembali melihat ke arah monitor laptop. Dia menekan sesuatu sebelum laptop itu dipusing menghadap Adam.

“Dia…” Izzad menunjuk wajah yang telah di tekan pause pada monitor. Adam memandang Izzad kembali.

“Biar betul?” terpacul soalan dari mulut Adam. Izzad mengangguk dengan senyuman.

~bersambung...

p/s : terima kasih semua yang sudi baca dan follow cerita ni... minta maaf sebab lambat update.. macam saya cakapkan, yang saya bukan penulis sepenuh masa... hihihi... minta maaf juga kalau bab ni ada yang kurang dan pendek... apa-apa cadangan boleh kongsi di ruang komen ataupun di Group CIJ... terima kasih banyak atas sokongan anda... ^^

42 ulasan:

me berkata...

sapa agaknya dia tu..emmmm...kihkihkih

sitinorafatien berkata...

ala..pendek je..nk lgi..

aya berkata...

alalalla..mesti yanie kan..konfem..huhu...soklan test tu saja ja wat gempak..actually memang nak tanya utk yanie ja tp nak bagi fair dya wat untuk suma! kan2~~~best2..nak lagi! :D

umi kalsom berkata...

dan calonnya... =)
best!

Tanpa Nama berkata...

nak lg....

missfie_za&Lynn_are berkata...

suspen laa... sape pilihan izzat... x sbr nk bace next entry... keep it up writer.. good job.... (^.^)v

Tanpa Nama berkata...

haha..izzad plih yanie..kan3? :)

hani berkata...

yanie...pasti...! coz last person yg disoal yanie kan & then izzat pause 'dia' lah tu....nxt n3 plz..........!!!!!

Biar Jemari Berbicara... berkata...

opss.. debar gak nak tau sapa terpilih..

mizz acu berkata...

adakah yanie?? jeng3...!! hehe.. sukaaa sgt! cepat la sambung yer..hrp2 dia pilih yanie laa..

dyaNZa berkata...

ala, pendek la... x puas la.. spe erk??? mesti yanie kn?? tu yg adam nmpk terkejut tue... hehehehe... ;p

kleo berkata...

yeayy! akhirnya! it's yanie kan writer? wahhh, best sangat2! thank you kak pipah! sambung lagi nanti! ^^

syamizi azwaza berkata...

nak yanie ngan izzad!! Msti best dorg gaduh2 manja tp sbnrnya saling menyayangi. Keep it up, writer!

Nick Ayumu berkata...

Dan calonnya mestilah yanie! Hehe.. Kan Izzat dh jauh menyimpang so mestilh yg mampu bimbing dia jadi baik! Tp klau ikut lojik, laki yg patut bimbing pempuan! heheh..Apa pun mmg terbaik kak! Lain kali bagi panjang skit.. ;)

Nick Ayumu berkata...

Dan calonnya mestilah yanie! Hehe.. Kan Izzat dh jauh menyimpang so mestilh yg mampu bimbing dia jadi baik! Tp klau ikut lojik, laki yg patut bimbing pempuan! heheh..Apa pun mmg terbaik kak! Lain kali bagi panjang skit.. ;)

m berkata...

yanie yanie yanie!! hehehe. bestttttt!!!

tak percaya ke Adam? hehe

Anor berkata...

Siapakah gadis misteri itu ye yg
telah dipilih oleh Iaazad? Tak sabar
nak tau.

cactaceous opuntia berkata...

wow da pilih...lg seminggu eh...pantas masa berlalu...

Tanpa Nama berkata...

agaknye yanie la tu.. :) :)
confirm die nak yanie sbb yanie pun awal2 taknak masuk dlm list calon isteri izzad ni.disebabkn yanie jugak, izzad tangguhkan sesi ujian tuk calon2 isteri die dulu..

azmawani ibrahim berkata...

bagus bwtul mek yah tu...hik3...op kos dye akan pilih yanie nanti..izzad pon sama la kan..bes3....

ihaaz berkata...

suspen je.. hehe

Hatika berkata...

Best.. Sukee sukee.. Nanti cpt update yer. Mmuahhhh

Hatika berkata...

Best.. Sukee sukee.. Nanti cpt update yer. Mmuahhhh

KYUHAN berkata...

msty la izzad plih yanie...kn2?

halimaayob berkata...

Izzat kan baru kena tazkirah dengan Nek Wan. Dalam ramai2 calon tersebut nampaknya Yanie yang menepati ciri-ciri bakal isteri pilihan. vote for yanie. 5 bintang.hehehe

Ina Ania berkata...

nak lagi !! next entry buat pnjng2 tau . tak puas baca :) hehe

Tanpa Nama berkata...

rasa yanie lar yg dipilih..
btw nk lagi..
n knapa x update lama..

k.mimi berkata...

Tahniah ...citenye semakin mendebarkan tak sabar nak tunggu n3 baru harap2 Ifah pepanjangkan epnye ye .... banyak info agama n3 kali ni bagus teruskan usaha Ifah kami akan terus menyokong Ifah.

Nurfelisya berkata...

puhless..katakn yanie. mantap die jawab soklan tu:)

hambali's daughter berkata...

alah yanie kn kn kn ,, yanie yanie yanie ... huuuuuuu~ :) hehe

Nur Anisah berkata...

Waaa , takut-2 waktu baca ayat ni..
sampai lmbat-2 nak scroll ke bawahh ..

“Kau dah buat pilihan ke?” soal Adam lagi. Izzad meraup muka.

“Aku rasa aku tak salah pilih. Dialah yang paling layak,” jawab Izzad perlahan. Adam mengerut dahi.

“Siapa?”


tp , jawapan dia T_T

Izzad memandang Adam sebelum dia kembali melihat ke arah monitor laptop. Dia menekan sesuatu sebelum laptop itu dipusing menghadap Adam.

“Dia…” Izzad menunjuk wajah yang telah di tekan pause pada monitor. Adam memandang Izzad kembali.

Afifah Yusof berkata...

Terima kasih banyak untuk semua yang sudi mengikuti cerita yang tidak seberapa ini... sokongan anda semua amat bermakna buat saya... saya minta maaf sebab tak dapat nak comment satu-satu.. saya akan komen terus keseluruhan macam ni.. sekali lagi jutaan terima kasih... :))

Nurfazila Suhaide berkata...

Maka.....calonnya ialah....???!!!! huaghhh....Yanie ke? waiting 4 de next en3

Tanpa Nama berkata...

sape la agak nye calon yang sesuai tu ye...
sy rase sy dapat agak sape..

Iman Kyuhee berkata...

kak, suke gile larh!
bile baca je, sengih2 je depan laptop. hahaha... ;D

Tanpa Nama berkata...

CONFIRM Yanie kan Cik Writer???hehe, sy nk Yanie..coz Yanie je yg leh jaga Izzad Danial..Izzad tu kan sakit..Tengku Fathiah tu sape2 pn xnk wat isteri..pentingkan diri sendiri je...

Tanpa Nama berkata...

Izzad skt apa ek?
Erm,akk afifah yusof boleh x post next entry cpt2...
Xsbr nk tahu mcm mana selanjutnya :)

~Hello!say saya~

Tanpa Nama berkata...

bestnye...dia mesti yanie...:)

Tanpa Nama berkata...

.....dan tanpa Yanie sedari, dia sendiri telah 'terjebak' dalam permainan ni. kan mula-mula tu dia cakap akan pura-pura buatkan dia sendiri tersingkir.. hehe

nor hafizah ahmaf berkata...

Sy suka dgn jln cter nie..blh thu mne cter ker 16..lmbt lg ker nk smbng

Wild Cherry berkata...

Nek Wan xsoal Yanie pasal Izzad mst coz dia tau yg Yanie xkenal izzad kot...

Tanpa Nama berkata...

kerang sumbang???
hihihihi...
simpulan bhse bru...
=)