Rabu, 22 Februari 2012

Calon Isteri Jutawan 17



BAB 17

AZAN subuh berkumandang di segenap ruang pelusuk alam. Yanie yang baru selesai membaca surah Yassin duduk berteleku sementara menunggu untuk bersolat. Hari yang ditunggu sudah tiba! Hari terakhir ujian berlangsung. Esok mereka semua sudah boleh pulang. Yanie tersenyum sendiri. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa pak ngah dan mak ngahnya.

“Allahuakbar… bismillahirahmanirahim…” Yanie mengangkat takbir dan memulakan bacaan. Merendah diri pada Maha Pencipta. Bersujud memohon keampunan dan kesejahteraan dalam hidup. Tidak lupa mendoakan arwah walid dan uminya semoga roh mereka dicucuri rahmat.

“Assalamualaikumwarahmatullah…. Assalamualaikumwarahmatullah…” Yanie meraup tangan ke muka. Kemudian dia berwirid dan memuji-muji kebesaran Allah. Selepas siap bacaan doa, Yanie melipat telekung dan sejadah sebelum digantung. Rambut panjangnya diikat kemas sebelum menyarung tudung. Pagi ini dia bercadang mahu memasak mee kari. ‘Hmm… lamanya tak makan mee kari bubuh kerang,’ detik hatinya.

“Assalamualaikum Mek Yah,” tegur Yanie apabila bertembung dengan Mek Yah di dapur.

“Waalaikumusalam. Awal bangun hari ni? Tak sabar nak tahu keputusanlah tu,” Mek Yah tersenyum meleret. Yanie mencebik manja.

“Selalu tak awal ke Mek Yah? Saya tak kisah pun pasal keputusan tu. Saya kisah nak balik,”
Mek Yah tersenyum sambil menggosok kepala Yanie. Yanie hanya membiarkan. Tangannya mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak mee kari. Semalam dia minta tolong Adam untuk belikan bahan-bahan.

“Kampung kau dekat mana?” Mek Yah menyoal sambil melabuhkan punggung di kerusi.

“Saya asal orang Pahang. Lepas ibu bapa saya meninggal, saya tinggal dengan keluarga pak cik saya dekat Seremban,”

“Kau tak ada adik beradik lain ke?”

“Hmm… saya ada kakak seorang. Tapi, dia dah kahwin. Dia duduk dekat Pahang dengan suaminya,” Yanie terdiam. Cerita aje tentang si kakak, membangkitkan kesayuan dalam hatinya.

“Dua-dua perempuan? Nanti bila kau nak kahwin, pak cik kaulah yang akan jadi wali. Nanti senang-senang bawa aku jumpa pak cik yang kau tumpang rumahnya sekarang. Nak juga aku kenal-kenal,” putus Mek Yah. Yanie hanya angkat kening.

“Err… baiklah. Nanti saya kenalkan,” Yanie jawab teragak-agak. Tangannya kembali menyambung membuat kerja.
……………

Waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Izzad, Lily dan Adam tiba pada pukul 9 pagi. Masing-masing sudah bersiap sedia. Yanie menghidangkan mee kari di atas meja makan. Hari ini dia mahu makan beramai-ramai sempena hari terakhir mereka.

“Wah! Ada makananlah,” ujar Lily gembira. Semua berjalan ke meja makan.
“Hari inikan hari terakhir, jadi kita buatlah makan-makan. Yanie yang masak semua ni,” cerita Mek Yah. Yanie hanya tertunduk malu.

“Okey. Baiklah. Sebelum keputusan diberitahu, kita menjamu selera dulu,” Izzad bersuara sambil menarik kerusi dan duduk. Selepas itu semua calon yang ada turut duduk. Mek Yah duduk di tepi kanan Izzad. Yanie melabuhkan punggung di sebelah Lily. Adam duduk di depannya. Masing-masing mula menjamu selera.

“Kalau I nak cari isteri, I cari yang pandai memasak,” tiba-tiba Izzad bersuara. Dia tersenyum sahaja. Semua calon memandang Izzad tidak berkelip.

“Nek Wan sokong!” tiba-tiba Mek Yah bersuara kuat. Wanita itu ketawa kecil melihat wajah calon-calon yang tidak berkelip. Baru nak sedar betapa pentingnya tahu memasaklah tu.

“I cari yang pandai kemas rumah,” sekali lagi Izzad bersuara. Dah macam bagi hint pula. Izzad memandang Yanie. Gadis itu hanya membuat tidak endah dan meneruskan makan. Entah dengar ke tidak apa yang dikata Izzad.

“Izzad, please say clearly! Siapa yang you pilih untuk jadi wife you?” Tengku Fathiah sudah berhenti makan. Mulutnya dilap dengan napkin. Rasanya semua dah tak senang duduk. Izzad memandang muka Tengku Fathiah. Senyuman manis plus menggoda dihadiahkan.

“Just wait and see. I akan beritahu lepas I siap makan ni,”

“You buat I gementar,” manja suara Sally. Siapa tak kuat iman, mahu leleh dekat sini. Rasanya Izzad salah seorangnya sebab dia tersengeh sampai ke telinga. Amboi, bukan main lebar senyumannya!

“Ehem!” Mek Yah berdehem. Mahu mengembalikan cucunya ke alam realiti. Tenung anak dara orang macam nak telan. Masya-Allah…

“Nek Wan cucuk mata tu karang,” ugut Mek Yah. Izzad ketawa kecil. Kulit mukanya sedikit kemerah-merahan.

“Eyes cannot be control,” jawab Izzad selamba. Mek Yah mengerut dahi.

“Apa kau merepek ni? Manalah Nek Wan faham bahasa omputeh,”

Yanie tersenyum dari jauh. Lucu melihat muka Mek Yah yang terpinga-pinga. Jahat betul Izzad! Dah tahu nenek dia tak faham bahasa inggeris, sibuk nak speaking.

“Okay, I’m done! Jom, kita ke ruang tamu,” Izzad bangun selepas meneguk minumannya sehingga habis. Semua calon turut bangun. Hanya Yanie yang masih duduk bersama Mek Yah dan Lily. Adam sudah mengikut Izzad. Biasalah, pengawal peribadi katakan.

“Awak tak nak pergi ke?” soal Lily sambil tangan mengemas meja makan. Yanie hanya tersenyum.

“Tak apalah. Saya pergi lambat sikit. Saya tolong kemas dekat sini dulu,” putus Yanie. Mek Yah hanya memandang.

“Pergilah. Nanti marah pula Izzad tu,” Mek Yah bangun dan memegang tangan Yanie yang mahu mengutip mangkuk kotor.

“Tapi, rasanya saya tak diperlukan pun dekat sana,” perlahan Yanie bersuara. Mek Yah menggeleng.

“Kau kan calon isteri jutawan. Jadi, kau wajib pergi sana untuk dengar keputusan Izzad. Kalau tidak, buat apa kau susah-susah buat ujian dalam tempoh sebulan ni,” bebel Mek Yah.

“Betul tu. Baik awak pergi,” Lily pula bersuara. Nak tak nak Yanie mengangguk. Dia melangkah perlahan menghampiri ruang tamu. Semua calon sudah duduk di tempat masing-masing. Semua mata memandangnya yang baru tiba.

“You always be like this,” ujar Izzad sambil merenung Yanie. Yanie hanya terkulat-kulat. ‘Aku buat apa?’

“Kalau Izzad suruh berkumpul dekat sini, tak boleh ke you cepat. Ini ikut suka aje lambat,” sindir Farra. Yanie duduk perlahan-lahan di sebelah Rania. ‘Mungkin apa yang dicakap Farra tu benda yang Izzad maksudkan.’

“Saya minta maaf,” perlahan Yanie bersuara. Dia tahu salahnya.

“Okey. Shall we start now?” soal Izzad. Dia memandang Adam si sebelahnya.

“Firstly, I nak ucapkan terima kasih kepada semua calon kerana memberi kerjasama yang baik dan masih kekal di sini selama tempoh sebulan. I’m very proud to all of you,” Izzad memulakan mukadimahnya.

“Today is the day. The big day. I akan pilih seorang untuk dijadikan isteri I yang sah. It’s a big decision you know,” sambung Izzad.

“Untuk pengetahuan semua calon, sepanjang tempoh sebulan ini anda semua dinilai secara sedar dan juga secara tidak sedar. Ujian pertama ialah terpaksa tinggal di rumah banglo ini selama sebulan. Hanya dua calon yang menarik diri. Waktu makan malam syarikat, kami turut mengambil markah. Untuk menjadi isteri kepada seorang usahawan, mesti pandai bergaul dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian. Ketika membuat lawatan ke rumah anak yatim tempoh hari, kita mahu lihat siapa yang mempunyai sifat penyayang. Kami bukan hanya mencari seorang isteri tetapi bakal ibu kepada anak-anak Encik Izzad,” Adam menerangkan satu persatu. Dia berhenti seketika untuk menelan liur. Izzad hanya mendengar.

“Semasa pemilihan barang kemas, kami meneliti satu persatu. Kami bukan mencari seorang perempuan yang materialistic tetapi biarlah bersederhana. Kerana bersederhana itu lebih baik. Untuk pengetahuan semua, ruang tamu tingkat atas dan bawah dilengkapi dengan CCTV tertutup. Jadi, kami dengan mudah dapat menilai keperibadian seorang demi seorang dan untuk pengetahuan semua, nombor yang sering menghantar pesanan pada anda semua adalah nombor telefon Encik Izzad. Kami menyamar untuk tengok sejauh mana respon dari anda semua. Dari situ kami tahu yang anda orang yang bagaimana. Encik Izzad tidak mahu isteri yang mengadakan hubungan dengan lelaki lain. Kejujuran amat penting,” Adam bersuara lagi.

“I nak isteri yang pandai memasak supaya I sentiasa akan makan makanan dari rumah. I nak cari isteri yang pandai mengemas supaya I selesa berada di rumah dan menenangkan. I mencari seorang isteri yang bersederhana supaya dia dapat menjaga harta I dengan baik dan yang paling penting I mencari isteri yang mampu membimbing I ke jalan Allah,” Izzad bersuara tenang. Matanya memandang semua orang.

“What the hell you talking about ha?” Tengku Fathiah terus terbangun.

“Kehadiran nenek I selama hampir dua minggu ini adalah atas dasar untuk mengajar dan mendidik you all semua. Kehadiran nenek I supaya dia dapat korek identiti you all semua. I rasa I tak silap buat pilihan. Apapun, you all semua tetap kawan-kawan I,” sambung Izzad.

“Apa ni Izzad? You jangan nak cakap berputar belit macam ni. Siapa yang you pilih?” Sally turut bangun. Masing-masing sudah merah mukanya.

“Nurul Izyanie. You’re the one that I choose to be my wife,” Izzad berjalan dan berdiri di depan Yanie. Yanie hanya tergamam.

“Izzad! You tak boleh buat macam ni. You must wrong,” Tengku Fathiah terus memeluk lengan Izzad. Sally turut mendekati Izzad.

“You berguraukan?” soal Sally.

“Keputusan I muktamad. I pilih Nurul Izyanie untuk jadi isteri I,” ulang Izzad. Matanya memandang semua.

“Izzad! How could you do this to me? I yang paling rapat dengan you. I yang selalu ada waktu you perlukan seseorang,” Tengku Fathiah menggoncang lengan Izzad.

“I’m sorry Fath. I’m sorry girls. I akui you semua memang baik. Sentiasa ada waktu I perlukan you all semua. Tapi, I hanya mahu mencari seorang isteri. I harap you semua faham dan dapat terima keputusan I ni,”

“Kalau you pilih orang lain, I dapat terima. Tapi, you pilih dia. Perempuan yang tidak sama taraf dengan you. I tak akan mengaku kalah hanya kerana perempuan ni. I rasa otak you tak berapa betul sekarang ni Izzad sebab tu you buat keputusan salah macam ni,” Tengku Fathiah bangun dan terus melangkah ke atas. Beberapa minit kemudian dia turun bersama beg-beg pakaian.

“You fikir balik pasal keputusan you. I tunggu berita gembira dari mulut you,” Tengku Fathiah memegang kedua belah pipi Izzad sebelum berlalu. Bunyi kereta Tengku Fathiah menderum keluar dari perkarangan banglo. Masing-masing memandang sesama sendiri.

“I rasa you perlukan rehat. Mungkin sebab you banyak kerja sebab itu kepala you pening. Sebab tu you salah pilih. I tunggu keputusan you ya,” kali ini Sally pula berbicara. Dia memegang tangan Izzad dan digenggam.

“Sally…” Izzad mahu membalas tapi Sally sudah menggeleng. Dia tersenyum lebar.

“I tahu you akan pilih I. Maybe you sengaja mahu menduga I sekarang. I know you Izzad. You takkan pilih perempuan macam ni,” Sally menjeling tajam Yanie yang masih termangu. Duduk menekur lantai.

“Farra, Muna, I nak ambil beg. Kita balik sekarang,” arah Sally.

“Kenapa you tak pilih I?” soal Farra sambil memegang tangan Izzad yang baru dilepaskan Sally.

“I’m sorry Farra,” Izzad tersenyum tawar.

“Kenapa you mesti pilih perempuan ni?” Muna pula menyoal.

“I ada sebab I sendiri. I harap you all faham. Mungkin bukan jodoh antara kita,”
Farra dan Muna menggeleng kesal sebelum mengikut Sally naik ke atas. Mereka bertiga pula pergi meninggalkan rumah banglo ini. Yanie memandang Wani dan Rania yang hanya diam.

“Tahniah,” ujar Rania sambil memeluk bahu Yanie.

“Saya… saya…” Yanie seperti tidak tahu mahu membalas apa. Wajah Izzad dipandang geram.

“Apa semua ni encik?” soalnya lirih. Adam bangun dan meninggalkan ruang tamu.

“Saya pilih awak untuk menjadi isteri saya,” jawab Izzad selamba.

“Tapi, kenapa? Kenapa encik pilih saya? Bukankah kita dah buat perjanjian pasal perkara ni?”

“Itu saya tahu. Tapi, dalam perjanjian tak ada pula menyatakan yang saya tak boleh pilih awak. Awak jangan risau, lepas kahwin awak tetap dapat jawatan pembantu setiausaha tu seperti yang telah dirancang,”

“Encik memang dah lebih! Encik tak boleh buat saya macam ni,” Yanie bangun dan terus berlari ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar. Izzad menarik nafas. Mek Yah berjalan perlahan menghampiri cucunya. Bahu Izzad dipegang.

“Dia mungkin masih terkejut,” ujar Mek Yah perlahan.

“Salah ke keputusan Izzad ni Nek Wan?”

“Tidak. Nek Wan bangga sebab kau buat pilihan yang tepat. Pilihan yang sama dengan Nek Wan,”
Izzad tersenyum sahaja. Dia memandang Rania dan Wani. Dua-dua gadis itu turut tersenyum.

“I’m sorry Rania, Wani,”

“It’s okay Izzad. I tahu kenapa Yanie yang you pilih,” Rania tersenyum manis. Kepala dianggukkan sedikit.

“Dia memang perempuan yang baik,” ujar Wani pula.

“Thanks a lot girls,” Izzad mencapai tangan Rania dan Wani.

“Izzad…” panjang amaran Mek Yah. Izzad melepaskan tangan keduanya.

“Terima kasih Mek Yah sebab mengajar kami banyak benda sepanjang hampir dua minggu ni,” Rania beralih pula pada Mek Yah.

“Aku cuma nak ajar dan nak bimbing kau orang semua. Aku harap kau orang tak ambil hati,” Mek Yah bersalam dengan Rania dan Wani. Mereka berdua berlalu selepas beberapa minit. Sekejap sahaja rumah besar ini sunyi. Semua sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Nanti Nek Wan cakap dengan Yanie,” Mek Yah cuba menyedapkan hati cucunya.

“Perempuan tu degil sikit Nek Wan,” selamba Izzad mengutuk. Nek Wan ketawa kecil.

“Tak baik cakap orang macam tu. Kau pun sama. Degil,” Mek Yah menyekeh kepala Izzad.

“Nek Wan pergi bilik Yanie sekejap ya. Kau nak balik ke, nak duduk sini lagi?” Mek Yah sudah bangun.

“Izzad nak ke pejabat. Ada mesyuarat penting hari ni. Izzad pergi dulu ya Nek Wan,” Izzad bersalam dengan Mek Yah sebelum dia menggamit Adam untuk berlalu pergi.

“Budak-budak ni. Macam ini pun ada ke. Macam mana aku nak pujuk budak Yanie ni?” Mek Yah berbicara sendiri.

“Mek Yah nak buat apa?” Lily datang menghampiri.

“Aku tak pandai hal-hal budak muda sekarang. Aku patut bagi bunga ke? Atau aku bagi anak patung macam budak sekarang selalu buat?” Mek Yah bercakap sendiri. Lily ketawa kecil.

“Tak perlulah semua tu Mek Yah. Saya tahu Mek Yah berkebolehan. Mek Yah pusing sana, pusing sini, cairlah si Yanie tu. Bukannya Encik Izzad nak kahwin main-main. Ini kan perkahwinan betul-betul,” cadang Lily.

“Aku pergi pujuk dulu budak tu,” Mek Yah bangun. Wanita itu menghampiri bilik Yanie. Pintu bilik yang tertutup rapat diketuk perlahan. Masih tiada sahutan.

“Yanie, Mek Yah ni,” ujar Mek Yah. Beberapa minit pintu bilik terbuka. Yanie mengelap matanya.

“Ada apa Mek Yah?” serak suara Yanie. Yanie membetulkan tudung di kepalanya.

“Boleh Mek Yah masuk?”

“Masuklah…” Yanie membuka lebar pintu biliknya. Dia berjalan perlahan menghampiri katil.

“Kenapa menangis ni? Teruk sangat ke permintaan cucu aku tu?” lembut Mek Yah bersuara.

“Saya rasa tertipu. Saya tak bersedia untuk jadi seorang isteri. Saya tak boleh terima perkara macam ni jadi secara tiba-tiba. Cuba Mek Yah berada di tempat saya? Saya tak kenal Izzad. Saya tak tahu langsung apa-apa tentang Izzad. Izzad juga tak kenal saya. Mek Yah juga pernah cakap yang perkahwinan bukan perkara main-main. Saya tak sanggup perjudikan masa depan saya pada lelaki seperti Izzad,” lirih Yanie menerangkan.

“Kenapa? Sebab cucu aku tu sosial? Sebab cucu aku tu kaki perempuan? Sebab cucu aku tu dah lama lalai? Sebab itu ke?” Mek Yah memegang tangan Yanie.

“Memang, wanita mencari seorang lelaki yang mampu membimbing mereka ke jalan yang benar. Dapat membimbing menuju ke syurga. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Itu memang ada disebut. Tapi, kalau dapat sebaliknya kita kena redha. Mungkin Allah dah takdirkan jodoh kita bukan seperti yang kita harapkan. Jadi, kita sebagai wanita yang tahu kenapa kita tak guna pengetahuan kita untuk membimbing suami ke jalan yang benar. Kenapa tidak kita yang mengajar mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang dapat membantu.” Nasihat Mek Yah lembut.

“Aku tak paksa. Kau fikir-fikirkanlah hal ni. Tapi, ingat. Jangan kerana terpaksa. Kerana dalam perkahwinan mesti mendapat kerelaan kedua-dua belah pihak. Juga, jangan kerana perjanjian kerana perkahwinan yang berasaskan perjanjian tidak membawa apa-apa makna sedangkan perkahwinan itu adalah suatu ikatan yang suci. Ikatan yang mengikat dua jiwa menjadi satu,” sambung Mek Yah lagi.

“Izzad dah balik ke pejabat. Aku rasa baik kau berbincang elok-elok dengan dia. Aku dulu pun kahwin masa muda. Macam yang aku pernah beritahu dulu, aku ni cina mualaf. Arwah datuk Izzad yang bimbing aku. Besar pahalanya membantu membawa ke jalan Allah,” Mek Yah memeluk Yanie erat. Kepala Yanie digosok.

“Mulai hari ni, aku nak kau panggil aku Nek Wan. Dari mula hati aku ni dah tergerak untuk pilih kau kerana aku tahu kau mampu membantu Izzad. Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan lancar,”

“Tapi…”

“Bincang dengan Izzad. Yang paling penting berdoa supaya Allah berikan kau petunjuk untuk membuat pilihan yang tepat…” Mek Yah meleraikan pelukan. Dia bangun bersedia untuk keluar.

“Terima kasih Nek Wan,” ujar Yanie perlahan. Mek Yah tersenyum lebar.

“Sejuk telinga aku dengar kau panggil macam tu. Aku keluar dulu,”

Selepas kelibat Mek Yah hilang dari pandangan, Yanie memandang telefon bimbitnya. Dia memerlukan seseorang untuk diluahkan perasaannya kini. Ya Allah, Kau berikanlah petunjukMu. Telefon bimbit di tangannya berbunyi lantang. Tertera nombor yang selalu mengacaunya. Tidak disangka, nombor Izzad rupanya. Yanie membiarkan telefonnya berbunyi.

+ Saya nak jumpa awak. We need to talk.

Yanie membaca mesej yang baru sahaja masuk ke telefonnya. Daripada Izzad.

_Tak ada apa yang nak dibincangkan. Saya perlukan masa untuk berfikir. Harap encik faham.

Yanie menekan butang send. Dia menanti penuh sabar jawapan dari Izzad.

+Makin awak cuba lari, makin saya hampir. Saya dah pilih awak dan keputusan saya muktamad. Kalau awak nak dapatkan kerja tu untuk awak bantu masalah kakak awak, baik awak terima.

Yanie mengeluh berat. ‘Aik, mana Izzad tahu pasal masalah kak Ifti?’ ‘Ooh, lupa pula. Bukan ke rumah ni pasang CCTV.’

_Please, give me time.

Lepas hantar Yanie terus menutup telefon bimbitnya. Dia membaringkan diri. Air mata mengalir.

“Walid… umi… apa patut Yanie buat?” rintihnya. Yanie memeluk erat bantal peluk. Air mata menjadi peneman sehingga dia terlelap. Apa akan jadi seterusnya agaknya?

~Bersambung...

p/s : terima kasih semua yang menyokong cerita ni... ^^

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaikla.. hehe..

ihaaz berkata...

yes.. izzad pilih yanie..
bgus3. hehe

Wany berkata...

Arghhhhh, seeeeweet !!!! Next please ! Setiap hari tunggu cerita nie.. XD
Gonna be a good story..

She's Lazy Gurlz berkata...

terbaek..haha :)
from : shida lyna

Tanpa Nama berkata...

hurmmm.. payah jugak yanie nak terima.. pelan2 kayuh ye..

= mak Mal

aya berkata...

hua..nak lagi..huhuhu..tahniah yanie! as expected yanie yang terpilih..

mila berkata...

bestttt. tq

kleo berkata...

wahhh! good job kak pipah! nak lagi! heee..! thank you, akak! :) take care of yourself, too! <3

Tanpa Nama berkata...

Lagi please...huhuhu..jgnlah sampai 20 je!! Sweet gila <3<3<3

-WM Erlysa

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua... setiap kesudian anda semua komen amat2 saya hargai... terima kasih banyak sebab menyokong karya saya yang tidak seberapa ni.. ^^

Tanpa Nama berkata...

likey....

Tanpa Nama berkata...

lepas apa yg akan terjadi pada yanie .... ? terima memang terima lah sebab yanie perlukan duit untuk ubati sakit kakak dia.... adakah yanie akan bahagia bersama izzad

Tanpa Nama berkata...

yanie dlm kekeliruan..cian dia.
tp tahniah utk izzad sbb plih yanie.. :)

Tanpa Nama berkata...

terbaik...terima la yanie hehehe

0nion_ring berkata...

terbaikkk...
nk lagi..xpuas..

Tanpa Nama berkata...

writer.bley tak kalo bubuh lg satu bab??boleeeee laaaaaa.pelissssssss3!sy mrayu sgt2 coz jumaat sy nk blek kg da.sy ta bley nk bca coz sna tade internet.bolee laaa.satuu jee!nk bce sgt2!

Eppy Safri berkata...

Amat berasa puas n sure ngan keputusan Izzad.
Yanie time jelah izzad, sure izzad akn bahagiakn n bantu ko...
Ishh melebih lak akk ni...
Ai Likeeeeee

azmawani ibrahim berkata...

semoga yanie tak keberatan untuk terima izzad tuu...huhuuhu..

sweety berkata...

halangan mesti mendatangkan kan nanti? sebab mereka2 yg gedik tu dah kecewa sbb izzat tak pilih dorg...

Amira Adnan berkata...

yeay.. ezad pilihyanie finally.. happyy..:) cptlah update nxt entry k..:)

cactaceous opuntia berkata...

buat istikharah yanie...=)...lgpn kalau izad buat pasal nek wan kn ade...^^

Nur Anisah berkata...

Geram plak dgn Izzad --

Tanpa Nama berkata...

best...best...afifah nak next episode please...tak sabar dh ni....

Ina Ania berkata...

Bestnya !

idA berkata...

mengharap agar Yanie melihat diri izzad..walaupun apa yg dibuatnya pada semua calon calon untuk dijadikan isteri mamat sengal tu..mana ada dia buat benda benda yg mendorong akan kemungkaran..akak mengharap agar yantie memilih izzad bukan kerana hartanya tapi kerana takdirnya..belajar untuk mencintai lelaki itu..

Tanpa Nama berkata...

best best!! cepat sambung lagi pls...

Afifah Yusof berkata...

Semua T.Nama , ihaaz, wany, she's lazy gurlz, aya, mila, kleo, onion_ring, kak eppy safri, azmawani ibrahim, sweety, amira adnan, cactaceousopuntia, nur anisah, ina ania dan kak idA...

Terima kasih semua... terima kasih banyak2... harap terus mendapat sokongan anda semua... ^^

Che Laila berkata...

..menarik...!

Tanpa Nama berkata...

Rasanya izzad sakit kan..ishhh ksian plak kat yanie nnti

Tanpa Nama berkata...

hehehe...TQ utk n3 ni..xpuasss, nk lg..bole la Cik Writer..cpat2 skit ye...;)

sue berkata...

Yani terima saja lah.... betul apa Nek Wan cakap

"Jangan kerana terpaksa. Kerana dalam perkahwinan mesti mendapat kerelaan kedua-dua belah pihak. Juga, jangan kerana perjanjian kerana perkahwinan yang berasaskan perjanjian tidak membawa apa-apa makna sedangkan perkahwinan itu adalah suatu ikatan yang suci. Ikatan yang mengikat dua jiwa menjadi satu... dan Mungkin Allah dah takdirkan jodoh kita bukan seperti yang kita harapkan. Jadi, kita sebagai wanita yang tahu kenapa kita tak guna pengetahuan kita untuk membimbing suami ke jalan yang benar. Kenapa tidak kita yang mengajar mereka. Kalau bukan kita, siapa lagi yang dapat membantu.” Nasihat Mek Yah lembut.

Tanpa Nama berkata...

hope Yanie terima Izzad seadanya..baik & buruk perangai Izzad..hanya Yanie, isteri yang boleh menjaga Izzad ketika sakit nanti & bersabar dengan kerenah2 Izzad...;p

-puteri comel-

salmiah berkata...

Terjumpa kesalahan kecil kat sini :

You must wrong

sepatutnya you must be wrong.

Wild Cherry berkata...

Akhirnya Izzad pilih Yanie!!! tersalah teka plk pasal org yg hantar sms tu... xsangka plk izzad yg menyamar