Selasa, 14 Februari 2012

Calon Isteri Jutawan 16


Perhatian penting!! sebelum baca bab 16 ni, kena baca apa yang saya tulis ni dulu. POV yang digunakan dalam cerita ni saya sudah tukar mulai dari bab 16 ni atas sebab tertentu. Tiada lagi penggunaan 'AKU' tapi digantikan dengan penggunaan kata ganti nama 'YANIE'... harap maklum dan selamat membaca... ^^


BAB 16

IZZAD memandang lagi skrin laptop di depannya. Dia memicit kepala. Pesanan Nek Wannya sentiasa bermain di kepala. Berlegar-legar macam satu lagu yang dimain berulang kali. Izzad memicit kepala. Sejak akhir-akhir ini dia selalu sangat berasa tidak selesa. Demam sudah menjadi seperti teman baik. Lepas sembuh seminggu dua, dia akan demam semula. Izzad merebahkan diri di atas katil. Tangan diletakkan di atas dahi. Mata dipejam cuba menghilangkan sakit kepalanya.
Tok! Tok! Izzad membuka mata. Dari jauh dia memandang pintu biliknya. Malas betullah nak bangun. Bunyi ketukan kali kedua membuatkan dia bangkit. Adam sedang berdiri dengan muka serius.

“Hmm… kenapa?” soal Izzad malas. Dia bersandar di pintu.

“Betul ke kau pilih dia?” Adam memeluk tubuh. Izzad mengurut tengkuknya. Dia tersenyum lebar.

“Iyalah. Kenapa? Kau ada masalah dengan pilihan aku ke?”

“Kenapa kau tak pilih yang lain?” Izzad memeluk bahu Adam. Ditepuk bahu si teman.

“Kau ni kenapa, bro? Kau tak suka ke dengan pilihan aku tu?” Izzad keluar untuk duduk di sofa. Adam menurut. Izzad merenung wajah Adam yang gundah gelana.

“Kita ni dah macam adik beradik tau. Sebab itu aku selalu share masalah dengan kau. Kalau kau tak suka pilihan aku kau cakaplah,” sambung Izzad.

“Bukan macam tu…” Adam terdiam. Sepuluh jarinya bermain sesama sendiri.

“Kau juga yang pernah cakap dengan aku. Kalau nak cari calon isteri, carilah yang baik. Aku tahu aku tak sebaik kau, tapi aku juga nak seorang isteri yang dapat bimbing aku,”

“Tapi, kau kan tak suka perempuan macam tu. Kau jangan nak buat main-main pula,”
Izzad ketawa kecil. Dia meletakkan kepalanya di atas kepala sofa. Matanya memandang siling yang berukur cantik.

“Manusia boleh berubah kan,” ringkas jawapan Izzad.

“Kalau kau serius, aku tak ada bantahan. Kau memang berhak pilih dia sebab dia salah seorang calon isteri kau. Aku hanya berharap kau tak sia-siakan gadis sebaik dia,” pesan Adam.

“Relaxlah. Yang kau serius sangat ni kenapa? Don’t say… you like that girl?” Izzad meneka. Wajah Adam merona merah.

“Tak adalah. Okeylah, aku turun dulu. Mak Senah ada masakkan bubur untuk kau. Dia kata kau tak berselera sejak siang tadi,” Adam sudah bangun. Izzad juga sama.

“Nantilah aku makan. Thanks Adam,” Izzad bersalam dengan Adam. Adam mengangguk sebelum melangkah turun.

Izzad kembali ke bilik. Dia memandang Baby yang sedang tidur di atas carpet biliknya. Izzad hanya tersenyum. Katil kembali didekati. Dia tersenyum mengingati keputusannya. Seriuskah dia mahu memilih gadis itu?
…………

YANIE duduk di dapur sambil membantu Mek Yah memasak. Calon yang lain rasanya tidak ada kerana sunyi sahaja. Mungkin ada yang ke pejabat dan ada juga keluar berhibur. Yanie memandang Mek Yah yang sedang menguli tepung. Katanya mahu membuat kuih.

“ Encik Izzad banyak ikut muka Mek Yah kan,” ujar Yanie. Dia tersenyum. Mek Yah mengangkat muka.

“Iyalah. Diakan cucu aku. Muka arwah mama Izzad banyak ikut muka aku. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,”

“Boleh saya tanya sesuatu?” Yanie bersuara perlahan.

“Nak tanya apa?”

“Arwah mama Encik Izzad meninggal sebab apa? Sakit ke?”

“Aah. Arwah ada sakit Leukimia. Dapat tahu penyakit tu setahun sebelum dia meninggal,” terang Mek Yah. Yanie mengangguk.

“Ayah Encik Izzad pula mana?” soal Yanie lagi. Tangan Mek Yah yang sedang membuat kerja terhenti.

“Entahlah. Masa arwah anak aku meninggal, dia tak ada. Sepanjang anak aku sakit, suami dia tak pernah ada di sisi. Hanya Izzad yang ada. Sebab itulah selepas mamanya meninggal, Izzad berubah. Dia memang berjaya sekarang, tapi dia tidak mensyukuri nikmat yang Allah dah bagi tu. Dia lalai. Dia makin jauh dengan tikar sembahyang. Sebab itulah aku tak nak dia terus hanyut. Berdosa kerana menyalahkan takdir. Dia menyalahkan takdir sebab ayahnya tidak ada sepanjang saat mamanya memerlukan seorang suami di sisi,” Mek Yah bangun dan mencuci tangan. Dia mengelap matanya yang berair. Yanie hanya diam. Rasa bersalah pula kerana membangkitkan hal ini.

“Saya minta maaf Mek Yah,” ujar Yanie perlahan. Bahu wanita itu dipeluknya.

“Aku tak suka nangis-nangis ni. Buat aku nampak lagi tua,” Mek Yah membuat lawak. Yanie tertawa kecil.

“Mek Yah nampak muda lagilah,” puji Yanie.

“Iyalah tu. Izzad selalu cakap aku tua. Cucu yang seorang tu memang. Kalau tak mengusik bukan Izzad Daniellah namanya,”

Yanie tersenyum. Dia tahu Mek Yah amat-amat menyayangi cucu lelakinya itu. Selalu sahaja lidah wanita ini bercerita tentang Izzad. Izzad itulah, Izzad inilah. Walaupun kadang-kadang Mek Yah membebel tentang sikap Izzad, Yanie tahu yang sebenarnya Mek Yah mengambil berat. Beruntung sungguh Izzad.

“Lepas siap masak ni, kau pergi telefon Izzad,” tiba-tiba Mek Yah mengarah. Yanie mengangkat kening.

“Untuk apa?” soal Yanie.

“Ajak dia makan tengaharilah. Dekat sini,” selamba Mek Yah bersuara.

“Err, kenapa saya yang kena telefon?” soalan Yanie membuatkan Mek Yah membulatkan mata.

“Kau tukan bakal isteri dia. Cuba biasakan diri. Nanti dah kahwin takkan kau tak nak telefon dia tanya dah makan ke belum. Kalau belum makan, panggil dia balik makan di rumah. Masakan dari rumahlah yang paling sedap,”

“Err… tapi bukan saya seorang aje bakal isteri dia,” Yanie masih mahu membantah.

“Yang lain tu aku tak haraplah. Kau ni nampak aje lembut, tapi degil juga. Sama kepala dengan si Izzad tu. Degilnya bukan main,” Mek Yah sudah mula mahu membebel.

“Iyalah… iyalah. Saya telefon,” Yanie bersetuju dalam paksa. Tersenyum lebar Mek Yah.

“Bagus. Ajaklah Lily dengan Adam sekali. Kita makan ramai-ramai,” arah Mek Yah lagi. Yanie hanya mengangguk.

Seperti yang telah di arah oleh ‘mem besar’, selepas siap memasak Yanie terus mencapai telefon. Nombor telefon Lily dicari. Apabila sudah ketemu, dia terus tekan butang dialler. Beberapa minit panggilan tidak berjawab. Yanie mencuba lagi. Apabila kali kedua tidak berjawab juga, Yanie menekan nombor pejabat. Manalah tahu Lily ada di pejabat. Baru beberapa saat panggilan sudah berjawab.

“Hello, Lily! Dapat pun. Saya telefon awak banyak kali tapi tak berangkat. Saya nak beritahu awak sesuatu ni. Nanti beritahu bos awak yang kasanova tu, nenek dia ajak makan tengahari dekat sini. Lily?” Yanie menyoal bila Lily tidak membalas apa-apa.

“Are you there?” soal Yanie lagi.

“Lily cuti hari ni,” jawab suara di sana. Yanie menelan liur. Suara siapa pula ni? Kejap, kejap… macam kenal.

“Kenapa diam? Okey, nanti saya datang sana makan tengahari. By the way, dalam telefon pun boleh mengutuk saya lagi ya. Good, good. Pekerja contoh ni. Dah dua kali saya tangkap awak tengah mengutuk saya cik Yanie,” Yanie mengetap bibir. Izzad Daniel!

“Apa encik buat dekat meja Lily?” terpacul soalan itu daripada mulut Yanie. Sebenarnya dia gelabah tak tahu nak cakap apa. Malu sebab terkantoi dia mengutuk lelaki itu. Siap kena sindir lagi.

“Ikut suka hati sayalah nak buat apa dekat meja ni. Dah Lily tak ada, saya angkatlah telefon ni. Takkanlah saya nak biarkan aje telefon ni berdering,” jawab Izzad selamba.

“Err… saya letak dululah encik,” Yanie sudah mahu mematikan talian. Terdengar Izzad ketawa.

“Awak nak lari dari saya ke?”

“Eeh… mana ada! Mek Yah dah panggil tu. Saya letak dulu,” Yanie terus menekan butang merah. Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Sebenarnya mana ada Mek Yah panggil, dia sengaja mencari alasan mahu lari dari berbual lama dengan Izzad.

“Kau ni kenapa? Macam baru lepas bercakap dengan hantu pula,” tegur Mek Yah. Yanie menganggukan kepalanya laju-laju.

“Hantu ni menyakitkan hati Mek Yah,” balas Yanie sebelum mencicit lari ke bilik.

“Hantu apa bendanya budak ni? Tak faham aku,” Mek Yah menggelengkan kepala sebelum ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mahu bersiap-siap untuk solat Zohor.

YANIE hanya duduk berkurung di dalam bilik. Selepas bersolat tadi dia terus membaringkan diri. Buat-buat nak tidur. Malas mahu menghadap muka Izzad. Mek Yah tidak ada pula mengetuk pintu biliknya. Nasib baik lauk pauk semua sudah dihidangkan. Biarlah Izzad makan bersama neneknya dan calon-calon yang lain. Yanie malas mahu ikut campur.

“Kau ni pura-pura tidur ke apa?” suara Mek Yah tiba-tiba kedengaran dekat. Yani terus bangun. Mek Yah sedang bercekak pinggang depan pintu bilik yang sudah terbuka. Yanie tersengih sahaja.

“Saya dah tertidur tadi. Mek Yah masuk, saya terus terjaga,” jawab Yanie.

“Kau jangan nak kelentong aku. Aku tengok mata kau terkebil-kebil dari tadi. Tak pejam pun. Aku berdiri dekat sini dah dekat 2 minit, tapi kau tak sedar pun. Berangankan apa pun aku tak tahu,” Yanie garu kepala. Buat muka tak bersalah.

“Kalaupun kau nak elak jumpa cucu aku tu, cuba bagi alasan yang munasabah sikit. Lagi kau elak, lagi tu aku cantumkan. Biar kahwin cepat-cepat. Habis cerita!” ugut Mek Yah.

“Eeh… tak naklah saya,” Yanie jawab laju. Mek Yah ni bukannya boleh buat main. Sekali dia buat betul, tak ke naya. Menangis tak berlagulah jawabnya.

“Kalau tak nak, keluar sekarang. Izzad dah sampai tu. Pening aku tengok anak dara sekarang ni. Yang tak elok perangai, berebut nak dekat cucu aku tu. Yang elok perangai, nak lari pula. Kau tak suka ke dekat Izzad? Kalau tak suka kenapa masuk ujian ni?” soal Mek Yah. Tangan Yanie yang sedang membetulkan tudung terhenti. Dia berpaling memandang Mek Yah. Yanie hanya diam. Dia tidak tahu mahu menjawab apa.

“Ha! Termenung lagi. Kau ni suka sangat termenung. Cepatlah pakai tudung tu. Aku keluar dulu,” Mek Yah terus berlalu. Yanie memandang wajahnya di cermin. Kotak ingatannya teringatkan Kak Ifti. ‘Aku masuk ujian ni demi Kak Ifti,’ desis hatinya.
…………..

Sebaik kakinya melangkah ke ruang tamu, dua pasang mata terus memandangnya. Yanie menggaru pipi yang tidak gatal. Segan sebenarnya dengan pandangan mata Izzad. Yanie memandang sekeliling. Tidak nampak pula kelibat Adam. Tak datang ke?

“Duduk sini,” arah Mek Yah sambil menarik kerusi di depan Izzad. Yanie mengetap bibir bawah. Mek Yah ni memang sengajalah! Malas-malas Yanie mendekati. Tangannya cuba menarik kerusi lain tapi tiba-tiba tangannya dipukul perlahan. Yanie mengangkat muka.

“Aku suruh duduk sinilah. Yang kau nak tarik kerusi sana buat apa,” bebel Mek Yah. Yanie membuat muka. Geram… Izzad pula tersengeh-sengeh dari tadi. Nak tak nak Yanie menarik kerusi depan Izzad dan terus duduk.

“Senduk nasi tu untuk Izzad,” arah Mek Yah lagi. Yanie mengerut dahi. Sakit hati betullah dengan Mek Yah ni. Izzad, nenek Izzad…. Sama aje! Suka memaksa dan mengarah orang.

“Ada tangankan? Senduklah sendiri,” jawab Yanie perlahan. Lebih kepada tak puas hati sebenarnya. Tercetus ketawa Izzad. Aik, dengar ke?

“Kenapa kau ketawa ni? Dah buang tabiat?” tegur Mek Yah bila melihat cucu kesayangannya ketawa.

“Izzad laparlah,” ujar Izzad. Buat suara manja. Ueww…

“Yanie, senduk nasi tu,” sekali lagi Mek Yah mengeluarkan arahan. Yanie menjeling Izzad. ‘Kau dah dengar aku cakap tadi, kau masih tak nak senduk nasi sendiri. Dasar pemalas!’ bebel Yanie sendiri.

Tak nak mendengar bebelan Mek Yah yang pastinya entah bila akan berakhir, Yanie mengambil mangkuk nasi dan disendukkan nasi ke dalam pinggan Izzad. Muka dimasamkan.

“Cuba senyum sikit. Baru berselera nak makan,” Izzad bersuara selamba bila Yanie menghulurkan pinggan nasi. Yanie membuat penumbuk dengan buku limanya. Pap! Sekali lagi tangannya dipukul. Yanie menggosok tangannya.

“Sakitlah Mek Yah,” rungut Yanie.

“Perempuan cuba sopan sikit. Bila suami makan, tunggu. Tolong sendukkan nasi ke, tuangkan air ke. Ini tidak, nak bergaduh pula. Izzad, kau pun sama,” Tu dia… bebelan Mek Yah dah keluar.

“Dia bukan suami saya,” laju sahaja Yanie membalas.

“Aku cakap melawan,” kali ini pipi Yanie pula dicubit Mek Yah. Nasib baik cubit-cubit manja. Kalau cubit betul, mahu berbirat. Merah.

“Nek wan janganlah cubit isteri Izzad. Sakit, sayang?” Gila! Izzad ni dah gila agaknya. Yanie buat muka bengang. Izzad ketawa bila melihat muka Yanie sudah merah dengan ujarannya. Mek Yah pun ketawa.

“Tak baik mengusik anak dara orang,” tegur Mek Yah bila ketawanya reda. Izzad mengangguk sambil mengambil lauk pauk. Sempat matanya menjeling Yanie.

“Mek Yah pun sama,” Yanie bersuara geram. Mek Yah kembali ketawa sambil bangun.

“Mek Yah nak pergi mana?” soal Yanie. Lupa sudah kegeramannya tadi.

“Tiba-tiba badan aku macam tak sihatlah. Nak masuk bilik berehat. Kau teman Izzad makan tau,” Lepas menjelaskan Mek Yah terus berlalu. Siap berlari anak lagi untuk ke biliknya. Yanie mengerut dahi. Sakit betul ke sakit tipu ni?

“Sedaplah. Siapa masak?” Izzad kembali bersuara. Yanie memusing badan. Ikut hati nak aje lari. ‘Kenapa semua berlaku tidak seperti yang dirancang? Kenapa aku tak tersingkir? Kenapa aku boleh duduk semeja dengan Izzad ni?’ ngomel Yanie sendiri.

“Mek Yah masak,” jawab Yanie malas.

“Kalau nek wan saya masak, saya kenal rasanya. Ni bukan masakan air tangan nek wan,” sambung Izzad. Yanie mengangkat kening. ‘Hebat sangat ke instinct mamat ni?’

“Ikut sukalah nak percaya ke tak…” jawab Yanie malas.

“Macam mana sepanjang awak dekat sini? Best?” Izzad menyenduk lagi lauk ke dalam pinggan. Yanie diam. Dia memandang sekeliling. Mana kelibat calon-calon yang lain? Takkanlah mereka tak nak jumpa Izzad.

“Mereka semua tak ada. Tengku Fathiah pergi pejabat. Sally and the geng pergi rehearsal untuk fashion show. Rania and Wani pun ke pejabat,” Izzad menjelaskan. Seperti tahu-tahu aje apa yang bermain di minda Yanie.

“Mana encik tahu semua ni? Encik pasang spy ke?” teka Yanie.

“Sayakan Izzad Daniel. Semua yang berlaku dalam rumah ni saya tahu,” Bangga Izzad memberitahu. Yanie hanya tersenyum sinis. ‘Sayakan Izzad Daniel…’ Yanie mengajuk ayat lelaki itu dalam diam. Menyampah!

“Mana Adam?” Yanie menukar topik. Izzad yang sedang meneguk air minuman mengangkat kening.

“Kenapa cari dia?” soalan berbalas soalan.

“Saya rindu. Sebab itulah saya cari dia,” kali ini Yanie pula mahu mengenakan lelaki itu. Sudahlah Izzad memanggilnya ‘sayang’ tadi.

“Baru jumpa dua tiga kali, dah cakap rindu. Awak berdua ada apa-apa ke?” Izzad sudah selesai makan. Yanie angkat bahu.

“Kalau ada apa-apa pun, encik tak perlu tahu. Saya bukannya ada apa-apa dengan encik,” Yanie bangun dan mencapai pinggan kotor Izzad. Kemudiannya, dia berlalu ke dapur.

“Ingat sikit yang awak tu calon isteri saya! Hanya saya yang berhak ke atas awak,” Tangan Yanie yang sedang membasuh pinggan terhenti. Dia salah dengarkah? Yanie terus memusingkan badan. Izzad sedang memandangnya dari muka pintu dapur.

“Sila betulkan ayat encik tu. Saya hanya calon. C.A.L.O.N. Encik sendiri tahu yang saya ikut ujian ni sebab encik yang paksa. Encik mempergunakan kelemahan saya. Encik jangan lupa yang kita ada perjanjian. Sebaik ujian ni tamat, saya akan dapat kerja tu dan selepas itu kita tak ada kaitan lagi,” Yanie mengingatkan.

“Okey, fine! Tapi ingat. Selagi awak masih memegang title calon isteri saya, jangan nak bergaul dengan lelaki lain. Saya tak nak awak memburukkan nama saya. Dan ingat, saya berhak untuk memilih awak sebagai isteri saya. Please remember that,” Izzad terus berlalu. Yanie terpana. Mana ada dalam perjanjian!

Yanie terus mengelap tangan pada kain sebelum kakinya melangkah mengikut Izzad. Lelaki itu sudah masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi. Yanie mengetap bibir. Benci… benci… benci…

“Laju aje budak tu. Kenapa?” suara Mek Yah mula kedengaran.

“Entah. Malas saya nak ambil tahu. Saya masuk bilik dulu ya Mek Yah,” Yanie terus berlalu. Mek Yah memandang luar rumah dan dalam rumah berulang kali. Bahunya dijongketkan.

“Orang bercinta. Sikit-sikit nak gaduh,” ujar Mek Yah sendiri. Dia tersenyum lebar sebelum melangkah ke ruang makan. Dia lapar sebenarnya. Tadi sengaja bagi peluang pada Yanie dan Izzad untuk duduk berdua. Cayalah Mek Yah!
……………

“Hish! Tension betul aku dengan minah ni,” rungut Izzad sambil melabuhkan punggung di kerusi pejabatnya. Tali leher dilonggar kasar.

Tok! Tok!

Izzad mengangkat kepala. Arahan masuk diberikan. Apabila pintu terbuka, wajah Adam menyapa matanya. Izzad sekadar mengangkat kening. Malas betullah… Izzad memandang Adam.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Adam sambil duduk di sofa.

“Kau ada apa-apa ke dengan calon isteri aku?” soal Izzad selamba. Tangannya disilang ke dada. Lagak macam orang nak cari gaduh pun ya.

“Siapa? Apa kau merepek ni?” Adam ketawa kecil. Wajah Izzad yang mencuka membuatkan dia geli hati. Mana pernah hayat Izzad mencuka sebab selain daripada kerja.

“Aku tak tahulah. Sakit hati betul aku dengan minah tu. Aku cakap sepatah, dia balas balik berpatah-patah. Macam nak cari gaduhlah,” rungut Izzad. Adam mengangkat kening.

“Aku rasa aku tahu kau tengah cakap pasal siapa ni. Yanie kan? Kenapa dengan dia? Ada masalah ke?” soal Adam penuh minat. Adam bangun dan duduk di hadapan meja kerja Izzad.

“Ini bukan namanya masalah, tapi perang tahu tak. Aku cakap elok-elok dengan minah tu, dia main kasar pula. Ikutkan hati, aku bagi aje pengajaran dekat dia. Aku peluk ke, aku kiss ke. Baru reti nak diam,” balas Izzad. Kemudian dia tiba-tiba ketawa.

“Kau jangan nak buat pasal Izzad. Aku tak rela kau buat macam tu pada Yanie. She’s a good girl,” Serius suara Adam. Izzad mematikan tawanya. Wajah Adam dipandang penuh curiga.

“Kau memang sukakan Yanie tu ke?” Izzad sudah mula bangun. Lengan kemejanya dilipat hingga siku.

“Sekarang ni kita bukan cakap pasal aku. Kita tengah cakap pasal kau. Aku cuma tak nak kau apa-apakan Yanie tu. Dia lain dari calon-calon yang lain tu,”

“Sebab dia lainlah aku pilih dia untuk jadi isteri aku. Kalau tidak tak ada maknanya aku nak paksa-paksa dia masuk ujian ni. Cuma, dia tu suka cari gaduhlah. Aku ni pantang sikit kalau perempuan degil. Aku pun naik sama degillah,”

“Boleh aku tanya kau sesuatu tak?” soal Adam. Izzad hanya mengangkat kening.

“Aku tak tahu macam mana kau kenal dengan Yanie tu. Tapi, aku tahu taste kau terhadap perempuan macam mana. Aku tak rasa yang Yanie tu salah seorang kawan perempuan kau sebab majoritinya semua kawan perempuan kau aku kenal. Boleh kau beritahu aku macam mana kau kenal Yanie dan macam mana dia boleh masuk ujian ni? Nak kata dia materialistic, aku tak rasa macam tu sebab setiap hari kita pantau CCTV yang ada dekat rumah tu,”

“Apa yang aku boleh beritahu kau, semua ni jodoh dari Allah. Aku tak sengaja jumpa dia, dan hati aku tergerak terus untuk memaksa dia masuk ujian ni sebab takkanlah aku tiba-tiba beritahu yang aku nak kahwin dengan dia. Pertama kali aku jumpa dia, I know she’s the right one. The people that I can trust to heir all my property,” Izzad menjawab tenang.

“Aku nak pinjam dia sekejap aje. Kalau kau pun suka dia, bila sampai waktunya nanti kau akan dapat. Aku hanya pinjam dia untuk aku mewariskan harta. After that, she’s your,”

“Apa kau merepek ni Izzad?” Adam terbangun. Kata-kata Izzad memang mengarut.

“Aku juga lelaki Adam. Aku tahu yang kau suka dia. Dari cara kau pandang, dari setiap tutur kata kau tentang Yanie, aku dah nampak yang kau sukakan dia. Tapi, dia tetap calon isteri yang dah aku pilih untuk aku jadikan isteri. Nurul Izyanie. Aku harap kau dapat bersabar,” Izzad menepuk bahu Adam.

“Kau dah gila ke Izzad? Apa kau ingat perkara nikah ni benda main-main. Takkan kau nak kahwin dengan dia semata-mata sebab nak wariskan harta? Apa akan jadi pada Yanie kalau dia dapat tahu benda ni? Kau jangan nak mainkan perasaan dia Izzad,”

“Macam aku cakap tadi, aku pinjam dia sekejap aje. Sampai satu saat dia akan bebas. Aku takkan sentuh dia sebab aku tak nak rosakkan dia. Aku akan pastikan macam mana dia waktu mula-mula aku kahwini, dan macam itulah waktu dia akan bebas nanti. I’ll make sure, she still ‘anak dara’,” selamba cekadak Izzad ni buat perancangan. Adam terus mencekak leher kemeja Izzad. Panas hati mendengar ujaran si sahabat.

“Kau memang dah gila Izzad! Kau jangan nak main-main dengan tanggungjawab selepas kau kahwin. Kau ingat lepas kahwin, kau boleh buat tak tahu aje ke? Selepas kau selesai aje akad nikah, kau sudah memegang satu tanggungjawab yang sangat besar Izzad. Kau ingat ni perkahwinan olok-olok? Perkahwinan kontrak? Yang kau boleh rancang itu dan ini. Perkahwinan suatu ikatan yang suci Izzad. Jangan kau cemarkan,” Adam melepaskan tangannya. Nafasnya turun naik.

“Kalaupun aku sukakan Yanie, aku tetap terima kalau kau nak kahwin dengan dia. Perasaan aku ni masih samar-samar. Tapi, aku takkan benarkan kau buat apa yang kau cakap tadi. Kalau nak kahwin, kahwin betul-betul. Kau jangan nak buat kerja gila yang merepek tu. I warning you,” Adam terus berlalu. Izzad membetulkan kemejanya. Dia tersenyum sinis.

“Kau tak tahu apa-apa Adam. Kau tak tahu apa yang aku rasa,” ujar Izzad sambil kembali melabuhkan punggung di kerusi. Dia mencapai botol air mineral dan diteguk rakus. ‘Adam dan Nek Wan sama aje. Membebel tak sudah,’ bisik Izzad sendiri.
………………..

“Yanie! Oh, Yanie!” laung Mek Yah. Yanie yang baru siap bersolat membuka pintu bilik. Dia keluar ke ruang tamu.

“Ada apa Mek Yah?”

“Kau ada nampak tak calon-calon yang lain? Aku tak nampak dari siang tadi lagi,”

“Tak ada pula. Mereka dalam bilik masing-masing agaknya,” jawab Yanie. Telekung di kepala dibetulkan.

“Nanti kau pergi panggil mereka semua. Lepas isya’, semua berkumpul dekat bawah ni,” arah Mek Yah. Yanie hanya mengangguk.

Seperti yang diberitahu, semua calon yang masih tinggal sudah berada di ruang tamu. Mek Yah duduk di kerusi yang paling tengah. Senang nak memberi ucapan.

“Aku nak beritahu ni. Kau orang semua dah nak dekat sebulan dekat sini. Tempohnya dah nak tamat. Esok, Izzad dan Lily akan datang untuk buat kesimpulan tentang apa yang dah berlaku sepanjang tempoh sebulan ni,” beritahu Mek Yah. Muka masing-masing kelihatan lega.

“Ha! Tak sabarnya nak bebas,” Tengku Fathiah bersuara. Mek Yah hanya tersenyum.

“Seperti sedia maklum, cucu aku Izzad, akan pilih hanya seorang sebagai isterinya. Sepanjang aku dekat sini, aku bukannya sengaja nak marah-marah atau sindir kau orang semua. Aku nak yang terbaik buat cucu aku. Aku tak tahu siapa yang Izzad akan pilih, tapi aku sudah ada pilihan aku sendiri,” Mek Yah memandang calon-calon semua. Yanie terasa sebak. Sudah mahu berakhir rupanya. Rancangannya untuk gagal ujian tidak satu pun terlaksana. Semuanya tidak seperti yang dirancang.

“Nak jadi seorang isteri, bukan satu tugas yang mudah. Aku tidak mahu kau orang semua mengambil remeh hal-hal kerja rumah dan yang paling penting hal agama. Masih belum terlewat untuk berubah,”

“Pilihan Mek Yah tak penting. Yang penting pilihan Izzad sebab dia yang nak berkahwin,” balas Sally perlahan. Yakin benar macam dia yang Izzad akan pilih. Mek Yah hanya tersenyum.

“Kalau kau nak orang hormatkan kau, belajar hormat orang lain dahulu,” sindir Mek Yah. Terkulat-kulat wajah Sally.

“Aku nak ucapkan selamat berjaya untuk esok. Siapa sahaja yang Izzad pilih, terima dengan hati terbuka. Aku tahu kau orang semua ni teman wanita dia. Tapi, hanya seorang yang layak. Kelayakan tu sudah diukur sepanjang tempoh ujian. Renung-renungkanlah dan selamat beramal,” Sempat Mek Yah mengajuk tag line ustaz Ozi yang dekat radio tu. Mek Yah berlalu ke bilik.

“Panas betul I dengan perempuan tua ni,” balas Sally geram.

“I jadi isteri Izzad nanti, tahulah I nak buat dekat dia macam mana,” Sally memeluk tubuh geram.

“Tengku Fathiah, isteri kepada jutawan muda Izzad Daniel. Wow! Wedding of the year,” Tengku Fathiah bersuara kuat sambil kakinya melangkah naik ke atas. Sally and the geng mencebik.

“I pun dah penat sebenarnya dengan ujian ni. Lepas habis ni, I nak pergi bercutilah. Nak rehatkan minda,” Rania pula bersuara. Wani mengangguk sahaja.

“Kita pergi sama-samalah ya. I tak rasa yang kita terpilih kalau nak dibandingkan dengan dua ekor tu. Berebut macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni,” balas Wani.

“Izzad yang I kenal, seorang yang suka buat kejutan. He’s a good friend,” Rania tersenyum lebar. Yanie hanya mendengar. Sudah tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah Pak Ngah dan Mak Ngah.

“Siapa agaknya pilihan Izzad ya?” Rania dan Wani meneka. Berkerut-kerut dahi.

“Awak berdua fikirlah ya. Saya nak masuk bilik. Nak kemas-kemas barang. Tak sabar nak balik rumah,” Yanie bersuara ceria.

“Excitednya you nak balik. Tak excited untuk tunggu keputusan esok ke?” soal Wani.

“Saya tak kisah pun Encik Izzad nak pilih siapa. Yang saya tahu, lepas ni saya bebas dan saya dapat kerja,” ujar Yanie girang sambil melangkah ke bilik. Siap bernyanyi kecil lagi.

“Apa maksud dia?” Rania menyoal Wani. Wani hanya angkat bahu. Pelik melihat gelagat gadis bernama Yanie.

~bersambung... :)

42 ulasan:

aya berkata...

best sangat2~~huhu..keep it up! :D

Tanpa Nama berkata...

iya2 ja yanie tu nak bebas..dia xtau yg izzad plih dia jd isteri..hehe
nk request next n3! ;)

Tanpa Nama berkata...

suspenlah pulak...jgnlah izzad pun ade Leukimia mcm mak dia.jgnlah wat cerita penamatnya sedih...

azmawani ibrahim berkata...

kasihan jugak kat adam tu kan..kena korbankan perasaan dye tu...huhuhu...anyway...nice entry..hehehe

0nion_ring berkata...

best2,,,teramat..lbh pnjag dripd biasa..suka2...
nk lagi...mcm xpuas jer..hehehe =)

Iman Kyuhee berkata...

wah... panjang kot n3 kali ni. hihi... tapi tak kisah la. janji dapat lepaskan rindu pada izzad n yanie. best giler2 la kak. keep it up. :D

Nick Ayumu berkata...

Hadoii.. Happy yanie nie kejap je! Hehe.. Mmg yanie bakal isteri izzad ni.. Tp x kan la izzad ni nak kawin kontrak pulak or dia saje nak acah si adam ni.. Hihihi suspen!! *sambil tekuk drum ;p

mizz acu berkata...

alahaiiiii..izzad sakit teruk ke? adehhhh.. sian yanie.. kawen la betul2..plss!
yanie pon suka tuuu.. nti dia ngaku la..(yeke)
sambung cepat2 yer kalo bley cik penulis..:P

Tanpa Nama berkata...

izzad 2 mcm sakit jer...
jgnlaa buat ending sedey...

Tanpa Nama berkata...

Izzad sakit apa ye? cam truk je sakit dia..bole bw maut ke? rs2 cam sakit cam mama dia @ barah otak je..Cik Writer, klu bole jgnla ending sedihhh..biarla Izzad dgn Yanie w/pun apa2 terjadi..xnk la dgn Adam..pls...hehehe

Hatika berkata...

Bestnyer. I like.. Jgn update lmbt yer the next chapt.. Hehehe

lia berkata...

izzat kan sakit....tak mau le matikn watak izzat...baca kata2 izzat pd adam ...sedihnya..mcm nk idup x lama je....jgn le ,matikn watak izzat....nak yanie n izzat love each other....pls

Tanpa Nama berkata...

x sepatutnya izzat kata mcm tu...itu seolah2 dia nk siksa yanie....tujuan kawen kene jelas ..mmg dia nk kn waris tp klu dah tunaikn tanggungjwb sbg suami ...dosa tu...hukum nikah kawen ni ni ..ada yg haram.harus .sunat.wajib......klu tujuan kawen sbb nk siksa isteri tu dah jatuh haram....sama ada siksa disegi batin @ zahirnya.....harp izzat x maksudkn kata2 dia....dan sekiranya zanie terpilih ..hrp yanie dpt terima ngn redha ...sbb x mustahil dia akan buat x layan kt izzat sdgkn izzat tu x spt yg dia sangka....lg baik klu dia berusaha mencintai izzat......dah byk novel2 yg berkisar kawen tnp cinta.paksa...pastu masing2 ego...harap cite ni ada kelainan...sbb seorg perempaun bila dah kawen ...redha Allah terletak pd redha suami.....bidang penulisan jg boleh disalurkn hal2 kaitan ngn hukum2 n agama...bukan sekadar hiburan...berdakwah ni byk cara...salah satu paling berkesan melalui penulisan.....apa tah lg yanis digambarkn seorg yg beragama...hrp dia dpt trm izzat n melayani izzat sebaiknya ..begiutu jg izzat.......harap izzat n yanie bersama ...not adam atau yg lain....maaf andai ada tersalah atau silap.....

Tanpa Nama berkata...

mne ada nikah2 kontrak dlm islam ni...tp ini le fenomena yg berlaku dlm masyarakat skrg.....

Tanpa Nama berkata...

izzad sakit leukimia jugak ke?semua tu simptom-simptom leukimia..sian izzad..sian jugak kat yanie.....

Tanpa Nama berkata...

Rasanya Izzad sakit...mungkin sama penyakit seperti ibunya. Janganlah dimatikan watak Izzad...tak mahulah penyudah yg menyedihkan...nak happy ending ye cik writer.

~ kak min ~

Eppy Safri berkata...

sangat bestttt....
dah syak musti si Yanie pilihan si Izzad..
tp mungkin tidak, sbb ?
Izzad ader penyakit ker?
alahhhh xnaklah hero goalll awal2

dyaNZa berkata...

aduhai... bestnyer... iye2 je la yanie tue nk bebas. x sabaq nk pulang... nnti kne cekup jgk... cz izzad dh pilih die.. nek wan pun pilih die jgk hehehehehe... kesian plak tgk adam... pe2 pun best2... next n3 x sabaq rsenyer....

amorey chenyonye berkata...

sedihnye....cam izzad tu ada sakit plak.janganlah jdi apa2 kat izzad cik writter.

Tanpa Nama berkata...

knpa crta ni akan ada smpi ep 20 je.. mcm mna pla dgan ep lain..? suspen crta ni.. hope the next entry willl be a.s.a.p.. hee......

Nurul Atika Zawiyuddin berkata...

x sabar nak tggu keputusan izzad...
cepat2 sambung...

mila berkata...

mesti izzat fikir dia pun ada penyakit mcm mak dia kan? sbb tu dia pilih isteri yg boleh jaga harta dia...kesian kt izzat... tp hrp dia x sakit tp akan bahagia dgn yanie...

Nur Anisah berkata...

Alahai.. nak tampar muka izzaddddddd!!!!!!

Nurfazila Suhaide berkata...

huaggghhhh!!!! janganlah Izzad mati...nak dia dengan yanie...

Tanpa Nama berkata...

ala tak suka kalo ending watak izzad mati.. tak suka laa yanie jd macam tu..

alahai tulung tulung tulung kasi ending bagus nanti...

Tanpa Nama berkata...

hero tak boleh la mati..kata-kata izzad sedih je..macam tau umo dia tak panjang..nak izzad tinggalkan 'sesuatu' untuk yanie..huhuhu

Afifah Yusof berkata...

terima kasih untuk semua yang meninggalkan komen mahupun pendapat... saya beritahu awal-awal yang saya mahu buat kelainan untuk novel kali ni.. memang feedback macam salah seorang T.Nama beri tu yang saya nantikan untuk bab kali ni.. semua akan sangka saya buat cerita kahwin kontrak. Tidak, saya tak buat mcam tu.. tunggu bab seterusnya untuk tahu lebih lanjut... thanks again... ^^

p/s; yang tanda boring, saya tak cakap cerita saya bagus, tapi saya mahu anda beritahu part mana yang boring tu? Saya akan perbaiki nanti...

Tanpa Nama berkata...

best nya....x sabar nak tgk reaksi yanie...bila izzat pilih dia...cepat2 next bab yea...

ana

Tanpa Nama berkata...

next n3 plsssss...hehehe
jangan marah ye cik penulis.....;)
tak sabar rasanya...best CIJ ni...i like.....

ihaaz berkata...

tak sabar nak tunggu bab seterusnya.. hehe..

bidadaricinta berkata...

harap sgt citer ni ada kelainan..
yg boleh buat kami as pembaca puas hati dgn jalan citernya.. sy pun spt yg lain,x sabar nk tau pilihan izad.. semestinya yanie kan?? x sbr nk tgk reaksi yanie tu.. hehehe..

Tanpa Nama berkata...

hmmm adakah nti izzad akn meninggal sbb sakit leukimia n adam akan diamanahkan menjaga yanie?? uhuhuh

Tanpa Nama berkata...

rasenya izzad cam rahsiakn something jer..maybe dia sakit sbb tu dia ckp kt adam cam tu..alaaaa...xbest ar klau izzad meninggal sbb rasenya diorg ni same2 suke kot..

Tanpa Nama berkata...

salam akk..cite ni best...hopefully..wlaupn izzad skit..ending cite ni still dy n yanie bersame...xde watak utame yg mati ye kak..xbest la law mati hero...hmm..klau la cite ni x dibuku kn..blh la bce sampai ending..hrp2 buku ni wlaupn dibukukn still ad lam blog sampai ending..klau x..xtau la nk cri kat mne buku ni kat ni(salam perantauan)...:D

ain79 berkata...

ala sdihnye izzad pn de skit leukimia gak ke,ala...ending yg sdih la plak..nk dorg bhgia..

Tanpa Nama berkata...

alala..jgn la bg mati ending dia..bez dah nie sesuai sgt izzad & yanie..huhu..bez99x smbung cpt k.xsbr nak tnggu.!

Tanpa Nama berkata...

nak n3 seterusnya...cpat2..bab 17..hehe

Tanpa Nama berkata...

sye tak nak ending cite nie izzad mninggal..not happy ending story. jan ler bt ceta2 sdih2.bt ceta nie lbih kpda lwak n romance..

Tanpa Nama berkata...

kalau hero mati buang buku lah hehe...

Tanpa Nama berkata...

Cik Penulis,
nak n3 seterusnya..xsaba dh ni..rindula Izzad ngan Yanie..nk tau kisah selanjutnya...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

janganlah ending sedih..xnak yanie dengan adam

Wild Cherry berkata...

izzad ni sakit barah otak ke?
harap2 dia hidup