Sabtu, 3 Mac 2012

Calon Isteri Jutawan 19



BAB 19

“Yanie…” suara mak ngah kedengaran lembut sambil memegang bahu Yanie.

“Yanie tak tahu…” ujarnya bersama gelengan. Pak ngah dan Izzad sedang duduk di ruang tamu. Izzad memang sudah gila! Apek surat khabar tersengeh macam kerang busuk sewaktu meninggalkan rumah pak ngah ini.

“Yanie dah buat solat istikharah?” soal mak ngah. Yanie hanya mengangguk.

“Tapi, gambaran yang Yanie selalu mimpi tu tak berapa jelas. Yanie tak nampak muka lelaki tu,”

“Mungkin Allah nak tunjuk yang lelaki dalam mimpi kamu itulah bakal jodoh kamu. Apa kata hati kamu? Muhasabah diri dan fikirkan balik. Jangan berhenti berdoa meminta petunjuk dari Allah,” mak ngah menggosok belakang Yanie.

“Mak ngah tak sangka ada lelaki macam Encik Izzad tu. Sanggup buat announcement dari atas lori surat khabar. Satu taman dengar lamaran dia tu. Bersungguh betul dia sanggup buat macam tu,” sambung mak ngah. Yanie tersenyum tawar.

“Otak dia memang tiga suku, mak ngah. Lelaki muka tebal macam tu memanglah. Tak tahu malu,” kutuk Yanie. Mak ngah ketawa.

“Tapi, mak ngah tertanya-tanya juga kenapa dia bersungguh sangat nak kamu terima dia. Agaknya dia memang dah sukakan kamu, Yanie,” teka mak ngah. Yanie hanya mengerut dahi. ‘Tak mungkin!’

“Berborak apa lagi dekat dapur ni? Mana airnya?” suara pak ngah tiba-tiba kedengaran. Pak ngah bercekak pinggang di pintu dapur.

“Ya Allah. Saya lupa. Abang tunggu kejap ya,” mak ngah mula mencapai itu dan ini untuk membancuh minuman. Pak ngah menggelengkan kepala. Lucu melihat tingkah si isteri.

“Yanie macam mana?” soal pak ngah pula.

“Entahlah. Nanti Yanie fikirkan dulu,”

Pak ngah tersenyum sebelum berlalu. Pasti mahu melayan Izzad di luar. Kemudiannya mak ngah turut meninggalkan ruang dapur bersama minuman dan sedikit kuih muih. Yanie menongkat dagu di atas meja makan.

“Izzad memang ikhlas ke?” soalnya sendiri. Tidak tahulah mahu percaya yang mana. Takkan dengan semudah itu Izzad sukakannya sehingga mahu berkahwin dengan dia? Benarkah?

“Anak dara tak baik termenung dekat dapur,” tegur satu suara. Yanie mengangkat muka. Izzad sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya.

“Encik nak apa?” soalnya dingin.

“We need to talk. Saya ikhlas nak melamar awak untuk jadi isteri saya. Susah ke awak nak faham dan terima?” Izzad menarik kerusi di depan Yanie dan turut duduk.

“Encik pula, susah ke nak faham permintaan saya? Beri saya masa untuk berfikir. Benda ni bukannya main kahwin-kahwin macam masa kecil dulu. Ini melibatkan banyak benda,” tegas suara Yanie.

“Berapa banyak lagi masa awak perlukan? Sepatutnya, sejak awak melangkah masuk dan mengikuti ujian tu awak dah bersedia dari awal. Awak patutnya bersedia untuk bergelar isteri,” suara Izzad sama tegas.

“Masalahnya, encik dah tipu saya. Encik cakap yang saya hanya perlu ikut ujian tu untuk cukupkan bilangan calon. Tak ada pula encik cakap yang saya juga bakal dinilai dan saya boleh dipilih sebagai isteri encik. Kalau saya tahu, saya takkan ikut ujian tu,” Izzad menggariskan senyuman.

“Saya tak buat ini semua percuma. Bukan ke saya cakap yang saya akan beri awak kerja selepas tamat ujian tu. Saya berhak untuk pilih siapa yang paling layak menjadi isteri saya and you deserve it!” Yanie bangun. Kerusi ditolak kasar.

“Susah cakap dengan encik ni. Degil!” Yanie terus berlalu.

“Yanie!” panggil Izzad. Dia turut bangun. Yanie memberhentikan langkah. ‘Apa lagilah yang mamat ni nak cakap?’

“Tandas dekat mana ya?” soal Izzad. Yanie memusingkan badan. Izzad sedang tersengeh-sengeh. Yanie mengetap bibir.

“Sana!” tunjuk Yanie geram sebelum benar-benar berlalu pergi. Izzad tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah gadis bernama Izyanie itu memerah. Izzad melangkah ke arah yang ditunjukkan.

“Yanie nak ke mana?” soal mak ngah bila langkah Yanie seperti tergesa-gesa untuk naik ke atas.

“Nak masuk bilik,”

“Encik Izzadkan masih belum balik. Tak elok kalau Yanie tinggalkan tetamu macam ni,” lembut mak ngah menegur. Yanie berdiri tegak di tengah tangga. Dengan berat hati dia turun semula. Yanie duduk di sebelah mak ngah.

“Pak ngah tengok baik orangnya,” bisik pak ngah perlahan. Tidak mahu Izzad dengar. Yanie hanya angkat kening.

“Bukannya kita tahu itu baik ikhlas ataupun baik yang dibuat-buat,” sindir Yanie. Pak ngah ketawa kecil.

“Tak baik cakap macam tu. Kalau betul dia ikhlas macam mana? Berdosa kamu sebab menuduh,” Yanie hanya diam. Ada benarnya cakap pak ngah tu. Tapi, betul ke ikhlas?

“Nak tahu saya ni ikhlas ke tak, cubalah try. Jangan main tuduh aje,” sampuk Izzad. Dia melabuhkan punggung di depan pak ngah. Yanie menunduk sambil mengetap bibir. ‘Sengaja nak kenakan aku!’

“Encik Izzad bincanglah dengan Yanie baik-baik. Buat keputusan yang dipersetujui kedua belah pihak,”

“Baiklah pak cik. Saya minta diri dulu sebab hari ni belum masuk pejabat lagi,” Izzad bangun. Pak ngah, mak ngah dan Yanie turut bangun.

“Kalau senang sudi-sudilah encik datang ke rumah ni,” ujar pak ngah ketika Izzad bersalam dengannya. Mak ngah hanya mengangguk.

“Insya-Allah. Saya balik dulu,” Izzad menyarung kasut. Di luar rumah sudah tersadai kereta lelaki itu. Adam menunggu di tepi kereta. Aku hanya tersenyum pada Adam.

“Malam nanti saya call awak,” Izzad memandang Yanie sebelum masuk ke dalam kereta. Yanie termalu sendiri bila pak ngah dan mak ngah tersengeh.

“Kalau suka katakan suka,” giat mak ngah.

“Apalah mak ngah ni. Mana ada,” sangkal Yanie. Kereta Izzad berlalu pergi. Yanie masuk ke dalam rumah. Dadanya bergetar mendengar ujaran lelaki itu. Tiba-tiba rasa tak sabar nak tunggu malam. ‘Yanie, apa dah jadi ni?’ bisiknya sendiri.
……………..

“Aku terima nikahnya Nurul Izyanie binti Mohd Ibrahim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai…” lancar Izzad melafazkan akad.

“Sah?” tanya tok kadi kepada beberapa orang saksi.

“Sah… sah…” jawab saksi serentak.

“Alhamdullilah…” semua hadirin mengucap syukur. Yanie memandang mak ngah dan mak ucu yang memeluknya. Kak Ifti turut tersenyum.

“Tahniah Yanie,” Kak Ifti memeluk erat adiknya yang cantik berkebaya putih susu. Yanie mengelap mata yang berair. ‘Aku dah kahwin?’ soalnya sendiri. Langkah Izzad yang semakin menghampiri membuatkan dia berdebar. Mak ngah, mak ucu dan Kak Ifti memberi ruang untuk pengantin lelaki duduk. Izzad menghulurkan tangan untuk menyarungkan cincin di jari Yanie. Yanie teragak-agak. Wajah Izzad dipandang lama. Tiba-tiba dia rebah.

“Yanie! Yanie!” laung mak ngah. Yanie membuka mata. Mak ngah sedang memandangnya pelik.

“Err… kenapa mak ngah?”

“Kenapa kamu tidur dekat sofa ni? Nak tidur pergi masuk bilik,” tegur mak ngah. Yanie terus bangun. Dipandang sekeliling. Dia sedang berada di ruang tamu rumah pak ngah. Dia tersenyum sendiri. ‘Macam manalah boleh termimpi bernikah dengan Izzad? Lucu…lucu…’

“Ha! Kenapa tersengeh sorang-sorang ni?”

“Tak ada apa mak ngah. Yanie masuk bilik dulu ya,” Yanie bangun dan mencicit naik ke atas.
“Macam-macamlah budak ni,” mak ngah menggelengkan kepala.

Selepas selesai solat isyak, Yanie melipat telekung dan digantung di kepala katil. Dia membaringkan diri. Rasa rindu pula pada biliknya di rumah banglo ujian tempoh hari. Masih terasa berada di rumah besar itu. Bila lagi agaknya dia akan menjejakkan kaki ke rumah sebesar itu?

‘Terima ajelah lamaran Izzad,’ bisik hati kecil Yanie. Entah kenapa boleh terdetik sebegitu.

‘Jangan menerima dengan mudah!’ sebelah lagi tidak bersetuju.

‘Tak nampak ke yang Izzad tu ikhlas?’

‘Mana boleh mengukur keikhlasan seseorang hanya sebab dia bagi hadiah dan sanggup buat perkara yang romantik,’

Yanie menggaru kepala yang tidak gatal. Jari diletakkan di tepi bibir. Seperti sedang berfikir masalah negara.

“Ya Allah, Kau berilah aku petunjukMu. Kalau benar dia jodohku, kau berilah petunjuk dalam hatiku supaya hatiku menerimanya,” doa Yanie.

Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi lantang. Tertera nama Izzad. Yanie gelisah. Tangannya berpeluh mahu menekan butang hijau. Sekali lagi debaran datang. Bukannya dia tak pernah dapat panggilan daripada Izzad tetapi entah kenapa kali ini terasa lain.

“Assalamualaikum,” Yanie memberi salam. Perlahan. Dia menarik nafas cuba mengawal debar.

“Waalaikumusalam cinta,” jawab Izzad selamba. Debaran yang tadinya sudah mahu hilang kembali menggila. Yanie memegang dada. Izzad memang bermulut manis!

“Tengah buat apa?” soal Izzad pula.

“Baru lepas solat. Tengah duduk-duduk,” jawab Yanie. Entah kenapa hari ini dia patuh pula dengan segala soalan Izzad. Tiada langsung rasa mahu membantah seperti selalu.

“Hmm… tunggu saya call ya?” gurau Izzad. Yanie hanya diam.

“Encik nak bincang pasal apa, ya?” Yanie cuba mengubah topik. Kalau buang masa nanti mahu Izzad melencong pasal perkara lain. Izzad tu bukannya pasal!

“About us. Kalau awak masih belum yakin dengan keikhlasan saya, awak boleh uji. Kita keluar dating. Kita boleh kenal dengan lebih rapat,” ujar Izzad memberi cadangan.

“Encik ni dah tak ada kerja lain agaknya,”

“Awak nak saya buat apa lagi baru awak terima saya? Please, be my wife. Saya perlukan awak di sisi saya. Saya perlukan awak untuk bimbing saya. Saya akui yang saya bukanlah seorang yang baik dan saya tak janji yang saya akan jadi suami yang baik. Sebab itu saya nak awak didik dan bimbing saya,” Izzad separuh merayu. Yanie memegang dada yang semakin senak. Ya Allah, bantulah aku!

“Tadi saya mimpi yang kita berkahwin. Saya ingat betul-betul,” Izzad ketawa kecil. Yanie terasa nafasnya terhenti. Izzad juga mimpikan perkara yang sama? How comes? Yanie memegang dada. Ya Allah, adakah ini petunjuk dariMu?

“Yanie…” panggil Izzad lembut.

“Saya setuju. Kita keluar sama esok,” putus Yanie. Rasanya betul juga cadangan Izzad tadi. Mereka patut kenal satu sama lain dulu.

“Serious? Okay. Saya jemput awak esok,”

“Hmm… saya letak dulu. Dah lewat ni,” Yanie mahu segera mematikan talian. Dia takut berubah fikiran pula.

“Thanks Yanie. I’ll make you the happiest girl tomorrow,” janji Izzad. Selepas itu masing-masing mematikan talian. Yanie meraup muka dengan tapak tangan. Astaghfirullahalazim…
………………

Seawal jam lapan pagi lagi kereta Izzad sudah terpacak di luar rumah. Kali ini Izzad sendiri yang memandu. Tiada kelibat Adam. Selepas Izzad bersalam dengan pak ngah, mereka melangkah pergi.

“You look beautiful,” puji Izzad. Yanie hanya senyum nipis.

“Susah nak percaya kata-kata pujian dari lelaki ni. Sebab selalunya lelaki ni puji bila nak sesuatu,” balas Yanie. Izzad ketawa kuat.

“Ada pula macam tu. Saya puji ikhlas ni,” Yanie hanya menjeling. Malas mahu membalas.

“Kita nak pergi mana?” soal Yanie bila kereta sudah masuk ke highway.

“Macam saya cakap semalam, hari ni kita dating,” romantik suara Izzad. Tangannya menekan punat radio. Perlahan lagu kedengaran.

“Nek Wan apa khabar?” soal Yanie. Izzad memandang Yanie dengan kening yang berkerut.

“Nek Wan? Sejak bila nenek saya jadi nenek awak?” soal Izzad selamba. Yanie mengetap bibir. ‘Sakit hati betullah dengan mamat ni!’

“Iyalah. Nenek encik…” nada suara Yanie seperti merajuk. ‘Tahulah yang kau tu ada nenek. Tak boleh nak share langsung!’

“Ait! Merajuk aje bunyinya tu. Sebenarnya, saya suka bila awak panggil nenek saya Nek Wan. Maknanya, awak dah terima lamaran sayalah kan sebab awak terima nenek saya,”

“Tak ada maknanya,” Yanie menggeleng laju. Mukanya terasa berbahang. Izzad ketawa kecil.

“You look cute with that face,” puji Izzad. Yanie memandang ke luar tingkap. ‘Ya Allah, kau tetapkanlah hatiku ini.’

“Tak payahlah nak segan dengan saya. Macamlah tak pernah ada orang puji awak macam tu,” sambung Izzad. Yanie memandang Izzad. ‘Eeh, mamat ni! lebihlah pula. Aku suruh patah balik baru tahu,’

“Encik ni kenapa sebenarnya? Cuba cerita dengan saya. Saya selalu tertanya-tanya kenapa encik sibuk sangat nak ambil hati saya supaya saya terima lamaran encik? Baik encik pergi lamar salah seorang kawan-kawan wanita encik tu. Tengku Fathiah ke? Sally and the geng ke? Ataupun Rania dan Wani. Kenapa encik tak pilih aje mereka. Kenapa encik perlu susah-susah buat semua ni?”

“Saya nak cari isteri yang dapat membimbing saya. Yang dapat jaga harta-harta saya,”

“Jangan jadikan benda tu semua alasan,” serius suara Yanie.

“Tengok? Saya cakap awak bukannya nak percaya. Cuba awak buka hati awak untuk percaya apa yang saya cakap ni. Cuba percaya yang saya ni ikhlas nak kahwin dengan awak,” Entah kali keberapa Izzad menyatakan tentang ini.

“Encik ni selalu main-main. Tak pernahnya nak serius,” gumam Yanie perlahan. Izzad hanya menjeling.

“Haih lah manusia. Bila orang serius, dia kata kita main-main. Bila kita main-main, dia kata kita serius pula,” sindir Izzad sambil mengenggam stereng kereta. Yanie memandang Izzad.

Lastly, masing-masing diam. Dari buka mulut dua-dua sakit hati baik diamkan diri. Setengah jam kemudian, kedua-duanya sudah selamat menapak keluar dari kereta. Izzad membetulkan cap putih di kepalanya. Cermin mata hitam turut dipakai. Yanie hanya memerhati.

“Amacam? Dah hensem ke belum?” soal Izzad sambil memandang Yanie. Yanie cuba mengawal senyum.

“Senyum ada makna tu. Okaylah, jom kita masuk,” sambung Izzad dengan senyuman lebar.

Izzad membawa Yanie ke GSC untuk menonton wayang. Entah cerita apa pun Yanie tidak tahu. Semua Izzad yang uruskan. Izzad berjalan beberapa langkah di hadapan. Yanie memandang sekeliling. Yanie perasan ada mata-mata yang sedang memandang ke arah Izzad. Kebanyakannya perempuanlah.

“Macam artis pula,” ujar Yanie sendiri.

“Jalan cepat sikit,” tiba-tiba suara Izzad mengarah. Lelaki itu sudah berhenti dan memandang Yanie.

“Encik jalanlah dulu,” Yanie menolak. Segan apabila banyak mata memandang mereka. Ini semua gara-gara Izzad.

“Hari ini kan kita dating. Mana boleh seorang jalan depan seorang jalan belakang,”

“Boleh aje. Habis, maksud encik macam mana? Dating tu kena pegang-pegang tangan, jalan peluk-peluk. Macam itu ke? Kalau encik harap benda macam tu baik encik hantar saya balik,” tegas Yanie. Izzad tersenyum kecil.

“That’s why I like you. Awak mengajar saya sesuatu. Saya takkan buat perkara yang awak tak suka. Don’t worry about that okay,” lembut suara Izzad. ‘Kalau perempuan lain mesti dah cair. Tangkap lentok. Tapi, kenapa aku tak rasa apa-apa?’ bisik Yanie sendiri. Yanie meletak tangan ke dada. Ya Allah, berilah petunjukMu.

“Awak nak tengok cerita apa?” soal Izzad. Kali ini mereka jalan saing tapi berjarak. Izzad cuba menghormati gadis di sebelahnya itu.

“Enciklah pilih. Encik yang bawa saya hari ni,” jawab Yanie.

“Okay. Awak jangan tak setuju pula kalau saya pilih cerita yang saya suka,” Izzad tersenyum-senyum. Yanie hanya menjeling.

“Ikut enciklah…”

Sampai di kawasan GSC, Izzad terus beratur untuk membeli tiket. Yanie menunggu di kerusi panjang. Agak ramai orang pada hujung minggu ni. Ada yang berkumpulan, ada yang dengan keluarga ada juga berpasangan seperti mereka berdua. Dua puluh minit lepas tu, Izzad muncul dengan popcorn dan air. Yanie menghulurkan tangan untuk tolong pegang sebab Izzad pegang macam dah nak jatuh.

“Jom, masuk. Dah nak start,” ajak Izzad.

“Cerita apa encik?”

“Adalah…” Izzad melangkah. Yanie hanya merungut-rungut di belakang. ‘Suka sangat nak buat orang tertanya-tanya.’

“Hensemnya lelaki tu,” terdengar satu suara memuji. Ketika itu mereka sedang beratur untuk masuk. Izzad berdiri di depan Yanie. Yanie jeling tepi, ada sekumpulan pelajar perempuan sedang memandang Izzad sambil tersenyum-senyum.

“Smart. Dahlah pakai cap dengan cermin mata hitam,” ada lagi yang memuji. Yanie memandang Izzad. Tidak pasti lelaki itu dengar atau tidak. Lepas pemeriksaan tiket, Izzad dan Yanie terus menuju ke panggung 3. Kumpulan perempuan tadi turut menuju ke panggung yang sama.

“Jalan sebelah saya. Dalam ni gelap saya takut awak hilang,” bisik Izzad. Yanie hanya mengikut.

“Sini,” tunjuk Izzad. Kerusi hujung yang hanya ada dua tempat. Yanie memandang Izzad. ‘Dia ni memang sengajalah!’

“Duduk cepat. Orang nak lalu tu,” arah Izzad. Yanie ambil kerusi yang tepi dinding. Dalam hati sudah mendongkol geram.

“Kenapa tak ambil tempat yang banyak kerusi tu,” bisik Yanie geram.

“Ini tempat untuk couple. Tak apalah dari awak kena duduk bercampur dengan ramai orang dekat sana. Saya rimaslah,” jawab Izzad.

“Cerita apa ni?” soal Yanie buat kedua kalinya.

“Sumpahan Kum Kum,” jawab Izzad. Yanie memandang wajah Izzad dalam kesamaran.

“Cerita hantu tu ke?”

“Hmm… kenapa? Awak takut?” Walaupun dalam samar-samar, Yanie tahu yang Izzad sedang tersenyum lebar.

“Tak adalah. Saya takut encik yang takut,” balas Yanie selamba. Izzad ketawa kecil.

“Kalau saya takut tak adalah saya pilih cerita ni cik Yanie oii…”

“Manalah kita tahukan…”

Tayangan pun bermulalah. Yanie duduk diam tidak berkutik. Izzad pula sekejap-sekejap menyuap popcorn ke dalam mulut. Apabila dah separuh cerita Izzad memandang Yanie.

“Tak takut ke?” bisik Izzad. Yanie mengerut dahi.

“Kenapa dengan encik ni? Sibuk sangat nak suruh saya takut,”

“Iyalah. Kalau awak takut, awak boleh peluk lengan saya ni,”

“Ooo… ini sebabnya encik pilih cerita ni ya. Kalau dengan perempuan lain, taktik ni mungkin menjadi. Kalau dengan saya, minta maaflah. Kalaupun saya takut, tak ada maknanya saya nak peluk encik,” balas Yanie. ‘Izzad ni memang penuh agenda betullah!’

“Hish! Awak ni. Cuba merasai sikit macam mana dating couple menonton wayang bersama. Ini tidak, nak melawan pula,” gumam Izzad geram. Dia kembali menguyah popcorn.

“Kalau encik nak buat semua tu, baik encik ajak orang lain keluar teman encik menonton. Lebih baik saya balik,” ugut Yanie.

“Iyalah. Fine. Nak buat apa lagi ya?” Izzad bercakap sendiri. Masing-masing kembali menonton. Sepanjang nak menunggu tayangan habis, Izzad dan Yanie tak bercakap langsung. Masing-masing buat hal sendiri.

“Lepas ni kita pergi makan. Saya laparlah,” Izzad bersuara bila keluar dari panggung. Yanie melihat jarum jam. Dia mengangguk sahaja. Mengikut Izzad ke food court.

“Saya kena buat apa lagi ya supaya awak setuju kahwin dengan saya?” soal Izzad tiba-tiba. Yanie terkelu.

“Tak boleh ke awak terima aje saya ni sebagai bakal suami awak? Saya tak minta banyak. Kalaupun awak tak cintakan saya, saya tak kisah yang penting awak setuju untuk kahwin dengan saya,” sambung Izzad.

“Saya bukan fikirkan pasal cinta ke apa…” Yanie cuba bersuara tapi dipotong Izzad.

“Habis? Awak tak setuju sebab saya ni kaki perempuan? Sebab saya ni tak macam lelaki-lelaki beriman di luar sana? Sebab saya ni tak layak untuk menjadi imam awak? Macam tu ke? Saya tahu saya khilaf sebab itulah saya nak awak bimbing saya. Saya tahu perempuan baik nak cari suami yang baik juga. Saya tahu yang saya ni tak baik dan tak layak untuk awak jadikan suami. Tapi, siapa lagi nak bimbing orang seperti saya kalau orang-orang seperti awak ni tak nak tolong? Awak fikir-fikirkanlah,” bebel Izzad. Lelaki itu membetulkan topi di kepala. Cermin mata hitam dah lama Izzad cabut dari mula tengok wayang tadi lagi. Yanie terdiam. Rasa seperti pipinya ditampar. ‘Diakah yang kedekut ilmu?’ Yanie rasa hatinya seperti disiram sebaldi air sejuk.

‘Ya Allah, sepatutnya aku membantu Izzad yang bersungguh mahu kembali ke jalanmu. Sedangkan ada wanita yang sanggup membimbing mualaf mengenal Islam, kenapa dia tidak boleh membantu orang Islam kita kembali ke pangkal jalan. Besar pahalanya. Adakah ini petunjuk dariMu Ya Allah?’

“Kalau saya setuju nak kahwin dengan encik, boleh encik tunaikan satu syarat saya?” soal Yanie. Izzad yang baru mahu menyedut minuman terhenti. Matanya memandang Yanie.

“Apa dia?”

“Boleh encik memaafkan ayah encik?” Permintaan Yanie membuatkan Izzad tergamam. Wajah Izzad berubah serta merta.

“Kalau awak tak setuju nak kahwin dengan saya, tak perlulah nak bagi syarat yang mengarut macam tu. Kalau tak setuju cakap aje!” marah Izzad. Kali ini Yanie pula yang tergamam. ‘Orang dah nak setuju dia marah-marah pula,’

“Encik nak cakap saya mengarut ke apa, itu hak encik. Syarat saya, kalau encik nak saya setuju kahwin dengan encik, encik perlu memaafkan ayah encik,” tegas Yanie. ‘Dia boleh buat keputusan yang sukar, kenapa Izzad tak bolehkan.’

Izzad memandang Yanie. Matanya memandang tajam. Yanie menelan liur. Masing-masing membisu. Muka Izzad yang memerah membuatkan Yanie berfikir. ‘Sejauh mana kebencian Izzad pada ayahnya ya?’

~bersambung...

p/s : Minta maaf sebab lambat update.. minggu ni saya sangat sibuk.. minggu depan lagi bertambah sibuk untuk siapkan projek dan test... biasalah, dah akhir semester memang banyak kerja... hihihi... tiga minggu lagi nak Final Exam jadi saya cuba siapkan bab 20 sebelum tu... saya cuba cari masa untuk post bab last dalam blog ni... jadi, kalau lambat tu saya minta maaf... terima kasih sudi baca dan yang komen... minta maaf kalau bab ni boring sebab ini aje yang termampu saya tulis...

27 ulasan:

intan abd wahab berkata...

terimakasih ...tahniah..akak sntiasa mnanti kmnculannya...
harap2 mrk brdua kuat utk mnghadapi sgala rencah dlm khidupan...dan sdh psti bnyk ganggaun yg akan yanie hadapi...

Eppy Safri berkata...

Izzad maafkan jerlah ayah mu itu..
sedangkn Nabi Ampunkan umat, ni kan kiter hanya manusia hamba yg lemah..

suker biler yanie dh setuju...

tp?...

RinsyaRyc berkata...

hehehe.... best3.. mana ada boring...

alooo.... x saba tunggu bab dia org kawen tpi nmpaknya yg dlm blog x smpai bab dorg kawen kan ?

dila berkata...

wargh!!!!cpt la bukukn afifah, yanie terima jela izzad tu haha..nk main tarik tali ke???

Che Laila berkata...

...Yanie dah berjaya pancing kemaraha izzad....hahahaha..siap sedia...Pasni ni sure Yanie pulak kena pujuk Izzad...semakin menarik tapi...dah hampir penghujung bab....

Afifah Yusof berkata...

bab kahwin start bab 20... sempat sebelum saya tamatkan di blog... terima kasih semua yang sudi baca dan komen... ^^

Tanpa Nama berkata...

best sgt! x sabar nk tgk boleh ke izzad maafkan ayah die supaya yanie kahwin dgn die..
-esya-

Tanpa Nama berkata...

best sgt! x sabar nk tgk boleh ke izzad maafkan ayah die supaya yanie kahwin dgn die..
-esya-

Kalam Cinta berkata...

wahh sekejap saja dah banyak ulasan yang awak terima..sila sambung lagi please.....

NurAtiZa berkata...

X sabar menunggu entry seterusnye...
Izzad terima atau x syarat Yanie...

Aida Sherry berkata...

bersungguh izzat nak yanie kahwin dgn dia..... macam2 cara dibuatnya hingga yanie bersetuju....
cik writer.... good luck for your exam....

y@t berkata...

izzad sakit kan...mgkn jodoh yanie ngan adam???

cpt smbg erkk

Nurfelisya berkata...

kawen bab 20? aaa...mesti jadi kawin ni:)

fyda berkata...

tq sbb still upload new n3..
sy pon tga dlm study week skrg ni..
bkk blog,release tension jap..\heee

Tanpa Nama berkata...

XBT NOVEL KE..BT R..NK BELI..JLN CITE BEST N BLE BCA MST SNYUM SORG2

Soya berkata...

Tqvm. Best sgt CIJ, x sbr tunggu versi cetak.. Confirm sy suh semua geng2 sy beli.. Brbaloi2.. Trbaik..

Tanpa Nama berkata...

Besttt...next n3 pls..tp sdih gak coz lpas ni kna tugu > lm..huhuhu
agak2 bla versi cetak nk kuar ye???
ID trima syarat Yanie & mereka kawen kan? konflik akn muncul slps diorg bglar suami isteri...;)
haishhh, xsaba rsnya nk tau ending.....

-puteri comel-

Tanpa Nama berkata...

tq....mmg best.....

sue berkata...

Yanie banyak pahala yang dapat bila kita dapat menolong orang untuk kembali ke jalan yang kebaikan.... Izzad hendak kahwin dengan Yanie kerana hendak Yanie memperbetulkan dirinya.... INSYALLAH....
Izzad semua orang buat silap.. termasuk diri sendiri.... apa salahnya maafkan ayah Izzad... x baik berdendam ok... INSYALLAH....

Nurfazila Suhaide berkata...

aiyooo....yanie...terima sajalah c izzad tuh..

~~Ap Hasnida~~ berkata...

best2..saya suka...

Aina Shukri berkata...

no worry akak.. chaiyok!chaiyok! aja aja fighting! good luck unx exam akak nanti..

FifiShahRina berkata...

best sangt2!tak saba tggu n3 yg baru..

yana berkata...

best2.biler nk smbng ni..x sbr dh ni....

nini berkata...

bestnyer citer nie....sy mmang suka tp pnggunaan bi sedikit x kena, apepon, penulis mmng kreatif, truskan usaha!!

Wild Cherry berkata...

kalo da dua2 mimpi yg sama mst Allah nk bgtau Izzad utk Yanie n Yanie utk Izzad...
adakah Izzad akn stuju ngn syarat Yanie?

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua atas sokongan. Sorry sebab tak dapat nak balas komen satu persatu. tetapi anda perlu tahu andalah kekuatan saya untuk terus menulis. terima kasih banyak. ^__^