Jumaat, 16 Mac 2012

Calon Isteri Jutawan 20 (Akhir di Blog)



BAB 20

Izzad merenung bingkai gambar yang ada di tangannya. Hujung mata dikesat dengan jari kasarnya. Tidak mahu air mata menitis di pipi. Izzad memandang sayu gambar arwah mamanya. Setiap saat dia rindukan wanita itu. Bebelan, senyuman, masakan, belaian dan kasih sayang dari seorang ibu. Dia amat-amat merindukan mamanya.

“I miss you mom,” bisik Izzad. Bingkai gambar dipeluknya.

“Izzad…” Suara Mek Yah kedengaran bersama bunyi pintu ditolak. Izzad mengangkat muka. Wajah neneknya turut dirundum sepi.

“Kenapa ni? Nek Wan tengok dari kau balik tadi, kau buat muka sedih. Bukan ke tadi kau keluar dengan budak Yanie tu?”

Izzad hanya diam. Mek Yah menarik bingkai gambar dari pelukan Izzad. Gambar arwah anaknya yang sedang tersenyum manis menjawab segala persoalan.

“Nek Wan pun rindukan arwah mama kau,” ujar Mek Yah perlahan. Kepala Izzad digosok perlahan.

“Patut ke Izzad maafkan ayah, Nek Wan?” Izzad memandang neneknya. Minta diberi jawapan yang sebaiknya.

“Kau patut lupakan apa yang dah berlaku. Mungkin ada sebab kenapa ayah kau pergi tinggalkan kau anak beranak dulu. Masa ayah kau pergi, dia bukannya tahu tentang sakit mama kau,”

“Itu tak betul. Ayah tahu yang mama sakit. Tapi, dia tetap tinggalkan kami. Dia ikut perempuan lain. Sampai hati ayah tinggalkan mama waktu mama sangat perlukan sokongan. Mama meninggal pun dia tak balik tengok. Ayah apanya macam tu? Suami yang tak bertanggungjawab. Agaknya kalau Izzad mati pun, ayah takkan balik tengok,” suara Izzad melengking marah.

“Istighfar Izzad. Tak baik kau marah-marah. Nek Wan tak tahu macam mana nak tolong kau. Walau apapun, ayah kau tu tetap menantu aku,”

“Yanie buat Izzad keliru dan tertekan. Izzad tak boleh nak maafkan ayah, tapi Izzad nak kahwin dengan Yanie. Izzad buntu sekarang ni,” adu Izzad seperti anak kecil. Mek Yah tersenyum.

“Apa hati kau cakap? Senjata paling kuat adalah berdoa kepada Allah. Hanya pada DIA kita meminta dan mengadu,” Lembut Mek Yah bersuara. Izzad rasa terpukul. Sudah lama dia tidak bersolat. Malunya Ya Allah.

“Allah masih ampunkan orang seperti Izzad ke Nek Wan? Allah nak dengar ke doa seorang hamba yang melanggar perintahnya?”

“Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Kalau seseorang ada niat nak berubah, berusaha untuk berubah, Allah akan terima. Yang penting bertaubatlah sesungguh hati. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam aje,”

Izzad diam. Cuba muhasabah diri. Mek Yah memeluk bahu Izzad.

“Sekarang dah nak masuk maghrib, kita solat sama-sama ya. Dah lama kau tak imamkan solat. Dulu masa kau tingkatan empat, kau selalu imamkan Nek Wan, arwah mama dan ayah kau. Ingat tak?” Izzad mengelap tubir mata yang tiba-tiba berair. Air mata kekesalan.

“Izzad minta maaf,” rintih Izzad sayu.

“Sudahlah. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Lepas bersolat, kau berdoa supaya Allah berikan petunjuk. Minta supaya dibukakan hati untuk maafkan ayah kau. Tak baik bermasam muka lama-lama,”

“Yang pasal budak Yanie tu pula. Dia dah setuju ke nak kahwin dengan kau?” Mek Yah menyambung bicara.

“Dia setuju kalau Izzad dapat maafkan ayah. Kalau tidak dia tak nak terima,” Izzad bersuara agak geram. Mek Yah ketawa kecil.

“Kalau macam tu, kau maafkan ajelah ayah kau tu. Benda dah bertahun pun. Buat pilihan yang betul. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,”

“Mana satu yang dikejar, mana satu yang dikendong Nek Wan?”

“Itulah. Jangan kahwin dengan Yanie pun tak dapat, baik dengan ayah kau pun tidak. Nanti satu apapun tak jadi,”

“Jangan cakap macam tu Nek Wan. Sudahlah mulut Nek Wan tu masin. Nanti kalau betul tak jadi kahwin dengan Yanie, habis Izzad,”

“Kalau macam tu, padan muka kau,” Nek Wan ketawa sambil melangkah keluar. Izzad menggigit bibir. ‘Nek Wan… Nek Wan…’

“Pergi mandi. Nanti Nek Wan ajar solat!” laung Nek Wan dari luar bilik. Izzad memandang sekilas gambar mamanya. Senyuman manis terukir. ‘Really miss you mom,’

Izzad bangun dan menuju ke bilik air. Dia bernyanyi kecil. Pakaian kotor dicampakkan ke dalam bakul yang sudah tersedia. Air pancut dibuka besar-besar supaya menyegarkan seluruh badan. Izzad menyanyi sambil memicit shower bath. Rambutnya di shampoo. Semuanya dilakukan dengan senang hati.

Tok! Tok!

Pintu bilik air diketuk. Izzad menutup pili air pancut. Kain tuala dililit pada pinggang. Pintu bilik air dibuka kecil.

“Cepat sikit mandinya. Jangan nak buat karaoke sangat,” Mek Yah bercekak pinggang.

“Sabarlah Nek Wan,”

“Cepat! Nek Wan tunggu dekat bilik solat dengan Adam,” Mek Yah mengingatkan sebelum berlalu. Izzad mengangguk sahaja. Izzad kembali menutup pintu. Wait a minute… Pintu kembali dibuka.

“Nek Wan!!” jerit Izzad dari muka pintu. Mek Yah berlari anak. Mukanya cemas.

“Kenapa? Kau jatuh bilik air ke?” Ait, orang tua ni. Kesitu pula dia.

“Bukanlah. Err… Izzad nak tanya macam mana nak ambil wuduk? Izzad dah terlupalah step dia,” Malu, tapi kalau tak bertanya salah pula nanti.

“Aku ingatkan apalah tadi. Kau jerit macam orang hysteria,” bebel Mek Yah.

“Macam ni. Mulut dikumur untuk hilangkan sisa-sisa makanan. Bersihkan hidung. Lepas tu kena niat. Nawaitu wudu’an lillahitaalla. Niat ni dibaca dalam hati waktu air dah terkena muka. Basuh muka tiga kali. Lepas tu basuh tangan kanan sampai ke siku, tiga kali juga. Lepas tu tangan kiri sampai ke siku tiga kali. Basuh kepala tiga kali. Basuh telinga kanan dan kiri tiga kali. Akhir sekali basuh kedua belah kaki kanan dan kiri sampai ke buku lali. Tiga kali juga,” terang Mek Yah. Izzad mengangguk.

“Terima kasih Nek Wan,”

“Cepatlah kau kahwin dengan Yanie. Nek Wan nak tengok kau lebih baik. Insya-Allah,”
Mek Yah berlalu. Izzad merenung belakang badan neneknya. ‘Yanie, kau bantulah aku!’
…………….

+ Saya cuba untuk maafkan ayah saya

Itu pesanan yang dihantar Izzad. Yanie menggosok mata beberapa kali. Biar betul? Tidak sangka Izzad membuat keputusan secepat ni. Tiba-tiba dia tergamam. Teringat janji yang dibuat beberapa hari lepas. Kalau betul Izzad dah maafkan ayah dia, itu bermakna Yanie harus setuju untuk berkahwin dengan Izzad.

“Ala! Masalah betullah,” Yanie menggumam. Kepalanya digaru-garu. Habis kusut rambut panjangnya. Yanie mula merebahkan badan. Mata memandang siling bilik. Dia dan Izzad. Serasi ke? Kalau kahwin tanpa cinta akan bahagia ke? Aduh! Jadi macam dalam novellah pula.

‘Orang yang mungkir janji tanpa sebab, itu dipanggil munafik,’ detik hati Yanie. Yanie memegang dada. ‘Adakah ini jodoh dari Allah?’

Yanie melihat kembali telefon bimbitnya. Sudah bersediakah dia untuk bergelar isteri? Isteri kepada lelaki yang hanya dikenalinya beberapa bulan lalu. Isteri kepada lelaki yang menjadi pujaan ramai. Layakkah dia? Argh! Ada apa dengan status? Manusia semuanya sama sahaja.

“Fikir apa tu?” Ada suara menegur. Yanie memandang pintu. Mak ngah sedang tersenyum. Yanie terus bangun.

“Dah lama ke mak ngah dekat pintu tu?”

“Kalau goreng telur, dah masak agaknya,” canda mak ngah. Yanie tersenyum malu. Itulah, berangan lagi.

“Kamu fikir apa? Mak ngah tengok serius aje muka tu,” mak ngah melangkah masuk dan duduk di birai katil.

“Err… mak ngah. Ermm… macam mana nak cakap ya?” Yanie menggaru pipi. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan masalahnya.

“Kenapa? Pasal lamaran Encik Izzad tu ke?” teka mak ngah. Yanie mengangguk perlahan.
“Kalau Yanie terima lamaran dia, mak ngah rasa okay ke?”

“Mestilah, okay! Mak ngah tengok dia macam baik aje. Bersungguh pula tu. Kalau dia tak ikhlas, dia takkan melamar naik lori surat khabar tau,” mak ngah teringatkan kerja gila yang dibuat Izzad tempoh hari. Memang memalukan sebab tak pernah dibuat orang. Jiran-jiran mak ngah pun dah kecoh cakap yang Yanie dah nak kahwin.

“Mak ngah rasa kami akan bahagia ke?”

“Insya-Allah. Kebahagiaan tidak boleh diukur. Kalau masing-masing saling percaya, saling bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain, Insya-Allah rumah tangga akan bahagia,”

“Walaupun bukan berkahwin atas dasar cinta?”

“Itupun tak boleh dikira. Tengok, berapa ramai yang kahwin atas dasar cinta tapi akhirnya bercerai juga. Cinta tak menjamin segalanya. Yang tak pernah bercinta tapi lepas kahwin kan boleh mulakan. Bercinta lepas kahwin lebih indah dan manis. Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan,”

“Terima kasih mak ngah,” Yanie memeluk erat tubuh mak ngah.

“Arwah walid dan umi pasti gembira sebab anak bongsu mereka dan nak kahwin,” ujar mak ngah sebak.

“Apa khabar Ifti sekarang ya? Dah lama mak ngah tak dengar khabar dia?” Tiba-tiba mak ngah menukar topik. Yanie menahan sebak. Teringat tentang penyakit si kakak. Tentang perangai abang ipar yang teruk. Tapi, dia tidak mahu mak ngah dan pak ngah risau.

“Alhamdullilah. Yanie telefon hari tu Kak Ifti baik-baik aje,” Yanie menjawab dengan senyuman paksa. ‘Maafkan Yanie, mak ngah sebab menipu. Yanie akan cuba untuk bantu Kak Ifti,’

“Baguslah. Mak ngah tengok suami dia tu macam tak boleh percaya. Tapi, mungkin perasaan mak ngah aje agaknya. Sudahlah, mak ngah nak pergi tengok pak ngah kamu tu. Kalau tidur, memang tak ingat dunia. Dah nak senja ni,” mak ngah bangun dan melangkah keluar. Yanie tersenyum kecil.

“Memang tak boleh percaya mak ngah…” ujar Yanie perlahan merujuk kepada Abang Malik, suami Kak Ifti.
………………

“Assalamualaikum, tuan rumah!” laung orang diluar kuat. Mak ngah yang sedang berada di dapur berpandangan dengan Yanie.

“Assalamualaikum, tuan rumah!” sekali lagi laungan kedengaran. Mak ngah terus mencapai tudung dan melangkah ke pintu untuk membuka grill.

“Waalaikumusalam. Ooh…Mek Yah. Saya ingatkan siapalah tadi,” mak ngah bersalaman dengan Mek Yah.

“Jemput masuk Mek Yah,” pelawa mak ngah.

“Yanie, sini kejap. Nenek Izzad datang ni,” sebaik masuk ke dalam rumah, mak ngah memanggil Yanie.

“Nek Wan,” panggil Yanie dan terus bersalam dengan Mek Yah. Mek Yah terus memeluk erat tubuh kecil Yanie.

“Nek Wan duduk dulu ya. Saya pergi buatkan air,” Yanie tersenyum sebelum kembali ke dapur.

“Pak ngahnya Yanie tak ada di rumah ke?” soal Mek Yah sambil memandang mak ngah.

“Dia keluar pergi beli barang. Sekejap lagi baliklah tu,” jawab mak ngah dengan senyuman.

“Tak apalah. Kita tunggu dia balik dululah baru bincang,” ujaran Mek Yah mendebarkan hati mak ngah. ‘Nak bincang pasal apa ya?’

Beberapa minit lepas tu, bunyi kereta pak ngah masuk ke dalam kawasan rumah. Mak ngah menyambut plastik barang-barang yang dihulur sang suami.

“Dah lama ke Mek Yah sampai?” soal pak ngah sambil melabuhkan punggung. Mak ngah kembali ke ruang tamu selepas meletak barang-barang.

“Tak adalah. Baru juga. Aku datang ni nak bincang sesuatu. Aku datang bawa hajat,” Mek Yah memulakan bicara. Yanie datang dan menghidangkan minuman.

“Yanie masuk bilik dulu ya. Kami ada benda nak bincang,” ujar Mek Yah sambil menepuk perlahan tangan Yanie. Yanie memandang mak ngah dan pak ngah pula. Kedua-duanya mengangguk. Yanie hanya menurut. Kaki dibawa melangkah ke bilik.

“Macam gini. Aku datang ni untuk merisik si budak Yanie tu untuk cucu aku, Izzad,” Senafas Mek Yah meluah kata. Pak ngah dan mak ngah saling berpandangan.

“Bunga di taman memang belum ada yang berpunya,” jawab pak ngah berkias.

“Kami memang menunggu lamaran keluarga dari Encik Izzad,” kali ini mak ngah pula menyambung. Mek Yah tersenyum lega.

“Alhamdullilah kalau macam tu. Bolehlah kita tetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Ini, aku ada bawa cincin tanda untuk si Yanie,” Mek Yah mengeluarkan kotak berbaldu biru. Kotak dihulurkan kepada mak ngah. Mak ngah membuka perlahan. Sebentuk cincin berpermata satu menghiasi mata. Cantik sungguh.

“Ini cincin arwahnya mama Izzad. Aku rasa saiznya hampir sama dengan jari Yanie. Kalau setuju, aku harap Yanie pakai cincin ni,”

“Baiklah. Macam mana pula dengan tarikh meminang dan bernikah?” pak ngah memulakan. Sebagai wali Yanie, perkara ini perlu diambil berat kerana dia memegang amanat arwah abangnya, walid si Yanie dan Ifti.

“Aku bercadangnya macam ini. Kita buat majlis nikah dan bertunang tu pada hari yang sama. Mula-mula majlis bertunang, lepas tu nikah terus. Tak perlulah nak bertunang lama-lama. Benda baik jangan lengahkan,” cadang Mek Yah. Pak ngah mengangguk.

“Bila agaknya majlis tu nak dibuat? Kami kena buat banyak persiapan ni,” pak ngah tersenyum.

“Apa kata hujung bulan depan. Boleh?” Mek Yah bertanya. Perkara ini perlu mendapatkan persetujuan bersama. Pak ngah dan mak ngah seperti berfikir panjang.

“Hujung bulan depan? Hmm… baiklah. Kami pihak perempuan ni bersetuju,” pak ngah memberi kata putus. Sekali lagi Mek Yah mengucap syukur.

Seterusnya ketiga-tiga mereka membincangkan pasal wang hantaranlah, nak buat majlis di mana dan seangkatan dengannyalah. Selepas siap berbincang, mak ngah memanggil Yanie turun kerana Mek Yah sudah mahu pulang.

“Mak ngah dan pak ngah bincang pasal apa dengan Nek Wan?” soal Yanie bila kereta yang dinaiki Mek Yah sudah berlalu dari rumah.

“Yanie, duduk sini kejap. Ada benda yang kami nak bincang,” pak ngah kembali duduk.

“Mek Yah datang tu, ada bawa hajat yang besar. Dia merisik kamu untuk cucunya Encik Izzad. Pak ngah dan mak ngah dah bersetuju,” lembut bicara pak ngah. Yanie terdiam. Wajah pak ngah dan mak ngah dipandang. ‘Sudah sampai masanya kah?’ Yanie menganggukkan kepala. Dia sendiri sudah berjanji dengan Izzad.

“Majlis bertunang dan bernikah akan dibuat pada hari yang sama. Majlisnya hujung bulan depan,” sambung pak ngah.

“Bulan depan? Cepatnya…” Yanie mengerut dahi. Pak ngah tersenyum.

“Pihak lelaki yang minta macam tu. Macam mana? Yanie setuju tak?” mak ngah bertanya pula. Yanie menunduk.

“Kalau dah ditetapkan, Yanie terima aje,” perlahan Yanie menjawab. Mak ngah dan pak ngah tersenyum lega.

“Ini cincin tanda. Kalau Yanie setuju, Yanie pakailah. Kata Nek Wan, ini cincin arwah mamanya Encik Izzad,” cerita mak ngah. Kotak cincin diletakkan di telapak tangan Yanie. Yanie memandang kotak biru ditangannya dengan hati berdebar. Tidak sangka yang dia sudah mahu berkahwin.

“Yanie masuk bilik dulu ya mak ngah, pak ngah,” Yanie bangun dan meminta diri. Hatinya terasa mahu pecah akibat debaran yang menggila. Debaran yang tiba-tiba sahaja mendatang. Sakit perut jadinya sebab nervous. Mak ngah saling berpandangan dengan pak ngah. Pak ngah mengangguk kecil.

“Dah nak kahwin rupanya. Lepas ni tanggungjawab arwah abang long dan arwah kak long sudah boleh diserahkan pada suami Yanie. Semoga mereka aman di sana,” ujar pak ngah dengan senyuman. Sebak sebenarnya. Mak ngah menggosok belakang pak ngah. Cuba menenangkan.

“Kita sama-sama doakan yang Encik Izzad tu mampu bahagiakan Yanie,” doa mak ngah.


KELUARGA Yanie sudah mula membuat persiapan. Dalam perancangan, majlis bertunang akan dibuat di rumah mak ngah dan pak ngah selepas zohor. Selepas maghrib, Izzad dan Yanie akan dinikahkan di masjid negara. Malam esoknya, majlis resepsi kedua belah pihak akan diadakan di Pacific Redency Hotel Suites, Kuala Lumpur. Yanie sudah menghubungi Kak Ifti untuk memberitahu tentang berita perkahwinannya. Insya-Allah Kak Ifti akan datang. Keluarga Mak ucu di Perak juga sudah diberitahu.

“Yanie dah isi borang untuk kursus kahwin ke?” soal mak ngah pada suatu hari. Yanie hanya mengangguk. Dia sudah. Izzad tak tahu sudah ke belum.

“Izzad?” soal mak ngah. Sudah tidak digunakan panggilan encik di pangkal nama lelaki itu. Almaklumlah, dah nak jadi satu keluarga.

“Yanie tak tahu,”

“Haish, budak ni! Boleh pula tak tahu. Pergi telefon Izzad dan cakap pasal perkara ni. Mana boleh buat tak endah. Sebulan aje lagi ni,” bebel mak ngah. Yanie hanya menurut. Sudah lama dia tidak bercakap dengan Izzad. Kali terakhir mereka berbual masa hari Mek Yah datang merisik tu. Itupun untuk menyelesaikan masalah mereka. Dah dekat seminggu lebih jugalah. Kadangkala dia merasakan yang Izzad seperti tidak serius. Yanie mencari nombor Izzad di telefon bimbit.

“Assalamualaikum,” Yanie memberi salam apabila panggilannya berangkat.

“Hmm… waalaikumusalam. Ada apa Yanie?” soal Izzad. Kedengaran seperti tidak bersedia menerima panggilan.

“Encik sibuk ke? Kalau sibuk saya call lain kali,” ujar Yanie mendatar. Kedengaran keluhan di hujung sana. Yanie menahan telinga.

“Sekejap lagi saya ada meeting dan beberapa dokumen penting saya kena semak. I’ll have lot thing to do right now. Tapi, kalau awak nak cakap apa-apa, cakaplah,” jelas Izzad. Yanie menggigit bibir. Entah kenapa rasa sakit hati dengar penjelasan Izzad. Come onlah Yanie.

“Tak apalah. Saya call lain kali. Encik siapkanlah kerja encik tu. Maaf sebab saya menganggu,” talian terus dimatikan. Yanie memandang telefon bimbit. Izzad dan kerja memang tak boleh dipisahkan! Yanie bukannya apa, tapi seperti Izzad tak ambil berat pun pasal persiapan kahwin. Ataupun, Yanie ni yang terlebih sensitive? Maybelah… perempuan, mestilah bersungguh nak siapkan persiapan kahwin. Iyalah, kahwin kan hanya sekali.

+ I’ll call you back soon

Izzad menghantar pesanan. Yanie merenung tajam screen telefon bimbit. Aduh! Geramnya. Bukan nak telefon balik. Kalau kau orang sakit hati tak?

“Bertenang Yanie… bertenang… Hal kecil aje tu. Nanti-nantikan boleh bincang,” Yanie menyedapkan hatinya. Dia menarik nafas dalam.

“Dah telefon Izzad?” soal mak ngah mengejut.

“Dah. Tapi dia tengah sibuk sekarang. Kejap lagi ada meeting. Nanti petang Yanie call balik,” beritahu Yanie. Mak ngah mengangguk sahaja sebelum berlalu.

Tepat jam 5 petang, telefon bimbit Yanie berbunyi lantang. Tertera nama Izzad. Yanie buat malas. Lambat-lambat dia menekan butang hijau. Kalau tak jawab nanti, orang kata mengada-ngada pulakan. Iyalah, Izzad dah call semula tu dah kira baiklah.

“Assalamualaikum,” kali ini Izzad yang memulakan. Yanie menjawab salam dalam hati.

“Kenapa diam? Awak merajuk dengan saya ya. Maaflah, saya betul-betul sibuk tadi. Now, tell me. Apa yang awak nak cakap?” Yanie mencebik geram. Itukah cara memujuk? Tak best langsung.

“Saya cuma nak tanya, encik dah hantar ke borang untuk kursus kahwin?”

“Kahwin? Siapa nak kahwin?” soalan Izzad membuatkan Yanie geram. Dia ni tak betul ke?

“Enciklah yang nak kahwin…” jawab Yanie.

“Ooh… dengan siapa ya?” soal Izzad lagi.

“Encik jangan nak main-main ya,” geram Yanie dibuatnya. Izzad ketawa kecil.

“Saya nak bergurau pun tak bolehlah. Awak ni janganlah serius sangat. Tak lama lagi kita ni dah nak kahwin. Kenalah banyakkan bergurau senda baru rumahtangga ceria,” selamba jawapan Izzad. Yanie rasa mukanya membahang. Cakap pasal rumahtangga, buatkan dia blushing.

“Itu cerita lepas kahwin. Sebelum kahwin ni saya tetap saya. Kita masih belum ada ikatan,” Entah macam mana jawapan itu yang diberi Yanie. Yanie menepuk mulutnya.

“Really? Maknanya lepas kahwin, kita akan lainlah ya. Ueww… I like it!” Izzad buat suara mengada. Sekali lagi Yanie merasakan mukanya berbahang.

“Encik dah hantar belum borang tu?” Yanie mengembalikan topik asal. Takut kalau berterusan melalut ke tempat lain pula.

“Dah. Nanti kita pergi kursus tu sama-sama. Esok saya dah ambil cuti. Kita pergi tempah kad kahwin, baju pengantin dan barang-barang hantaran. And one more thing. Nanti akan ada temuramah dengan majalah kerjaya. Dia nak tahu tentang kita,” beritahu Izzad.

“Eeh… tak naklah saya. No…no…no…” Yanie menggeleng-geleng walaupun bukannya Izzad nampak.

“Sekejap ajelah. Mereka nak tahu tentang persiapan kahwin kita. Sayakan usahawan berjaya, jadi sebab itu mereka nak temuramah. Saya dah biasa dengan majalah tu. Awak jangan risau. Selagi saya ada dengan awak, semuanya akan baik-baik sahaja,” Izzad menenangkan Yanie.

“Hmm… saya cuba,”

“Err… ada lagi. Masa majlis nikah dan majlis resepsi dekat hotel tu, ramai wartawan akan datang. Mereka nak buat liputan untuk rancangan perkahwinan kita,” sekali lagi berita yang mengejutkan Yanie.

“Saya tak nak semua tu,” adu Yanie gelisah. Macam-macamlah.

“Saya tak boleh nak buat apa,” Izzad ketawa kecil.

“Hish! Itulah susah kahwin dengan orang yang mengalahkan selebriti ni,” ujar Yanie geram. Makin kuat ketawa Izzad.

“Tahu pun,”

“Dahlah. Saya nak pergi masak makan malam ni,” Yanie sudah mahu menamatkan perbualan. Berita yang diberitahu Izzad memang mengocak ketenangannya.

“Esok pagi saya jemput awak. Kirim salam pada mak ngah dan pak ngah,”

Selepas berbalas salam masing-masing menamatkan talian. Yanie memeluk bantal. Runsingya. Macam nak kahwin dengan artis pula. ‘Itulah risiko kahwin dengan jutawan yang hot tu,’ detik hati Yanie.

……….

Mak ngah dan pak ngah sudah berangkat ke tempat kerja ketika Izzad sampai. Yanie mengunci pintu sebelum masuk ke dalam kereta Izzad. Sempat Yanie berpesan dengan jiran sebelah yang memang sudah mengetahui tentang berita perkahwinannya. Suruh jirannya itu menengok rumah sebab tidak ada orang.

“Morning sayang,” ucap Izzad selamba. Lelaki itu tersengeh-sengeh. Yanie yang baru mahu menarik tali pinggang memandang Izzad.

“Encik ni sakit ke? Tiba-tiba bersayang bagai,” terletus ketawa Izzad.

“Saja aje nak test. Lepas kahwin nanti senang,”

Yanie hanya menggeleng mendengar jawapan Izzad. Izzad tak pernahnya tak menjawab. Kalaulah mulut boleh dijahit, mulut Izzad yang pertama akan dijahitnya. Agaknyalah, perangai Izzad macam ni dengan semua perempuan ke? Patutlah ramai sangat yang berkenan. Lelaki mulut manis, siapa yang tak cairkan.

“Mula-mula kita nak ke mana encik?” soal Yanie bila kereta sudah mula bergerak.

“Saya nak minta tolong dengan awak boleh? Don’t call me ‘encik’. Kitakan dah nak jadi suami isteri,” tegur Izzad. Yanie hanya mengangguk.

“Good. Nanti lepas kahwin, awak masuk pejabat ya. Awak dah lupa ke yang awak tu sekarang dah bekerja dengan saya. Kesian Lily hari-hari bertanya bila awak nak masuk pejabat,”
Yanie memandang Izzad. Tidak menyangka yang jawatan itu masih terbuka untuknya. Syukur alhamdullilah.

“Encik betul-betul dah maafkan ayah encik ke?” soal Yanie tiba-tiba. Sudah terlupa mahu membuang panggilan ‘encik’ itu.

“Saya cuba belajar untuk maafkan dia,” simple jawapan Izzad.

“Saya harap ayah encik datang masa majlis kahwin kita,” Yanie bersuara perlahan. Izzad dia sahaja.

“Wait a minute. Bukan ke saya cakap jangan panggil saya encik. Awak ni nak kena denda ni,”

“Sorry, sorry. Saya lupa,” Yanie tersenyum malu. Izzad ketawa kecil. Suka melihat wajah malu-malu gadis di sebelahnya.

“Tak apa. Kali ni saya maafkan. Kalau buat lagi, tahulah saya nak denda apa,” ugut Izzad. Yanie hanya menunduk. Perasaannya terasa lain bila mereka begitu. Rasa seperti pasangan bercinta pula. Kereta dipandu Izzad dengan tenang.

“My little baby boy, Izzad…” manja suara wanita yang menyambut mereka di sebuah butik pakaian pengantin. Wanita itu memeluk bahu Izzad erat. Yanie yang menengok agak terkejut.

“Auntie apa khabar?” soal Izzad mesra.

“Macam yang you tengok. Auntie okay. Kenapa you datang sini? Siapa nak kahwin?” wanita itu memegang pula tangan Izzad. Yanie di belakang sudah berbulu matanya. Apa hubungan Izzad dengan wanita ni agaknya?

“I lah yang nak kahwin. Come, meet my future wife Nurul Izyanie,” Izzad memperkenalkan Yanie. Yanie bersalam dengan wanita yang sedang memandangnya tidak percaya.

“Are you kidding me, little boy? You gonna married?”

“Yes, I am. Ini bakal isteri I. Yanie, ini saya kenalkan auntie Radziah, kawan baik arwah mama. Auntie pemilik butik pengantin ni,” Izzad memperkenalkan pula. Yanie sekadar tersenyum.

“Serious. Dah nak kahwin rupanya you ni. Auntie sangat terkejut. By the way, congratulation both of you. I’m really happy,” Auntie Radziah memeluk Yanie pula.

“Bila majlis? Auntie akan siapkan pakaian yang paling cantik untuk you all berdua,”

“Hujung bulan ni. Thank you so much, auntie,” Izzad dan Yanie duduk di kerusi yang sudah disediakan.

“You all tengok-tengok dulu catalogue ni. Mana yang berkenan, beritahu aje,” Auntie Radziah berlalu ke belakang. Mungkin mahu memberi ruang kepada bakal pengantin.

Izzad mula menyelak satu persatu helaian muka surat. Macam-macam fashion ada. Mata Yanie tertangkap satu gambar. Rasanya gambar itu sama dengan dress pemberian Izzad pada malam jamuan dulu.

“Saya rasa kita guna ajelah baju yang awak bagi pada saya dulu,” beritahu Yanie. Baru terfikir sebenarnya. Tidaklah membazir.

“No. Dress tu saya bagi dengan niat yang lain dan nilai sentimental yang lain. Kali ini saya nak hadiahkan sempena perkahwinan kita. Nilai sentimentalnya akan berbeza. Kenangan ke atas baju itu juga akan berbeza,” jawab Izzad lancar. Kan dah cakap tadi. Izzad ni pasti ada sahaja jawapannya.

“Ikut awaklah,” Yanie mengalah.

“Awak suka yang mana? Pilih satu untuk majlis bertunang, satu untuk majlis nikah di masjid dan satu masa majlis resepsi,” Izzad memberi arahan. Yanie membulatkan mata.

“Banyaknya. Satu cukuplah,”

“Awak jangan risaulah. Saya yang bayar. Awak hanya perlu pilih. Setiap dress tu akan dikenang mengikut majlis yang berlainan,”

“Untunglah orang banyak duit,” gumam Yanie. Entah Izzad dengar ke tidak.

“Dah, jangan nak mumbling. Pilih aje mana yang awak suka,” Ait! Dengar ke?

Selepas membelek beberapa catalogue, mereka membuat pilihan. Tiga persalinan untuk Yanie dan tiga untuk Izzad.

“Dah buat keputusan?” soal auntie Radziah.

“Yup! Ini, ini dan ini,” tunjuk Izzad. Auntie Radziah tersenyum lebar.

“Nice choice. Okay. Izyanie, come with me. Kita ambil ukuran badan,” Yanie mengikut auntie Radziah ke dalam bilik. Beberapa minit kemudian, Yanie keluar. Izzad pula masuk untuk diambil ukuran badan.

“Nanti bila baju dah siap, auntie akan call you all untuk cuba. Auntie cuba siapkan dalam seminggu dua ni,” Auntie Radziah tersenyum.

“Terima kasih banyak auntie,” ucap Yanie ketika bersalam dengan wanita itu. Selepas bersalam, mereka melangkah keluar. Destinasi seterusnya adalah kedai kad perkahwinan. Di situ mereka menghabiskan masa sekejap sahaja. Tema perkahwinan yang dipilih mereka adalah putih. Segalanya nampak mewah dan elegan.

“Kita makan dulu baru shopping barang-barang hantaran ya,” beritahu Izzad. Yanie hanya mengangguk setuju. Perutnya memang sudah lapar memandangkan jarum jam sudah menunjukkan ke pukul 12.40 tengahari.

Selepas makan, Yanie meminta diri untuk ke surau terlebih dahulu. Kalau dah berjalan-jalan dalam mall, confirm berjam-jam. Takut habis waktu zohor pula. Izzad hanya mengangguk sambil melihat lenggok Yanie menuju ke bahagian surau. Izzad mengorak langkah perlahan menuju ke arah yang sama. Seusai solat, Yanie membetulkan tudung di kepala. Bila sudah merapikan tudung, Yanie membuka pintu surau. Dia tergamam bila Izzad turut keluar dari surau lelaki. Izzad tersenyum manis. Yanie terpana. Izzad bersolat kah? Alhamdullilah. Sejuk rasa hatinya.

“Termenung apa tu? Jomlah…” ajak Izzad bila kelihatan Yanie seperti tergamam melihatnya. Izzad menurunkan lengan kemeja yang berlipat sampai ke paras lengan. Anak rambut lelaki itu yang basah, membuatkan Izzad kelihatan lebih kacak. Terleka sebentar Yanie dibuatnya.

“Kacak sangat ke muka saya ni sampai awak tergamam macam tu?” soal Izzad selamba. Muka Yanie terus merah menahan malu. Sarip dol, betullah!

“Itulah, dulu tak nak mengaku. Dah nak kahwin ni baru awak sedar betapa kacaknya bakal suami awak ni,” sambung Izzad tanpa menghiraukan wajah Yanie yang merah.

“Perasan aje lebih. Sudahlah. Malas saya nak layan awak ni,” Yanie terus berjalan laju meninggalkan Izzad dengan ketawanya.

“Janganlah laju sangat, sayang,” panggil Izzad. Yanie menggigit bibir geram.

“Stop calling me sayang,” marah Yanie. Izzad sengih sampai ke telinga. Dia bersiul-siul sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Mereka jalan beriringan.

“Hey, honey!” Tiba-tiba ada tangan menarik lengan Izzad. Terus terhenti langkah kaki Yanie dan Izzad. Terpempam Tengku Fathiah dengan senyuman lebar. Izzad pun turut senyum.

“Hye, Fath. You buat apa dekat sini?” Izzad memegang tangan Tengku Fathiah untuk dileraikan daripada lengannya.

“I shoppinglah. Kebetulan nampak you. I miss you honey,” manja suara Tengku Fathiah menampar telinga. Yanie memeluk tubuh. Yanie menjeling Izzad yang tersenyum lebar mendengar suara lunak manja si minah ni. Amboi… amboi… tadi baru bersolat sekarang dah nak buat maksiat!

“You pula buat apa dekat sini, honey?” Tengku Fathiah menyoal seperti tidak ada langsung Yanie di situ.

“I nak beli barang-barang hantaran. You jangan lupa datang wedding I hujung bulan ni,” berubah terus muka Tengku Fathiah mendengar penjelasan Izzad.

“You silap sebab tak pilih I. I ingat you main-main bila you pilih si minah kampung ni untuk jadi wife you,”

“Dalam soal kahwin, I tak main-main. Kita still boleh jadi kawan kan,” Izzad cuba menyedapkan hati Tengku Fathiah.

“Always, honey. Kalau you nak I jadi isteri nombor dua pun, I sanggup because I really love you,”

Izzad hanya tersenyum. Yanie terus berlalu. Malas mahu ikut campur perbincangan yang dibuat Izzad dan Tengku Fathiah. Yanie berjalan tanpa arah tuju. Entah kedai apa yang dimasuknya. Yang dia tahu, dia mahu jauh dari mendengar perbualan Izzad dan tengku Fathiah.

“Yanie…” suara Izzad sudah kedengaran di belakang Yanie. Yanie hanya buat bodoh. Tangan melihat-lihat pakaian yang tergantung di dalam kedai.

“I’m really sorry. Saya tak tahu pun yang Fath ada dekat sini,” Izzad menerangkan.

“I’ts okay. Tak payah terangkan. Saya ni bukan siapa-siapa pun dengan awak,” jawab Yanie bernada cemburu. Cemburu? Ek… mestilah. Diakan bakal isterinya Izzad. Sakit hati doh tengok bakal suami berpegangan dengan perempuan lain.

“Cemburu ya?” soal Izzad sambil merenung Yanie. Yanie mengangkat muka.

“Saya tak cemburu tapi saya sakit hati tengok bakal suami saya pegang-pegang tangan dengan perempuan lain. It’s normal okay. Mana-mana perempuan pun akan rasa macam tu,” jujur Yanie memberitahu. Buat apa nak tipu. Buat sakit hati aje. Izzad tersenyum lebar.

“I like the way you talk. Sebab itu saya cakap, awak lain dari yang lain,” puji Izzad. Yanie hanya menjeling.

“Cepatlah. Nak cari barang apa ni?” Yanie terus keluar dari kedai pakaian dan menuju ke bahagian lain. Izzad tersenyum sahaja sepanjang membeli belah. Izzad menghantar Yanie pulang selepas siap membeli barang-barang yang perlu.

……………..

Siang malam berganti tanpa kita sedari. Masa berlalu dengan pantas. Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Yanie memandang biliknya yang penuh dengan barang-barang hantaran. Keluarga mak ucu dari Perak sudah tiba sejak tiga hari yang lalu. Kelibat Kak Ifti masih belum kelihatan. Dalam hati, Yanie berharap sangat yang kakaknya itu akan datang melihat majlis perkahwinanya. Dia amat-amat merindukan Kak Ifti.

“Assalamualaikum,” suara orang memberi salam di luar bilik menyentakkan Yanie. Dia tersenyum memandang Mek Yah yang masuk membawa cincin.

“Terima kasih kerana sudi menerima Izzad,” ucap Mek Yah gembira sambil memeluk Yanie erat. Mek Yah menarik keluar cincin tanda yang dipakai Yanie dan digantikan dengan cincin lain. Itu menandakan yang Yanie kini bergelar tunangan Izzad. Majlis pertunangan tidaklah dibuat secara besar-besaran. Hanya keluarga dan jiran-jiran sahaja yang dijemput.

“Malam ni kau akan bergelar isteri pada Izzad. Nek Wan harap kau mampu bimbing Izzad ke jalan yang diredhai Allah,” bisik Mek Yah syahdu. Yanie mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir.

“Insya-Allah Nek Wan,” janji Yanie.

Selepas makan-makan, Mek Yah dan keluarga pihak lelaki meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebentar nanti Yanie dan keluarganya turut akan menyusul ke sana bagi majlis pernikahan pula.

“Tahniah, Yanie!” ucap Qairil sambil tersenyum tawar. Yanie memandang sepupunya.

“Terima kasih Ril,”

“Tak sangka yang awak dah nak kahwin. Bertuah lelaki tu sebab dapat awak,” lembut suara Qairil membuatkan Yanie rasa bersalah. Adakah betul Qairil menyimpan perasaan padanya? Yanie hanya mampu tersenyum.

“Saya doakan awak bahagia,” sambung Qairil.

“Saya doakan awak juga bertemu jodoh yang baik Ril. Mak ngah dan pak ngah dah tak sabar nak dapat menantu tu,” Yanie cuba menceriakan suasana. Qairil tersenyum kecil.

“Perempuan yang saya sangkakan jodoh saya tu, dah nak kahwin dengan orang lain. Perlu mengambil masa untuk cari yang lain,” Dalam sungguh bicara Qairil. Yanie menelan liur.

“Insya-Allah awak akan jumpa dengan perempuan yang lebih baik,” Hanya itu yang mampu dicakap Yanie. Qairil mengangguk sahaja.

“Cepat masuk bersiap. Kita nak bertolak ke KL dah ni. Takut jammed nanti, lambat pula bakal pengantin ni sampai,” laung mak ucu dari muka pintu. Yanie dan Qairil melangkah masuk. ‘Maafkan saya Qairil,’ bisik hati Yanie.

Perjalanan ke Seremban dan Kuala Lumpur berjalan dengan selamat. Semua sanak saudara Yanie akan bermalam di rumah Qairil. Nasib baik ada jugalah yang tinggal dekat KL. Pukul 7.00 petang semua sudah berangkat ke masjid negara. Semuanya akan bersolat maghrib berjemaah di sana sebelum majlis akad nikah berlangsung. Yanie memakai baju biasa untuk bersolat. Pakaian pengantinnya sudah digantung di bilik persalinan ruang bawah masjid. Mak ucu yang akan make up kan Yanie nanti.

“Allahuakbar Allahuakbar…” Bunyi azan kedengaran lantang. Yanie dan jemaah perempuan yang lain sudah mengambil tempat di saf bahagian perempuan. Yanie merasakan bahunya ditepuk perlahan. Yanie terus bersalam dengan Mek Yah yang baru tiba. Mereka kemudiannya duduk di saf yang paling hadapan. Selepas iqamat kedengaran, semuanya siap memandang tikar sejadah.

“Allahhukbar!” takbir diangkat. Semua jemaah masjid kusyuk menghadap Maha Pencipta. Alunan ayat-ayat Al-Quran kedengaran lembut meresap ke dalam hati. Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran sangat indah.

Selepas siap menunaikan solat tiga rakaat, semuanya menyiapkan diri. Yanie menukar pakaian. Baju kebaya putih kosong yang hanya ditaburi manik-manik kecil menaikkan seri pengantin. Selendang putih turut dililit di kepala. Hanya make up nipis dicalitkan di wajah Yanie.

“Yanie dah bersedia?” soal mak ngah. Yanie tersenyum tawar. Hatinya sangat berdebar. Seperti tidak terkeluar suaranya.

“Ada seseorang nak jumpa Yanie,” ujar mak ucu dengan senyuman. Yanie memandang pintu bilik, Kak Ifti sedang berdiri di situ. Yanie terus memeluk batang tubuh kakaknya. Air mata tak dapat dibendung. Tubuh Kak Ifti sudah kelihatan susut. Makin menambah kesedihan Yanie.

“Dah nak kahwin adik akak ni,” Kak Ifti memegang pipi Yanie. Senyuman manis diukir walaupun bibirnya kelihatan pucat.

“Terima kasih Kak Ifti sebab sudi datang,” ucap Yanie gembira.

“Tok kadi dah tunggu,” suara anak saudara sebelah mak ngah kedengaran. Amira namanya. Umurnya muda tiga tahun dari Yanie.

“Mari, mak ucu betulkan make up,” mak ucu menambah sedikit bedak. Selepas semuanya bersedia, mereka melangkah keluar untuk masuk ke ruangan solat lelaki. Majlis akad akan diadakan di situ.
Kelihatan Izzad sudah bersedia di hadapan tok kadi. Adam, pak ngah, pak ucu, Qairil dan beberapa orang lelaki sudah berada di belakang Izzad. Izzad bercakap-cakap dengan Adam. Yanie menghampiri dengan penuh debaran di dada. ‘Ya Allah, Kau berilah ketenangan kepadaku.’

“Assalamualaikum. Pengantin dah bersedia?” soal tok kadi sambil memandang Izzad. Borang ditangan dihulurkan untuk ditandatangani Izzad. Lelaki itu mengangguk kecil.

“Pengantin perempuan dan bersedia?” soal tok kadi sambil memandang Yanie pula. Borang bertukar ganti. Kini semua mata memandang Yanie. Yanie mengangguk juga sambil menurunkan tandatangan.

“Ehem! Ada siapa-siapa di sini yang membantah pernikahan ini sila beritahu?” soal tok kadi sambil memandang semua. Masing-masing diam. Tiada yang membantah.

“Kita semua berkumpul di sini untuk menyaksikan penyatuan Izzad Daniel bin Izhar Yong dan Nurul Izyanie binti Ibrahim kerana Allah taala,” sambung tok kadi.

“Dah bersedia?” sekali lagi tok kadi menyoal Izzad sambil menghulur tangan. Izzad menyambut dengan yakin.

“Sejuknya tangan pengantin,” canda tok kadi. Semua yang dengar tergelak kecil. Merah muka Izzad. Yanie hanya melihat dari jauh.

“Hensemnya suami Yanie,” bisik Kak Ifti di telinga Yanie. Yanie menunduk malu.

“Eeh… ini bukan ke jutawan muda tu?” kali ini Kak Ifti menyoal dengan nada terkejut. Mana boleh lupa sebab suatu ketika dulu dia dan Yanie pernah berbual tentang lelaki ini. Kuasa Allah. Tidak menyangka jodoh Yanie dengan jutawan muda itu. Yanie mengangguk kecil. Mengiyakan kata si kakak.

“Jangan nervous. Bertenang,” terdengar suara tok kadi kembali. Dia bercakap dengan Izzad. Para wartawan yang datang memainkan peranan masing-masing. Lensa kamera dihala tepat ke tempat pengantin lelaki.

“Bismillahirahmanirahim. Aku nikahkan dikau dengan Nurul Izyanie binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai,” tok kadi melafazkan. Izzad menarik nafas dalam.

“Aku terima nikahnya Nurul Izyanie binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai,” lafaz Izzad lancar. Tok kadi memandang saksi-saksi di belakang.

“Sah?” Tanya tok kadi.

“Sah…sah…” jawab saksi serentak. Tok kadi menggoncang tangan Izzad sebelum masing-masing mengucap syukur. Tok kadi memulakan bacaan doa. Selepas mengaminkan doa, Izzad terus bersalam dengan pak ngah, pak ucu, Qairil, Adam dan keluarganya yang lain. Tidak lupa tetamu lelaki yang sudi datang.

Yanie terus dipeluk erat oleh Kak Ifti. Yanie mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir selepas Izzad selesai melafazkan akad. Mak ngah dan mak ucu turut berpelukan dengan Yanie. Tidak ketinggalan si Lily.

“Alhamdullilah. Yanie dah jadi isteri orang,” bisik Kak Ifti dengan senyuman gembira.

Yanie memandang pak ngah yang turut memandangnya. Pak ngah mengelap mata. Yanie tahu pak ngah turut sedih. Pak ngah sudah seperti arwah walid. Pak ngah tersenyum sambil mengangguk. Yanie tahan air mata dari mengalir. Yanie mengalih pandang pula pada suami yang baru dinikahnya. Izzad bangun dan terus melangkah ke sudut masjid. Semua mata memandang ke arah Izzad. Cahaya lensa kamera berkelip di sana sini. Tapi, masing-masing masih menghormati rumah Allah itu. Tidak berbuat sesuatu yang berlebihan.

Izzad membetulkan samping dan songkok di kepala. Dia berdiri betul-betul menghadap kiblat. Takbir diangkat dengan penuh khusyuk. Yanie terasa pipinya basah apabila melihat Izzad bersolat sunat dua rakaat. Hatinya tiba-tiba terasa lain macam. Izzad memang bersungguh mahu berubah. Yanie tersentak bila Mek Yah tiba-tiba memeluknya.

“Nek Wan gembira sangat. Syukur alhamdullilah,” ucap Mek Yah sebak. Yanie tahu yang Mek Yah merujuk pada perlakuan Izzad. Siapa tak tersentuh melihat orang yang disayangi berubah ke arah yang lebih baik.

“Encik Izzad datang tu,” Lily berbisik. Yanie mengelap matanya. Kini, semua mata, semua kamera tertala kepada kedua pengantin baru. Izzad duduk bersimpuh di depan Yanie. Mek Yah menghulurkan cincin dan disambut Izzad.

“Assalamualaikum,” Izzad bersuara perlahan.

“Waalaikumusalam,” jawab Yanie sama perlahan. Mereka seperti berbisik berdua sahaja lagaknya. Izzad mencapai tangan kanan Yanie. Cincin di tangan disarung ke jari manis isteri yang baru dinikahi. Selepas itu, giliran Yanie pula. Teragak-agak Yanie mencapai tangan kasar Izzad. Cincin disarungkan di jari manis tangan kanan lelaki itu. Yanie mencapai tangan Izzad dan dicium lama. Air mata yang mengalir terasa hangat di belakang tangan Izzad. Izzad mendekatkan muka dan mencium lama dahi Yanie.

“Terima kasih sebab terima saya,” bisik Izzad romantis. Yanie mengelap matanya. Tidak habis-habis menangis. Nanti orang ingat kena kahwin paksa pula!

“Alhamdullilah,” ujar hadirin. Izzad dan Yanie bangun dan bersalaman dengan tetamu dan sanak saudara. Selepas bersalam-salam, mereka mula berkemas untuk pulang. Malam esok bersedia untuk majlis resepsi pula.

“Kita dah berbesan sekarang. Terima kasihlah semua yang sudi hadir,” Mek Yah membuat ucapan di tempat parking kereta. Izzad sedang berbual dengan para wartawan yang hadir.

“Samalah kita Mek Yah. Jangan lupa malam esok pula,” mak ngah mengingatkan. Selepas berbual-bual masing-masing bersalaman untuk berpisah. Iyalah, semuanya sudah penat.

“Yanie balik dengan siapa?” soal mak ucu sambil memandang Yanie yang sedang berbual dengan Lily. Yanie memanjangkan leher cuba mencari kelibat Izzad.

“Tak tahulah mak ucu. Mak ucu semua nak pergi rumah Ril kan,”

“Aah. Kalau kamu belum nak balik, kami gerak dulu. Nanti kamu suruh suami kamu tu hantar ke rumah Ril,” cadang mak ucu. Yanie tersenyum sahaja.

“Baiklah. Yanie balik nanti dengan Izzad,” Yanie mengambil kata putus. Mak ucu tersenyum penuh makna.

“Jangan tak balik pula. Ingat esok kamu ada majlis lagi,” mak ucu mengingatkan. Yanie rasa mukanya ada darah menyerbu. Malu. Nasib baik tak ada Izzad.

“Yanie tak balik lagi ya?” mak ngah pula menyoal.

“Dia balik dengan suami dia nanti,” mak ucu yang tolong jawabkan. Mak ngah mengangguk. Selepas bersalam mereka semua melangkah keluar dari kawasan masjid.

“Saya pun nak balik dah,” Lily memeluk Yanie.

“Terima kasih sudi datang,”

“Sama-sama. I’m really happy for both of you,” ikhlas suara Lily. Yanie tersenyum malu.

“Dah boleh balik?” Hafiz datang menghampiri. Suami si Lily ni baru lepas berbual dengan Izzad.

“Dah. Esok kita jumpa dekat hotel pula ya. Tahniah Encik Izzad,” Lily memandang Izzad yang mengangguk. Lelaki itu tak lekang dengan senyuman. Hafiz bersalam dengan Izzad sebelum pasangan itu berlalu pergi.

“Semua dah balik. Kita nak buat apa lepas ni?” soal Izzad. Tangannya membuka samping dan dihulurkan pada Yanie. Yanie yang faham akan maksud Izzad mencapai samping dan dilipat. Yanie sangkutkan samping di lengannya.

“Adam mana?” soal Yanie. Izzad menjeling.

“Dah balik dengan Nek Wan. Kenapa tanya?” Yanie sekadar menggeleng. Rasa janggal tiba-tiba. Hati Yanie tak habis-habis dengan berdebar. Tengok aje Izzad, debaran datang. Sudahlah suaminya kelihatan begitu kacak dengan baju melayu teluk belanga warna putih. Kalau Tengku Fathiah dengan Sally tengok ni, mahu pengsan.

“Yanie balik mana malam ni?” soal Izzad. Panggilan sudah bertukar kepada nama. Dia tidak mahu memanggil Yanie dengan panggilan awak dah.

“Balik rumah Ril. Semua ahli keluarga tidur sana malam ni,” jawab Yanie perlahan. Seperti tidak terkeluar suaranya.

“Ooh… malam esoklah baru boleh balik rumah saya ya,” gumam Izzad. Yanie buat-buat tidak dengar.

“Jomlah, kita pergi jalan-jalan. Kalau nak balik awal lagikan,” Izzad memulakan langkah ke keretanya. Yanie hanya menurut.

“Err… abang nak bawa saya pergi mana?” Yanie terasa mukanya merah bila memanggil lelaki itu abang. Dia mendengar di radio pagi tadi. Ada seorang ustaz beritahu yang haram seorang isteri memanggil suaminya dengan panggilan nama ataupun panggilan-panggilan yang orang lain panggil dan yang tidak menggambarkan rasa hormat seorang isteri pada suaminya. Jadi, sebab itulah Yanie mahu berubah.

“Kenapa tiba-tiba panggil saya abang?” soal Izzad kurang percaya. Wajah Yanie di sebelah dipandang dengan dahi berkerut.

“‎Sebaik saya terima akad daripada awak, saya dah ikhlaskan hati saya menerima awak sebagai suami...” jawab Yanie. Matanya turut memandang Izzad. Izzad meraup muka.

“Jangan nak buat lawaklah! Takkan dalam sekelip mata awak ikhlas... hari tu bukan main bangkang lagi!” Izzad menekan bicaranya.

“Hati dan perasaan mana boleh paksa. Mungkin ini rahmat yang diturunkan Allah kepada saya. Allah membukakan hati saya untuk menerima awak. Jadi, sebagai permulaan kita kena tukar panggilan nama kita. Panggilan melambangkan kita hormat seseorang itu. Jadi, sebagai isteri saya mestilah hormati awak sebab awak tu suami,”

“Ikut suka awaklah. Saya tak paksa. Kalau awak selesa nak panggil saya macam tu, saya tak ada halangan. Saya tak nak awak rasa terbeban,” lembut bicara Izzad. Yanie tersenyum.

“Bila dah berkahwin kita sama-sama pikul tanggungjawab baru. Tanggungjawab sebagai suami dan sebagai isteri. Kan kita ada belajar masa kursus kahwin hari tu,”

Izzad mengangguk-ngangguk. Sepatutnya dia gembira tetapi kenapa tetap terselit rasa takut dihatinya. Takut apa? Takut dia akan jatuh cinta dengan isterinya. Teringat kembali perbualannya dengan Adam suatu waktu dahulu. Dia katakan pada Adam yang dia takkan usik isterinya. Tapi, Yanie tiba-tiba dah bertukar jadi isteri mithali ni. Memang cabaran besar nak kena tempuh lepas ni. Sabar Izzad… sabar…

“Abang hantar Yanie balik teruslah ya. Takut esok penat,” Izzad bersuara. Kereta sudah berjalan di jalan raya. Sepanjang perjalanan masing-masing diam. Yanie menelefon mak ngah untuk bertanya alamat rumah Qairil.

“Abang tak nak masuk dulu ke?” soal Yanie ketika kereta sudah berhenti di depan pintu pagar rumah Qairil.

“Tak apalah. Selamat malam Yanie,” Izzad terkejut bila tiba-tiba Yanie menghulur tangan untuk bersalam.

“Terima kasih abang sebab terima Yanie jadi isteri abang. Selamat malam. Hati-hati memandu tau,” Yanie tersenyum manis. Terpana Izzad. Benarkah ini wanita yang dikenali beberapa bulan lepas? Kenapa lain benar perangainya?

“Samping abang ni nak letak mana?”

“Err… letak aje situ,” tersekat-sekat Izzad mahu bersuara. Yanie melangkah turun dari kereta.

“Assalamualaikum abang,” Yanie memberi salam sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Izzad menjawab salam perlahan. ‘Ya Allah, apa sudah jadi?’ Dia memegang dada yang tiba-tiba terasa senak. Degup jantung yang tiba-tiba kencang menyebabkan nafasnya tidak teratur. Izzad cuba bertenang. Selepas sedikit tenang, Izzad kembali memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan dia asyik memikirkan perubahan isterinya. Senyuman terukir. Sejuk hati sebenarnya mendengar isteri memanggilnya abang. Wah! Masih terngiang-ngiang. ‘Tak sabar tunggu esok!’ detik Izzad.

p/s : BAB 20 dah... bab terakhir yang diletakkan di dalam blog... kalau ada penambahan saya akan beritahu... terima kasih tak terhingga buat semua yang menyokong cerita ni dari bab 1 sampai bab 20.. terima kasih... harap bab 20 ni panjanglah ya... 25 m/s dah ni... paling panjang yang saya pernah tulis... hihihi... akhir kata, selamat membaca dan teruskan menyokong IZZAD dan YANIE... :)

53 ulasan:

Nurfazila Suhaide berkata...

Chaiyok ifah...!! >,< go izzad n yanie..

lieza berkata...

best...hope ade lagi lah new entry :)

dila dyna berkata...

terbaek la n3 kali ni hehe...cpt2 la siapkan ye manuskrip my dear ^,^

Afifah Yusof berkata...

@Faz :: terima kasih atas sokongan... ^__^

@lieza :: insya-Allah nanti saya pertimbangkan... thanks sis.. ^--^

@kak Dila :: terima kasih kak... insya-Allah manuskrip otw... hihi... ^__^

missfie_za&Lynn_are berkata...

besh sngt.. x sbr nk 2gu kuar dlm versi novel.. chaiyokx3..

Tanpa Nama berkata...

excitednya nk tau apa nk jd ngn plan Izzad dlu tu..
xjln kot noh? hehe..
bestnya diorg dh kawen..
hope Izzad x mcm2 ngn Yanie.. :D
n hope dpt publish cpt2 novel nie..best!!

[hawa]

insyirah berkata...

best lah jln citer ni..
harap citer ni akan di bukukan...
tak sabar nak tahu ape yang jadi seterusnya...
cepatlah sambung ye...

Iman Kyuhee berkata...

pergh... panjang gila. semput nak baca. hahaha... apa-apa pun, iman ucap gud luck pada akak. all the best kak ifa! ^_^

She's Lazy Gurlz berkata...

waa. suka suka.
tahniah akak :)

from shida lyna :)

Wany berkata...

Arghhh sooo sweet both of them.. Gonna miss Izzad and Yanie so so much ! Definately buy tis novel !

mizz acu berkata...

tu dia panjang sungguh! alhamdulillah da slamat kawen.. hehehe.. tp awat izzat tu xmo jth cintan ngan yanie lak..haishh

Afifah Yusof berkata...

@missfie_za&Lynn_are b :: terima kasih... nantikan.. >'-'<

@Tanpa Nama [hawa] :: apa jadi dgn rancangan Izzad dulu? hihihi... terima kasih... >"_"<

@insyirah :: insya-Allah akan dibukukan.. terima kasih... >'_'<

@Iman :: hahaha... berjam2 akak duduk depan lappy ni... thanks Iman.. all the best utk Iman juga... ^--^

@She's Lazy Gurlz :: terima kasih shida... ^__^

@Wany :: terima kasih... sabar menantikan kemunculan novel ni ya... >"_"<

@mizz acu :: hihihi.. panjang sebab akhir ni... Izzad keliru dengan hati dan rancangan.. mana satu dipilih? terima kasih sebab sokong cerita ni... ^__^

NurAtiZa berkata...

Akhirnye kahwin jugak Izzad & Yanie...
Harap Izzad & Yanie terima perkahwinan mereka...x mau fight-fight okey...XD

SueRya berkata...

Tq kak sebab novel kali ni memang panjang giler..alahai..izzad ni..macam2 hal tau..habis rancangan dye yg dulu tu macam mne?? sweet lah mereka nh~

congrats kak iffah..semoge berjaye dengan manuskrip akak..

k.mimi berkata...

TAHNIAH....Akak harap cite ni akan berada dipasaran secepat munkin tak sabar nak tahu cite selanjutnye..
Tahniah juga dengan kesabaran Iffah cite ni nampak lebih mantap...
Nak di bukukan under Publisher mana ye ?

Afifah Yusof berkata...

@NurAtiza :: lepas kahwin gaduh2 manja pula... hihihihi... terima kasih sudi baca dan komen... ^^

@SueRya :: apa yang Izzad akan buat lepas ni? nantikan... terima kasih atas sokongan... ^^

@k.mimi :: terima kasih banyak kak... hihihi... cerita ni pengubat luka di hati saya kak... publisher mana tu masih tak boleh diberitahu sekarang.. takut tak jadi pula.. bila dah confirm saya akan beritahu... thanks again kak... ^^

Tanpa Nama berkata...

plz....kak nk 1 lagi bab pasl wedding diorang.....leh x...???
huhuhu.....

Atikah berkata...

Ohooo.... Sambung la lagi sikit kak sementara nak tunggu versi cetak tu... kOmpem lambat lagi.. nanti saya rindu kat izzad n yanie... huhu... btw, good luck kak siapkan manuskrip.. buat kasi meletOp tau.. hehe..

Che Laila berkata...

Chapter 20 yg i suka....“Assalamualaikum abang!(Yanie yg TULUS) ‘Tak sabar tunggu esok!’(Izzad yg TERUJA)..SO SWEET...terbaik lar...

tie berkata...

sgt best..tp x sedap hati plak dgn perangai izzad ni..pe pun gud luck utk afifah..anda mmg penulis yg berbakat..=)

Nurul Erlysa berkata...

Best sangat kak! PLease buat bab 21 >.< semoga berjaya..Tapi jahat lah izzad tu,nak bagi adam plak.huhu

Tanpa Nama berkata...

bgs la yanie jd isteri mithali :)
bab 21 ada ekk hihi

dyaNZa berkata...

best2... x sabaq nk tggu yg edisi cetak plak... nnti rindu la plk kt izzad ngn yanie...

Tanpa Nama berkata...

Best sangat2! 6ti kangan la kt izzad ngn yanie... hehehehe... PLease la buat bab 21 >.< semoga berjaya..Tapi nape plak izzad nk bg kt adam... x sronok la klu cm 2... terasa cam jahat la plak izzad nie...

-ayunie-

Eppy Safri berkata...

Sg teruja ngan majlis n penyatuan izzad n yanie..
Tp apakah rahsia disebaliknyer yg izzad sembunyikan...
Sungguh amat ku perlu mgetahuinyerrr...

Tanpa Nama berkata...

slm.. wah2.. kali ne panjang yea... best la... klu blh smbung la lg 4 next n3.... hehehehehehe... ble erk nk bukukan x sabaq rsenyer... sronok ble tau yanie n izzad dh kawin... tp si izzad nk bg balik kt adam plak?? bg la adam jatuh cinta kt yanie tahap gaban la.... biar die rse... yanie pun dh ade rse skt kt dlm tue... pe2 pun.. tahniah wt penulis yea... ^_^

~adra nadirah edy rizal~

aya berkata...

wah wah wah..nak lagi kalau boleh..xsabar nak tggu buku di'publish'kan~`hhuhuhu..anyway chaiyok2..keep on writing! :D

Tanpa Nama berkata...

oh noo, daa keluar entry 20? berakhirnye sebuah penantian...... hehehehe... thank Afifah Yusof!! sedih la kak, bab last di blog nii, bila nk keluar kat pasaran nii?? ish..ish... utuk versi cetak nnti tajuknya xtukar kan?

afiya lidya

Tanpa Nama berkata...

Akhrnya........ Ala cdihnya last!!!! Tnggu noveL plk CIJ.... T_T mesti lambat lagi nak tunggu kuar novel kn... akn tetap menanti dgn sabar.. hehehehe... take your time Afifah Yusof... kasi meletOp! =) saya akan tunggu dengan penuh kesabaran dgn yanie dgn izzad... heee...


filza dyana... ^.^

Tanpa Nama berkata...

alaaaa.. dah abis dahh. huk3! confuse jap ngn izzad.. alaa..... kak afifah.. please sambung laa lagi... please....alaaa.... nk tggu versi bcetak kompem lmbat lg kn?? ape2pn bab ni besttt sgt...sukerrrr.. nnti bg la sedutan yer kt blog or kt page kak afifah kesah yanie & izzad ni.. ok...

adamsaarah berkata...

Best sgt baca kali ni.....yeyyyyyy yani kawin ngan izzat....nak lg bleh?lalalala....

ihaaz berkata...

tahniah akak..
hehe :)

yuyu berkata...

Sedey la plak dah last n3. Ape2 pon tahniah iffah.
Ape pon agenda izzad .. Harap dia tak sia-siakan yanie..

Tanpa Nama berkata...

nur amirah safina oyak ::

akak,pless smbg bab 21.xsbr nk tw cmne lps izzad hmpir2 terrrjtuh cinta dgn yanie.hehehehe.klu nk smbg smpai 30 p0m xkesah.lg pnjang2 lg suke. chaiyok kakkk! :) nk izzad btul2 sygkn yanie,jgn laaa main2kn yanie. heee. sambungkan deh3.. :DD
jom2! kte pkt2 komen..

cda.idah berkata...

bestnyerrrrrr.....dorg dah sah pn hehhhee....tp cian izzad lak....dah jatuh cinta dgn yanie tp...huhuhu....jgn la ada apa2..

Tanpa Nama berkata...

hai....seyes cite ni memang di tunggu2 setiap hari...bestttttt sgt..TERBAIK!!!(^_^)

Sya Ida berkata...

Dah habis ?
Hope sangat akak sambung lagi ..

Btw, dia orang memang sweet !

Tanpa Nama berkata...

Sokong awak !! Hehe ..

Tanpa Nama berkata...

besttt...mmg mnarik sgt n3 kl ni..hope sgt2 ada n3 lg lpas ni dlm blog..smpi 25 @ 30 ke..hehehe
ID akn JATUH CINTA ngan Yanie kan..hope 'happy ending' ID ngan Yanie...;)

Tanpa Nama berkata...

best2... cpt2 la smbung... hehehehehe... akhirnya kahwin jgk erk mereka kan2...

anis lyana

Tanpa Nama berkata...

best la citer ni..good job writer...

baSikaL tiGa roDa berkata...

best!tp harap2 ada kesinambungan lg.. ^^

Tanpa Nama berkata...

wait. knape izzad x nk jatuh cinta dgn yanie???
warghhhhh, apekah yg terjadi sbnrnye ni?
tak tak, rasanye izzad x nk ngaku je tu..
lelaki biasalah, kannn ^_^

from: zemah

sara berkata...

bestnya...kene tunggu versi cetak lama tu ... harap2 adalah sambungan 1-2 bab lagi sebagai pengubat rindu nanti...
apa2 pun tahniah tuk afifah

Tanpa Nama berkata...

best..=) hrp2 ade smbungan...^_^!!

from:rose zora

amorey chenyonye berkata...

lama dah tengok n3 nie tp lom sempat baca.bru je hbs baca.best n harap2 izzad tu jatuh cinta ngan yannie n bahagia ye cik writter

FifiShahRina berkata...

Wah bestnye..sweet la..teruskan karya anda!saya akan sentiasa menyokong. Chaiyok2!

suriani berkata...

bestlah..hrp hapy ending bg izzad dan yanie....jgn izzad mati tau...

edda berkata...

wah .. lentok habis... lepas ni izzad buat dingin pulak ker... adoihh siksa jiwa sendiri la pulak....

Afifah Yusof berkata...

Terima kasih banyak semua yang menyokong dan yang mengikuti karya saya yang tidak seberapa ni... sokongan anda memberi nafas baru untuk saya menyiapkan manuskrip ni... insya-Allah kita sama2 menunggu cerita ni diterbitkan... ^__^

Tanpa Nama berkata...

ifah..congrates! suka sgt cita ni! best sgt2!! chaiy0k! salam.

Tanpa Nama berkata...

Υouг current wгite-uρ has establisheԁ necessary
to myself. Іt’s really informative аnd уou are certainly very exрeriеnced in this region.
You get pοppеԁ оur sight іn οгԁеr to numeгous thoughts abοut
this kind of subject matter using intriguing and reliable content.


Feеl fгee to surf tο my homepagе
:: viagra online
Also visit my homepage viagra online

Tanpa Nama berkata...

Trust hari nie pi cari buku nie di Popular.....tetapi tiada....