Ahad, 26 Februari 2012

Calon Isteri Jutawan 18



BAB 18

“Assalamualaikum… Pak ngah! Mak ngah!” Yanie memberi salam. Kereta Perdana V6 pak ngahnya elok sahaja tersadai di depan rumah. Tapi, pintu tertutup rapat. Sekali lagi Yanie memberi salam.

“Waalaikumusalam. Yanie, bila sampai? Kenapa tak beritahu. Boleh pak ngah ambil kamu dekat stesen bas,” Pak ngah keluar sambil menyambut beg yang berada di tangan Yanie. Yanie hanya tersenyum.

“Tak apa. Bukannya Yanie tak tahu jalan. Mak ngah mana?” Yanie mengikut pak ngah masuk ke dalam rumah.

“Ada tu dekat atas. Baru sudah solat zohor. Yanie apa khabar? Macam mana sesi ujian kamu tu?”
Yanie hanya tersenyum tawar. Ujian? Huh! Pak ngah duduk di sofa dan membuka peti televisyen. Buletin 1.30 terlayar di skrin tv. Yanie malas mahu menjawab soalan pak ngahnya.

“Dah balik budak bertuah ni,” suara mak ngah kedengaran menuruni tangga. Yanie berjalan menghampiri mak ngah untuk bersalam.

“Macam mana? Dapat tak kerja tu?” soal mak ngah pula. Yanie menggaru kepala yang tidak gatal.

“Belum tahu keputusan lagi,” Yanie beralasan.

“Ada pula macam tu. Pergi sebulan belum dapat apa-apa keputusan lagi. Lambatnya,” rungut mak ngah sambil memandang pak ngah. Pak ngah hanya mengangguk setuju.

“Dah makan? Kalau belum jom makan sekali. Mak ngah masak ayam goreng hari ni,” Mak ngah menarik tangan Yanie menuju ke dapur.

“Qairil tak balik ke mak ngah?”

“Tak ada pula. Dia sekarang sibuk. On call katanya. Dekat sana Yanie ada jumpa dia ke?”

“Ada mak ngah. Hari tu kami keluar jalan-jalan. Dia bawa Yanie pusing KL,” cerita Yanie. Mak ngah tersenyum lebar.

“Kau orang tu sepupu, dari kecil memang rapat. Tapi, bila dah besar ni masing-masing dah ada batas. Kena pandai jaga dirilah. Kena tahu setakat mana pergaulan antara lelaki dan perempuan. Bukan mak ngah nak cakap apa, tapi biasalah mulut orang. Nampak sikit mulalah nak reka cerita yang bukan-bukan. Padahal mak ngah dan pak ngah dah anggap Yanie macam anak sendiri,”

“Apa maksud mak ngah sebenarnya?” Yanie mula tidak sedap hati.

“Bukan apalah. Orang yang melihat tak tahu apa yang berlaku. Itu pun nasib baik yang Qairil tak duduk sini. Iyalah, Qairil dan Yanie kan bukan muhrim. Jadi, tak eloklah kalau tinggal sebumbung. Sebab tu setiap kali Qairil balik, mak ngah dan pak ngah tak tinggalkan kau orang,” lembut mak ngah menerangkan. Tidak mahu anak saudaranya berkecil hati.

“Ooh… Yanie faham mak ngah. Tapi, mak ngah jangan risau. Insya-Allah tak ada apa-apa,” Yanie tersenyum.

“Mak ngah percayakan kamu. Mak ngah juga percayakan Qairil. Kau orang takkan buat sesuatu yang tak elok. Tapi, ada perkara yang kita tak boleh nak jangkakan. Lebih baik mencegah sebelum apa-apa terjadi,” mak ngah memegang tangan Yanie. Wanita itu tersenyum kecil.

“Mak ngah nak Yanie keluar dari rumah ni ke?” soal Yanie sebak. Tiba-tiba berasa malu mengenang diri yang menumpang. Kerana dia orang mengata mak ngah dan pak ngah yang bukan-bukan.

“Bukan itu maksud mak ngah. Tak terniat pun dihati mak ngah ni nak menghalau kamu. Apa yang mak ngah cuba sampaikan, lebih elokkan jika kita menghalalkan hubungan ni. Tak ada lagi timbul fitnah. Lagipun, macam mak ngah cakap tadi. Mak ngah dan pak ngah dah anggap Yanie macam anak sendiri,” mak ngah memegang kedua belah pipi Yanie yang nampak terkejut.

“Err… apa maksud mak ngah? Nak menghalalkan hubungan apa pula ni?”

“Mak ngah tahu apa perasaan Qairil pada Yanie. Kamu dengan dia memang rapat. Sebab itu mak ngah ingat mak ngah nak satukan kamu dengan Qairil. Yanie sudi jadi menantu mak ngah dan pak ngah?” Pandangan mak ngah penuh mengharap. Yanie serba salah. Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Rasa nak simpan aje dalam mulut ni.

“Err… Yanie… erm… macam mana ya?” Yanie memandang sekeliling. Matanya pandang ke atas. Sekejap pandang kiri sekejap pandang kanan. Dia benar-benar dalam dilemma.

“Yanie dah ada kawan lelaki ke?” soal mak ngah. Yanie semakin gelisah. Dia keliru antara perasaan hormat, perasaan terhutang budi dan tentang hati dan perasaannya.

“Mak ngah tak memaksa. Sebenarnya Qairil tak tahu pun yang mak ngah dah tahu tentang perasaan dia pada kamu. Dia tak tahu pun yang mak ngah nak cakap benda ni dengan kamu, Yanie,”

“Cuma, kalau kau orang dah suka sama suka, tak salah rasanya kita satukan aje. Untuk elakkan sesuatu yang buruk,” sambung mak ngah. Yanie mengerut dahi. Dia suka Qairil ke? Mak ngah dapat informasi salah daripada siapa ni?

“Biarkan budak tu fikir dulu Siti oii… Jangan nanti dia terima sebab terpaksa sudahlah. Lagipun, awak confirm ke yang anak kita si Qairil tu sukakan Yanie ni? Kot-kot budak tu dah ada teman wanita dekat KL. Jangan bergaduh nanti susah,” pak ngah turut masuk ke dapur dan duduk di kerusi meja makan. Mak ngah mengerut dahi.

“Saya tahulah abangnya. Saya inikan ibunya. Tapi, saya tak pastilah pula kalau Qairil tu dah ada teman wanita ke belum. Saya tak pernah tanya. Dia pun tak pernahnya nak bercerita,” luah mak ngah.

“Yanie pula? Dah ada kawan lelaki ke? Kalau masing-masing dah ada yang berpunya, jangan dipaksa lagi,” kali ini pak ngah pula bertanya soalan yang sama. Yanie hanya menunduk. Mata milik mak ngah dan pak ngah memandang tepat ke arahnya. Seperti menantikan jawapan.

“Sebenarnya, Yanie dah anggap Qairil macam abang Yanie sendiri. Yanie harap mak ngah dan pak ngah tak berkecil hati,” perlahan Yanie menjawab. Mak ngah dan pak ngah saling memandang.

“Habis, kamu memang dah ada teman lelaki ke? Sebab tu kamu tak sukakan Qairil?” soal mak ngah. Pak ngah hanya menjeling.

“Bukan macam tu. Tapi…”

“Assalamualaikum…” suara orang memberi salam di luar rumah mematikan bicara Yanie. Masing-masing memandang sesama sendiri. Pak ngah bangun dan menuju ke pintu. Mak ngah mencapai tudung sarung di kepala tangga.

“Waalaikumusalam. Nak cari siapa ya?” Kedengaran suara pak ngah di luar rumah. Selepas membetulkan tudung mak ngah turut berlalu keluar. Yanie yang masih di dapur tidak tahu mahu membuat apa.

“Jemputlah masuk,” Kali ini kedengaran pula suara mak ngah. Bunyi orang berbual di ruang tamu menandakan yang tetamu sudah masuk ke dalam rumah.

“Yanie, buatkan air untuk tetamu kita,” arah mak ngah sebelum kembali menghilang ke ruang tamu. Yanie hanya menurut. Selepas siap meletakkan minuman dan beberapa biji cawan di atas dulang, Yanie menatang dulang tersebut ke ruang tamu. Baru sahaja dia mahu melangkah lebih dekat dia terkaku.

“Mek Yah! Apa Mek Yah buat dekat sini?” soal Yanie terkejut. Dia meletakkan dulang di atas meja kopi sebelum bersalam dengan nenek Izzad.

“Apa Mek Yahnya. Bukan ke aku suruh panggil Nek Wan,” tegur Mek Yah sambil mencubit pipi Yanie. Yanie tersenyum malu.

“Yanie kenal ke dengan puan ni?” soal mak ngah. Yanie mengangguk.

“Ini nenek bos tempat Yanie mohon kerja tu. Pak ngah, inilah nenek Encik Izzad. Pengarah ID Holdings,” Yanie memandang pak ngah dan mak ngahnya silih berganti. Pak ngah tersenyum.

“Minta maaf puan. Saya tak tahu yang puan ni neneknya Encik Izzad,” pak ngah merendah diri.

“Tak payahlah nak panggil aku ni puan-puan segala. Panggil aku Mek Yah sudah. Kenapa kalau aku ni neneknya Izzad? Nak jemput aku cara istimewa ke? Tak perlulah semua tu. Aku ni manusia biasa juga. Sama aje kita ni, ” Mek Yah membalas sambil tersenyum lebar. Pak ngah dan mak ngah turut tersenyum.

“Jemput minum Mek Yah,” pelawa mak ngah. Yanie duduk di sebelah Mek Yah.

“Nek Wan datang dengan siapa ni?” soal Yanie sambil kepala menjengah di sebalik langsir.

“Aku datang dengan pemandu. Aku suruh dia pergi jalan-jalan dulu. Sebenarnya, aku datang ni ada hajat. Tapi, sebelum tu aku minta maaflah sebab datang mengejut macam ni,” Mek Yah memulakan mukadimahnya. Yanie di sebelah sudah berasa tidak sedap hati. Apa yang menyebabkan Mek Yah datang?

“Hajat apa tu Mek Yah?” pak ngah membetulkan duduk. Sesekali mata pak ngah menjeling Yanie.

“Beginilah. Aku pendekkan cerita terus. Kalau cakap banyak-banyak nanti buang air liur aje kan. Aku datang ni nak merisik si Yanie ni,” lancar sahaja ucapan Mek Yah. Pak ngah kelihatan terkejut. Mak ngah juga begitu. Yanie lagilah terkejut. Terkejut yang amat!

“Err… merisik? Merisik untuk siapa?” Mak ngah menyoal. Mata mak ngah pandang Yanie dan Mek Yah silih berganti.

“Untuk cucu akulah. Izzad Daniel,” jawapan Mek Yah seperti halilintar yang memanah jantung Yanie.

“Tapi…” Yanie mahu membalas tetapi dipotong pak ngah.

“Encik Izzad? Merisik anak saudara saya ni untuk Encik Izzad? Mek Yah tak salah ke? Masa bila anak saudara saya ni kenal dengan Encik Izzad?”

“Memang mereka baru kenal. Aku pun baru kenal dengan Yanie ni. Aku berkenan sangat kalau Yanie ni jadi isteri cucu aku,”

“Kenapa Yanie tak beritahu yang Yanie dah ada kawan lelaki? Nasib baik Mek Yah datang. Kalau tidak mesti mak ngah buat keputusan yang salah dengan mengahwinkan kamu dengan Qairil padahal kamu sukakan orang lain,” mak ngah bersuara lega. Senyuman bergayut di bibir wanita itu.

“Agaknya Yanie malu nak cerita dengan kami ya yang Yanie dah ada buah hati,” sambung pak ngah pula. Yanie menunduk.

“Bukan macam tu…” perlahan Yanie bersuara.

“Yanie dengan cucu aku ni baru aje kenal. Aku datang merisik ni untuk tahu yang Yanie sudah berpunya ataupun belum. Kalau belum memang aku nak satukan dia dengan cucu aku. Tinggi harapan aku agar Yanie dan kau orang berdua setuju,” sambung Mek Yah.

“Kalau tuan badan setuju, kami tak ada masalah,” jawab mak ngah. Masing-masing memandangku.

“Beri saya masa untuk berfikir. Saya minta maaf. Saya minta diri dulu,” Yanie terus bangun
dan berlalu ke bilik. Mak ngah dan pak ngah kelihatan tercengang.

“Kita berilah dia masa ya. Pasal kahwin ni tak boleh buat main-main,” pak ngah menerangkan. Mungkin takut tetamunya terasa. Mek Yah hanya tersenyum.

“Aku faham. Aku dah agak benda ni sebenarnya. Aku harap dia tak menolak,” Mek Yah bersuara penuh harapan. Mak ngah memandang ke tingkat atas. Kenapa ya dengan Yanie?
……………….

Telefon bimbit yang berbunyi lantang tidak dihiraukan. Yanie hanya menjeling skrin telefon yang tertera nama Izzad. Dia memeluk bantal dengan kemas. Malas rasanya mahu keluar bilik dan berhadapan dengan mak ngah dan pak ngahnya. Mek Yah pulang selepas makan tengahari tadi. Tidak habis-habis Mek Yah dengan kata-kata nasihat dan pujukannya. Pujukan supaya dia menerima Izzad.

“Yanie!” panggil mak ngah bersama ketukan di pintu bilik. Yanie bangun dan membuka pintu.

“Mak ngah dengar dari tadi telefon kamu berbunyi. Kenapa tak angkat?” soal mak ngah. Yanie angkat kening. Kuat ke dengar?

“Malas nak jawablah mak ngah,” jawab Yanie perlahan.

“Mak ngah tak tahu apa yang dah jadi tapi mak ngah rasa yang kamu ni ada masalah. Kenapa Yanie? Ada apa-apa yang kamu nak kongsi dengan mak ngah?” Yanie memandang muka mak ngah. Terus dipeluk wanita itu.

“Yanie dah tipu mak ngah dan pak ngah. Sebenarnya, sebulan tu bukannya Yanie duduk asrama tapi Yanie duduk di sebuah rumah banglo. Yanie ikut ujian calon isteri,” cerita Yanie.

“Ujian calon isteri? Ujian apa tu?”

“Macam ni mak ngah. Yanie…” Yanie menceritakan apa yang dah berlaku sebelum dia mengikuti ujian dan apa yang berlaku selepas ujian. Tidak lupa dia bercerita tentang perjanjian yang dia dah buat dengan Izzad sebelum dia mengikuti ujian tu.

“Habis, Izzad tu pilih siapa sebagai isteri dia?” soal mak ngah bila Yanie siap bercerita.

“Yanie…” Nak tak nak aje keluar suara si Yanie ni. Mak ngah tersenyum lebar.

“Memang patutlah dia pilih kamu, Yanie. Mana ada orang cari isteri yang tak tahu apa-apa pasal kerja rumah. Nak cari isteri mestilah yang sesuai. Bukan boleh main pilih aje,”

Yanie hanya memandang wajah mak ngahnya. Selepas itu dia menunduk memandang cadar katil. Mak ngah memegang tangan Yanie. Yanie kembali mengangkat muka.

“Yanie pilih yang terbaik. Buat solat istikharah. Berdoa pada Allah semoga diberi petunjuk yang betul. Mak ngah tengok tadi yang Mek Yah tu ikhlas datang merisik kamu untuk cucu dia. Mek Yah tu kelihatannya sangat berharap yang kamu setuju,” nasihat mak ngah lembut.

“Yanie tak dapat nak fikir sekarang,”

“Beri diri kamu masa. Bukan mereka minta jawapan segera kan,”

“Terima kasih mak ngah,” Yanie memeluk erat tubuh mak ciknya. Mak ngah menggosok lembut kepala Yanie.

“Yanie minta maaf sebab Yanie tak dapat nak turutkan rancangan mak ngah yang nak kahwinkan Yanie dengan Qairil,” sambung Yanie.

“Pasal hal itu, kamu jangan risaulah. Mak ngah buat rancangan tu sebab mak ngah ingatkan yang Yanie dan Qairil suka sama suka. Tak apalah kalau tak jadi, mak ngah tetap anggap kamu macam anak mak ngah,” Yanie mengeratkan pelukan.

……………
“Nah!” mak ngah meletakkan sejambak ros merah di depan Yanie. Yanie membetulkan duduk.

“Kenapa mak ngah bagi Yanie bunga?”

“Bukan mak ngah yang bagi,” jawab mak ngah sambil melabuhkan punggung di sofa. Yanie hanya duduk di rumah buat masa sekarang. Dia masih belum bersedia untuk pergi ke pejabat dan berjumpa Izzad.

“Habis, siapa bagi?” Yanie mengangkat jambangan bunga itu dan dicium. Wah, wanginya! Pertama kali dia mendapat bunga. ‘Siapa agaknya yang baik bagi dia bunga ni?’

“Seseorang yang bernama Izzad Daniel,” terus terhenti tangan Yanie. Dia memandang mak ngah. Yanie meletakkan semula bunga di atas meja. Wajahnya berubah noda.

“Dia cuba ambil hati kamulah tu,” pujuk mak ngah.

“Tak apalah mak ngah. Mak ngah simpah ajelah bunga ni. Yanie tak nak,”

“Mak ngah nak simpan buat apa. Ini memang bunga kedai mak ngah. Hari-hari mak ngah tengok bunga dah tak laratlah nak simpan pula. Nah! Orang dah bagi tu ambil dan simpan. Tak baik,” mak ngah mengambil jambangan bunga dan diletakkan di atas riba Yanie.

“Tapi…” baru Yanie nak membantak mak ngah dan menjegilkan mata.

“Cuba beri peluang pada dia,” mak ngah menggosok kepala Yanie sebelum melangkah ke atas. Yanie mengetap bibir. Izzad Daniel! ‘Kau cari penyokong lain pula ya!’

Telefon yang berbunyi dipandang geram. Izzad Daniel. Dengan cepat Yanie menekan butang hijau. Telefon dilekapkan di telinga.

“Wah! Cepatnya awak angkat call,” suara Izzad kedengaran.

“Ada apa encik telefon saya ni?”

“Awak dah dapat bunga yang saya bagi tu?”

“Hmm… tak payahlah encik nak membazir duit beli bunga segala kerana saya takkan setuju kahwin dengan encik hanya sebab bunga. Harap maklum,” kedengaran Izzad ketawa.

“Saya tahu yang awak takkan setuju hanya sebab bunga. Sebab itu saya ada hantar benda lain. Nanti dah sampai maklumkan pada saya ya. Bye bye…” talian terus dimatikan. Yanie tercengang.

“Hello! Ada orang rumah ka?” suara lelaki cina di luar mengejutkan Yanie. Dia mencapai selendang sebelum membuka pintu.

“Cari siapa?” soal Yanie.

“Err… ini rumah cik Nurul Izyanie ka?”

“Iya, saya. Kenapa? Ada hal apa encik?” soal Yanie.

“This is for you,” lelaki itu menyerahkan sebatang kunci dan membuka beberapa dokumen. Yanie hanya menurut.

“Cik, you boleh sign dekat sini,” arah lelaki itu. Dia menghulurkan sebatang pen.

“Untuk apa ya encik?”

“Ini, you punya bakal suami bagilah. Katanya ini hadiah kereta dia bagi sama you,” lelaki cina itu menggaru kepala.

“Bakal suami? Siapa?” Yanie membulatkan mata. Jangan cakaplah…

“Encik Izzad Daniel lah. Dia bagi kereta ini sama you,” ulang lelaki cina itu. Sekali lagi Yanie mengetap bibir. ‘Melampau betullah Izzad ni!’

“Cik, you signlah. Nanti I boleh balik. Kereta you akan dapat dalam masa two or three days,” terang lelaki itu. ‘Kereta? Gila apa mamat ni,’

“Saya tak nak terima. Encik bagi semula kunci ni pada orang yang beli tu,” Yanie menghulurkan semula kunci yang ada di tangannya.

“Jangan macam ni, ma... Encik Izzad sudah kasi tau supaya you mesti terima. Kalau tidak habislah kerja I. Boss nanti pecat sama I, woo…”

Yanie serba salah. ‘Geram betullah dengan Izzad.’ Nak tak nak Yanie turunkan tandatangan. Yang pasti, dia akan pulangkan nanti. Lupa pula yang gaun pemberian lelaki itu juga masih belum dipulangkan. Elok sangatlah.

“Thank you so much. You punya kereta Toyota Camry warna putih. Nanti I mari hantar sini,” ujar lelaki cina itu sebelum beredar. Yanie mengurut dada. ‘Toyota Camry tu. Izzad ni memang membazir tak hingat!’

Yanie terus mencari nombor Izzad dan ditekan. Dadanya berombak geram. Sakit hati dengan permainan yang dilakukan Izzad. Sekejap bunga, sekejap kereta. Lepas ni apa pula?

“That fast. Awak dah dapat hadiah kedua dari saya ke? Macam mana? Do you like that?”

“Stop it now! Jangan hantar apa-apa dah pada saya. Listen carefully Encik Izzad Daniel. Saya takkan terima encik semata-mata sebab bunga ke, sebab kereta ke, sebab rumah banglo macam istana ke. Bukan ke saya minta encik berikan saya masa. Please, respect me a bit. Kalau saya terbuka hati nak terima encik, saya akan terima. Tapi, bukan dengan cara macam ni. I hope you understand me. Assalamualaikum…” Yanie terus menutup telefon. Lega dapat meluahkan segalanya.

Izzad meletak telefon bimbit di atas meja. Tangannya bermain dengan sebatang pen. Dia tersenyum sendiri.

“Makin awak cuba lari makin saya akan dekat. I told you before, Yanie…” ujar Izzad sendiri.

“Lily, come to my room,” Izzad menekan intercom. Beberapa minit pintu dikuak dari luar. Lily melangkah masuk.

“Ada apa Encik Izzad?”

“Perempuan suka apa ya?” soal Izzad sambil memandang Lili.

“Macam-macam. Bunga, coklat, teddy bear. Tapi, ada juga yang tak sukakan benda-benda macam tu. Depends pada perempuan tu sendiri. Hmm… mungkin juga barang kemas, beg tangan, baju, kasut, seluar, minyak wangi…” entah banyak mana lagi yang Lily senaraikan. Izzad menggaru kepala.

“How about something new?” soal Izzad bila Lily selesai bercakap.

“Like what?”

Izzad tersenyum lebar. Rancangan ini tiba-tiba bermain di benaknya. Tapi, sanggupkah dia? Lily mengangkat kening. Menantikan jawapan encik bos. Senyuman Encik Izzad meragukannya. ‘Apa yang bos dia nak buat?’
……………..

“Pin! Pin! Pin! Surat khabar lama… Pin! Pin! Pin! Surat khabar lama…” Yanie memandang ke luar melalui pintu yang terbuka. Setiap pukul 2 petang memang apek surat khabar akan datang.

“Pin! Pin! Pin! Surat khabar lama… lai..lai…lai… kotak sama botol pun boleh juga… Pin! Pin! Pin! Surat khabar lama…”

Yanie meneruskan tontonan. Malas mahu menghiraukan bunyi bising suara apek surat khabar. Biasanya apek tu akan lalu dua kali aje kawasan ni lepas tu selesai.

“Pin! Pin! Pin! Surat khabar lama…” kali ini kedengaran lagi. Ait! Tiga kali pula hari ni. Sekali lagi Yanie pandang ke luar. ‘Sudah-sudahlah tu apek, dah tak ada orang nak jual surat khabar hari ni,’ bisiknya sendiri.

“Pin! Pin! Pin!” Bunyi hon lori kedengaran lagi. Yanie menggelengkan kepala. ‘Tak habis lagi!’

“Pin! Pin! Pin! Perhatian kepada gadis bernama Nurul Izyanie yang duduk di alamat No 13 Jalan Teluki, sudi tak awak kahwin dengan saya?” Kini bukan suara apek yang kedengaran. Tetapi suara lelaki. Yanie bangun berdiri. ‘Salah dengar ke?’

“Pin! Pin! Pin! Kepada gadis bernama Nurul Izyanie yang duduk di alamat No 13 Jalan Teluki, sudi tak awak kahwin dengan saya?” kali ni kedengaran lagi.

“Eeh… itu bukan alamat rumah ni ke?” Yanie bercakap sendiri. Dia terus mencapai tudung dan melangkah keluar. Pak ngah dan mak ngah turut melangkah keluar. Lori surat khabar sudah berhenti betul-betul depan pagar rumah. Yanie memandang sekeliling. Ada beberapa jiran turut keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Kenapa ni?” soal pak ngah. Masing-masing memandang lori surat khabar. Yanie membulatkan mata melihat gerangan yang melangkah turun dari lori.

“Encik?” Yanie sangat terkejut.

“Kepada Nurul Izyanie, sudi tak awak kahwin dengan saya?” ulang Izzad menggunakan pembesar suara yang ada pada lori. Yanie tergamam. Matanya terus memandang pak ngah dan mak ngah silih berganti.

“Apa encik buat ni?” Yanie cuba mengawal nada suara awak. Izzad menghampiri Yanie.

“Saya nak buat awak terima sayalah,” selamba jawapan Izzad.

“Yanie…” panggil pak ngah bila melihat anak saudaranya itu hanya diam. Tegak berdiri seperti patung. Yanie pandang muka pak ngah. Kemudian pandang muka mak ngah. Last sekali pandang muka Izzad. ‘Apa aku nak buat ni?’

“Amoi! Lu terima sajalah,” jerit apek surat khabar dari atas lori. Yanie berundur beberapa tapak ke belakang. ‘Nak buat apa ni?’

~bersambung...

p/s : terima kasih semua... selamat membaca... ^^

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bestnye,cpt2 la smbg...dh xsbr nk bace lg ni

Tanpa Nama berkata...

so sweet...best3!!!

Tanpa Nama berkata...

bez...sntiasa x sbr nk bca smbungn

Tanpa Nama berkata...

bez...sntiasa x sbr nk bca smbungn

just KD berkata...

mmg xprnah d buat org lar,hihihiiii..

fyda berkata...

HAHA...
lawak je izzad ni.
pa tggu lagi yanie??'terime je..

cactaceous opuntia berkata...

yanie da istikharah blm dong?kapan mau beri jwpn deh..pak izzad udah nggak sabar kelihatannya

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...gilak sempoi idea ni,,cool sgguh,,compom yessssssssss ni :))

mila berkata...

best la izzad.....sukaaaa sgt....tq

Tanpa Nama berkata...

aish...tak sabar sungguh si izzad ni ^_^

akulah berkata...

adoiyai ID.... sweet nye...

kleo berkata...

wahhh! izzad dah semakin berani! gila nekad! hehehe. sambung lagi kak pipah! superb! :) :)

NurAtiZa berkata...

habislh Yanie,Izzad memang betol2 dah gilekn Yanie...
hehehe...

Eppy Safri berkata...

OMG Izzadd......
Sungguh terharu ngan cara izzad melamar yanie,.
Ai likeeeeee

Aiqila fariz. berkata...

so sweettt.. da lma xlalu lori surat khbar lma..surat khbar lma kt sni..

Afifah Yusof berkata...

Terima kasih semua... insyaAllah 2 bab lagi dalam blog sebelum saya fokus untuk siapkan manuskripnya... doakan segalanya berjalan lancar ya... sem0ga kisah Izzad dan Yanie ini akan terlerai dengan segera... terima kasih banyak semuanya... ^^

Tanpa Nama berkata...

bayu:haha..kelakar pat last tu

atikah berkata...

best dan selamba
teruskan....
bashar!

Biar Jemari Berbicara... berkata...

ohhhh... klu Yanie tak nak terima, akak terimakan aje utk Yanie ye.. so sweet Izzad ..

ihaaz berkata...

haha... adoyy.. kelakarlah izzad ni
boleh pulak terfikir nak buat camtu..

Tanpa Nama berkata...

haha.....kelakarlah izzad....
kenapa tak guna lori sampah ...hehe
mesti gempak... he he

ain79 berkata...

adohaiiii..mcm2 idea en.izzad nie kasi gempak je kn kt yanie..mmg tkjut gler r yanie 2

Wany berkata...

Cool gila cara izzad !! Best gila.. Next please ..

Ina Ania berkata...

Fulamak ! Caya lah Izzad ! Haha tak pernah dibuat dek orang !

Aida Sherry berkata...

memang tak terduga dek akal yg izzat akan buat cara macam tu utk melamar yanie....

Aina Shukri berkata...

Hahahahha!! Gila betul lah izzad neyh.. ada ke patut skali dgan apek surat khabar 2 pown dya sapu..

RinsyaRyc berkata...

daebak la cara Izzad propose... kalau akak, gerenti cair...uwuwuwuw >.<

missfie_za&Lynn_are berkata...

beshx2.. x sbr nk tau yanie terime ke x lamaran izzat???

Tanpa Nama berkata...

best sesangat n3 ni..terbaekkk..mmg 'style' lah ID propose Yanie..CONFIRM Yanie setuju..hehehe
Cpat2..next n3..xsabar dh ni..smakin mnarikkk...;p

Tanpa Nama berkata...

terrrbaikkk ID propose Yanie..sweet kot!!! Xsabar nk tggu next n3..good job writer:)

Tanpa Nama berkata...

n3 kali ini memang best ;)

Tanpa Nama berkata...

cepat la smbg x sabar nak tau kptusan yanie..

Afifah Yusof berkata...

hihihihi... terima kasih semua... Izzad memang nekad tu! hahaha... terima kasih lagi sekali... ^^

Tanpa Nama berkata...

Best..best..best gile..bile naq terbitkn novel ne?xsbr naq bli n baca..Izzad seorg lelaki yg gentelman...mesti cinta mereka byk rintangannye kn,penuh suspen dn tanda tanye..

k.mimi berkata...

ha..ha..ha..kelakar habis..ha..ha..ha
teruskan fifah best sangat....tak sabar nak baca dalam versi cetak pulak..tahniah..tahniah

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...surat khabar lama...surat khabar lama...lawaknya...afifah cepat sambung ye...tak sabar ni..hahaha...surat khabar lama...

sue berkata...

Izzat gila tahap meroyan....hahaha

Tanpa Nama berkata...

hahahahhaaa... gila betoi! ni mmg betoi2 something new! ahaks...!
~mizz acu~

yuyu berkata...

gud job izzad!!!

~~Ap Hasnida~~ berkata...

mana n3 terbaru ni?

Tanpa Nama berkata...

best sngt..^-^
hope dpt smbung scpt mungkin..~

Tanpa Nama berkata...

salam

wah..... tak sabar nak tahu ending citer nie, harap kesudahannya biarlah yang menggembirakan yer...

tahniah! anda berjaya menggembirakan ramai orang dengan nukilan anda.

nor hafizah ahmaf berkata...

Ya allah...so sweetnye....hpoe yanie trima izzad

Wild Cherry berkata...

wakakaka lawak la Izzad ni... apa lagi Yanie, terima la...