Sabtu, 7 April 2012

Calon Isteri Jutawan Special Entry-Bab 21



BAB 21
“Izzad dah balik?” soal mak ngah sebaik Yanie melangkah masuk ke dalam rumah. Yanie mengangguk dalam senyuman.

“Sudah mak ngah. Pak ngah mana?” Yanie mengunci pintu grill sebelum duduk di sofa. Anak-anak mak ucu sedang menonton tv.

“Ada dekat dapur tu. Tengah duduk minum kopi,” Yanie menjeling ke dapur. Pak ngah seperti sedang termenung di meja dapur. Perlahan-lahan Yanie menghampiri.

“Pak ngah…” panggil Yanie lembut. Pak ngah mengangkat muka sambil tersenyum.

“Suami kamu mana?”

“Dah balik pak ngah. Dia nampak penat,” beritahu Yanie. Pak ngah hanya mengangguk.

“Pak ngah lega sebab semuanya dah selamat. Kamu sekarang sudah dibawah tanggungjawab suami kamu,” pak ngah senyum. Yanie melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan pak ngah.

“Terima kasih pak ngah sebab sudi walikan Yanie. Kalau arwah walid masih ada…” Yanie tidak dapat menghabiskan bicara. Sebak tiba-tiba.

“Itu dah memang tanggungjawab pak ngah. Pak ngah doakan Yanie dan Izzad bahagia. Pak ngah lega sebab dua-dua anak saudara perempuan pak ngah dah berkahwin. Dah ada orang jaga,”
Yanie mengelap tubir mata dengan hujung jari. Tangannya yang merah berinai dipandang dengan seribu rasa. Cincin di jari diusap lembut.

“Kamu pergilah berehat. Esok mesti lagi penat. Pak ngah tengok kamu ralit pandang cincin nikah tu. Baru sekejap dah rindu ya?” canda pak ngah. Yanie menunduk malu.

“Pak ngah faham. Pak ngah pun pernah rasa apa yang kamu rasa ni. Ayah mak ngah dulu sudahlah garang. Sebaik selesai nikah, kami diasingkan hampir tiga hari. Lepas itu baru boleh jumpa untuk bersanding. Lucu kalau pak ngah imbau balik. Kamu untung sebab esok dah nak sandingnya. Lepas tu dah boleh dah nak tinggal sebilik dengan suami kamu,” makin merah wajah Yanie mendengar ujaran pak ngah.

“Tak baik abang ngah usik Yanie ni,” suara mak ucu kedengaran. Pak ngah ketawa kecil. Mak ucu pun sama. Yanie memandang keduanya. Melihatkan pak ngah dan mak ucunya, Yanie akan teringatkan arwah walid sebab wajah ketiga-tiganya ada iras.

“Pergilah masuk bilik. Nanti esok tak bermaya pula,” mak ucu menepuk belakang Yanie perlahan. Yanie bangun.

“Selamat malam pak ngah, mak ucu,” Yanie bersalam dengan keduanya sebelum berlalu. Yanie berkongsi bilik dengan Kak Ifti dan Amira. Abang Malik tidak datang. Kak Ifti beritahu yang suaminya itu sibuk. Yanie melangkah ke tingkat atas. Rumah Qairil ni rumah teres dua tingkat. Besarlah juga.

“Kak Yanie…” panggil Amira. Dia sedang baring di atas katil. Kak Ifti sedang membaca. Amira tiba-tiba menuju ke tingkap dan menyelak langsir. Yanie dan Kak Ifti saling berpandangan.

“Tengok apa?” soal Kak Ifti.

“Suami Kak Yanielah. Mana?” Amir kembali semula ke katil. Yanie hanya tersenyum.

“Dia dah baliklah. Akak balik dah lama. Tadi duduk berbual dengan pak ngah dekat bawah,”

“Ooh… baru nak tengok muka suami Kak Yanie yang hensem tu,” selamba gadis ini bersuara. Dia ketawa bila Yanie mencubit lengannya.

“Jangan Mira. Ada orang marah tu,” seloroh Kak Ifti. Amira dan Kak Ifti bergabung tawa.

“Malaslah nak layan. Baik mandi,” Yanie cuba menukar topik. Malu dia jadinya dengan usikan Amira dan Kak Ifti.

Yanie mencabut selendang di kepala. Rambut panjangnya dilepas. Fuh! Lega. Berangin aje rasanya. Yanie mencapai beg pakaian dan dibuka. Kain batik dan t-shirt lengan panjang dibawa keluar.

“Kalau phone Yanie berbunyi, panggil ya,” pesan Yanie pada Amira dan Kak Ifti.

“Takut suami hensem calllah tu,” makin galak usikan Amira. Yanie buat penumbuk dengan buku limanya. Matanya sengaja dibulatkan.

“Iyalah. Kak Yanie jangan risau. Keluar aje nama Abang Izzad, Mira terus jerit nama akak,” janji Amira. Seronok dapat mengusik pengantin barukan. Yanie menggeleng dengan senyuman sebelum menghilang ke bilik air yang dikongsi dengan bilik sebelah.

Yanie membuka pintu bilik air. Rambut yang basah dilap dengan kain tuala. Kelihatan Kak Ifti sudah tertidur. Amira sedang menekan-nekan telefon bimbitnya. Sekejap-sekejap gadis itu tersenyum.

“Mesej pak welah tu,” Yanie bersuara. Amira tersenyum lebar.

“Kawanlah,” jawab Amira malu-malu. Nampak sangat dah yang ‘kawan’ tu lelaki. Kalau tidak takkanlah gadis 23 tahun ni tersipu malu.

Yanie menggantung kain tuala di kepala kerusi. Sejadah dan kain telekung dicapai. Yanie mula menunaikan solat isyak empat rakaat. Selepas itu dia solat sunat dua rakaat pula. Memohon kepada Allah diberi kekuatan dalam rumah tangga yang baru dibina. Selepas siap solat, Yanie melihat Amira membentang toto di lantai.

“Mira tidurlah atas katil. Biar akak tidur bawah,” ujar Yanie.

“Eeh… mana boleh. Akak tu pengantin. Kalau esok sakit-sakit belakang macam mana?”

“Tak adanya. Macam tak biasa tidur atas toto pula,” seloroh Yanie. Dia mengambil bantal dan selimut.

“Tak apa ke kak?” Amira menyoal risau.

“Yes my dear. Mira dah nak tidur ke? Kalau dah akak tutup lampu ni,” jari Yanie sudah berada di suis lampu. Amira mengangguk. Bilik terus gelap. Hanya diterangi lampu bilik air.

“Good night akak,” ucap Amira.

“Good night Mira,” Yanie menepuk bantal sebelum membaringkan diri. Selimut dibuka. Yanie melihat telefon bimbit yang tiba-tiba bernyala. Tertera nama suaminya.

“Assalamualaikum,” jawab Yanie perlahan. Seperti berbisik. Takut menganggu tidur Kak Ifti dan sudah pasti Amira tu baru nak lelap.

“Waalaikumusalam. Tengah buat apa?” lembut suara Izzad mendebarkan Yanie. Dalam tidak sedar dia senyum sendiri.

“Tengah baring-baring. Dah nak tidur,” Yanie mengiringkan badan ke kanan.

“Ooh… awalnya. Abang kacau ke?”

“Tak adalah. Abang tengah buat apa?”

“Tengah baring-baring juga. Mata ni tak boleh nak lelap,” Izzad terdiam. Di corong telefon hanya kedengaran deruan nafas masing-masing. Serius, Yanie merasakan yang dia sekarang seperti sedang bercinta.

“Dah sedia untuk majlis esok?” soal Izzad selepas beberapa minit suasana hanya diam. Kesunyian itu membuatkan hati masing-masing berdebar.

“Hmm… sebenarnya Yanie takut sebab abang kata ada ramai wartawan,” luah Yanie. Panggilan sudah bertambah mesra alam. Izzad ketawa di hujung sana. Tawa lelaki itu menyejukkan telinga Yanie. Argh! Apa kena dengannya? Semuanya pasal Izzad indah belaka…

“Yanie jangan takut. Abang akan sentiasa berada di sisi isteri abang ni. Abang…” tiba-tiba Izzad menghentikan bicara.

“Kenapa abang?”

“Errmm… tak ada apalah. I think you should rest now. Good night. Assalamualaikum…” Izzad sudah mahu mematikan perbualan.

“Waalaikumusalam. Good night, abang,” selepas itu talian terus dimatikan. Yanie merenung telefon bimbit. Sebenarnya, ada apa dengan Izzad? Mula-mula lelaki itu seperti mahu memanjangkan perbualan. Tapi, tiba-tiba pula dah tamat. Kenapa dengan Izzad?

“Mungkin dia penat agaknya,” Yanie menyedapkan hatinya. Tidak mahu terasa hati dengan Izzad kerana nanti dia yang akan kecewa.
………..

“Argh!” Izzad meramas rambutnya. Telefon bimbit dicampak di atas tilam. Tangannya memukul-mukul dada.

“Behave yourself Izzad. Control…control…” Izzad menarik nafas. Entah kenapa bayangan dan suara si isteri datang menjengah dan mengacau ketenteraman hidupnya.

“Aku tak suka dia… aku tak cinta dia… aku tak boleh suka dia… aku tak boleh cinta dia…” Izzad menyebut berulang kali. Dah macam baca mantera pula. Izzad menarik selimut dan terus menutup seluruh badannya. Dari kaki sampai muka. Entah pukul berapa baru Izzad terlelap.

“Abang, tengok baby kita ni. Comelkan,” Yanie menunjukkan bayi perempuan yang berada dalam dukungannya. Izzad memeluk Yanie dari belakang.

“Cantik macam mama dia,” bisik Izzad di telinga Yanie. Yanie tersenyum gembira.

“Terima kasih sayang sebab sudi lahirkan zuriat untuk abang. Abang bahagia sangat,” Izzad makin mengeratkan pelukan di pinggang si isteri.

“Tidak! Itu anak aku,” tiba-tiba muncul Adam dan terus merampas bayi dalam pelukan Yanie. Izzad memandang Adam dengan mata mencerlun.

“Bayi ni anak aku. Anak aku bersama Yanie!” jerkah Adam. Izzad terpana. Pelukan di pinggang Yanie sudah lama terlerai.

“Betul ke sayang? Anak ni anak Adam ke?” gugup suara Izzad.

“Maafkan Yanie, abang. Anak ni anak Abang Adam…” jawapan dari mulut Yanie seperti sedas tembakan maut terkena dadanya. Senyuman dan ketawa Adam kedengaran kuat.

“Tidak!!!” jerit Izzad. Badannya terus terbangun. Mata dibuka seluasnya. Izzad memandang sekeliling. Dia berada di biliknya. Di atas katilnya. Astaghfirullalazim… Izzad beristighfar panjang. Tangan diraup ke muka. Mimpi tadi benar-benar menakutkannya. Adam? Yanie?

“Ya Allah…” Izzad sekali lagi meraup muka. Macam manalah dia boleh mimpi sampai macam tu? Siap ada anak lagi. Memang advance betullah!

Izzad melihat jam yang cantik tergantung di dinding. Jarum besar dekat nombor enam, jarum kecil dekat nombor dua. Dah 2.30 pagi rupanya. Izzad baru teringat sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Dia terus bangun dan melangkah ke bilik air. Selepas berwuduk Izzad terus menunaikan solat Isyak. Walaupun agak terkial-kial tapi Izzad mencuba ingat satu persatu rukun dalam solat. Sebenarnya, dia telah meminta bantuan Adam untuk mengajarnya cara dan niat bersolat sunat dua rakaat kerana dia mahu melakukannya seusai akad nikah. Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan Allah.

“Yanie…Yanie… sampai dalam mimpi kau ada,” bisik Izzad. Dia tersenyum mengingatkan permulaan mimpinya. Sewaktu dia memeluk gadis itu. Auw! Tergoda I tau. Izzad menggelengkan kepala dengan sengihan lebar.
…………

Majlis akan bermula pada pukul 9.00 malam. Para tetamu mula hadir sejak jam 8.30 malam lagi. Yanie dan keluarganya sudah tiba di Pacific Redency Hotel Suites sejak pukul 8.00 malam. Yanie duduk di depan meja solek. Dari tadi mak andam yang ditempah tidak sudah-sudah menyapu pelbagai ‘ramuan’ di muka Yanie. Naik rimas jadinya!

“Assalamualaikum…” suara orang memberi salam mematikan gerak jari mak andam di muka Yanie. Mak andam terus memalingkan muka ke arah pintu bilik.

“Oh, my… the handsome guy. Masuklah,” mak andam jalan berlenggok menghampiri pintu. Yanie melihat dari biasan cermin besar di depannya. Sebaik melihat wajah Izzad, dadanya dipalu kuat. Yanie bangun untuk bersalam dengan suaminya.

“Waalaikumusalam. Abang dah lama sampai?” soal Yanie menunduk. Malu apabila mata Izzad galak merenungnya.

“Tak. Baru sampai juga. Kak Peah, dah siap make up ke ni?” soal Izzad sambil memandang mak andam yang sebenarnya lelaki tapi lembut.

“Sudahlah. Aku buat kerja memang tip-top,” mak andam yang dipanggil Kak Peah itu tersenyum bangga. Kemudian dia ketawa.

“Macam mana? Kau ada nak komen apa-apa ke? Aku kenalah tanya encik suami ni,” Kak Peah tersenyum-senyum. Kali ini Izzad merenung Yanie lebih lama dan mendalam. Seluruh wajah Yanie dijelajahi dengan matanya.

“Dah okay. Kerja kau, memang tip-toplah Kak Peah. Makin lawa isteri aku,” Izzad ketawa senang hati. Makin kembanglah mak andam seorang tu.

“Good. Kalau tak ada apa-apa dah, aku keluar dulu. Aku nak pergi cari meja. Perut dah laparlah, nyah. Aku jumpa kau orang dekat luar nanti,” Kak Peah mengemas beg peralatan make upnya sebelum berlalu keluar.

“Kak Peah tu bestlah,” puji Yanie. Izzad mengangguk sambil melabuhkan punggung di sofa yang disediakan.

“Tahu tak apa. Kak Peah tu sporting walaupun macam ‘adik-adik’ sikit. Tapi, okaylah. Bukannya lembut sangat pun,” komen Izzad. Yanie kembali duduk di kerusi meja solek. Selendang di kepala diperkemaskan. Itu permintaan dia sendiri. Kak Peah hanya tolong make upkan mukanya sahaja. Bab-bab selendang dan dress pengantinnya, Auntie Radziah yang uruskan. Iyalah, walauapapun Kak Peah tu tetaplah lelaki. Kena tahu batas antara mereka. Tak boleh main redah aje.

“Mana mak ngah semua?” soal Izzad.

“Dah tunggu dekat depan. Nek Wan pula mana?” Kali ini Yanie pula menyoal.

“Dekat depan juga. Melayan tetamu agaknya,” Yanie menganggukkan kepala.

“Hmm… Nervous ke?” soal Izzad bila dilihat Yanie bermain-main dengan jarinya sendiri. Yanie tersenyum kecil sambil mengangguk.

“Don’t worry okay. Abang akan sentiasa di sisi Yanie,” Romantis bicara si suami memberi Yanie sedikit kekuatan.

“Uit… uit… masa bila pengantin lelaki ada dekat sini?” tiba-tiba suara Auntie Radziah kedengaran.

“Izzad, sayang. You tak sepatutnya ada dekat sini. Auntie belum siapkan Izyanie lagi,”

“I tak sabar nak tengok wife I ni. Sebab tu datang sini. Sehari tak jumpa bagaikan setahun. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah…” Izzad ketawa kecil dengan bicaranya.

“Izzad…Izzad… kut iya pun tak sabar, coverlah sikit. Auntie pula yang malu. Izyanie, untung you dapat suami romantika de amor macam ni,” Auntie Radziah turut ketawa. Yanie tertunduk malu.

“Sudahlah, baik you keluar. Auntie nak touch up mana-mana yang patut dekat pengantin kita ni. Nanti terlambat pula,”

Izzad mengangkat punggung lambat-lambat. Tangan diletakkan di kedua belah pinggang. Izzad membuat muka tak puas hati.

“Okaylah. I keluar. Auntie dah menghalaukan,” Izzad menjeling Yanie yang mengangkat bahu. Gadis itu seperti sudah berpakat mahu menghalaunya.

“Bye… bye…” Auntie Radziah melambaikan tangan pada Izzad yang melangkah perlahan ke arah pintu. Izzad mencebik.

“Bye…” Yanie turut melambai. Kemudiannya, Auntie Radziah dan Yanie sama-sama ketawa. Izzad bercekak pinggang di muka pintu.

“Ewah! Happynya dua orang ni. Okay, tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari akan kubalas,” Izzad bersuara geram. Auntie Radziah dan Yanie menyambung tawa. Tidak dihiraukan wajah cemberut Izzad.

“Abang, baik abang pergi bersiap. Dah nak pukul 9.00 ni,” Yanie bangun dan berdiri di depan Izzad. Cukuplah dia dan Auntie Radziah mengenakan Izzad. Kesian pula. Izzad memandang tepat wajah si isteri yang dinikahinya malam semalam. Ada getar mula terbit.

“So sweet…” ujar Auntie Radziah bila Izzad tiba-tiba mengucup dahi Yanie. Yanie juga nyata terkejut dengan tindakan berani Izzad. Mukanya berubah merah.

“I’ll see you soon,” bisik Izzad lembut.

“See you later auntie,” Izzad mengangkat tangan pada Auntie Radziah yang dari tadi memerhati. Selepas bayang Izzad menghilang, Yanie duduk kembali di hadapan cermin.

“Auntie rasa macam nak muda balik. Nak kembali pada hari first auntie bergelar isteri. Saat yang paling indah dalam hidup seorang wanita,” Auntie Radziah ketawa kecil. Bahu Yanie dipegang lembut.

“Bila seorang wanita menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya, perasaan tu sangat indah. Kita buat dengan seikhlas hati. Bila tengok suami kita gembira, kita akan rasa berkali-kali gembira. Sebab itu besar pahala seorang isteri yang mengembirakan suaminya,” nasihat Auntie Radziah.

“Terima kasih auntie,” Yanie bangun dan memeluk Auntie Radziah. Saat-saat begini dia amat memerlukan seseorang seperti ibu.

“Okay. You pergi salin pakaian. Dah nak sampai masa ni,”

Auntie Radziah mengeluarkan baju pengantin dan dihulurkan pada Yanie. Yanie beralih ke bilik persalinan. Selepas siap mengenakan pakaian, Yanie keluar untuk dipakaikan selendang pula. Tudung Syria di kepala sudah digantikan dengan selendang putih yang cantik. Sesuai dengan busana rekaan Auntie Radziah.

“You look very beautiful dear,” puji Auntie Radziah. Yanie tertunduk malu. Nak angkat muka tengok cermin pun rasa malu aje.

Tok! Tok! Pintu bilik diketuk perlahan. Yanie dan Auntie Radziah sama-sama memandang pintu. Auntie Radziah menghampiri dan membuka pintu. Kelihatan Kak Ifti, Amira dan Lily sedang tersenyum lebar.

“Mana pengantinnya?” soal Amira girang. Mereka semua melangkah masuk ke bilik.

“Wow! Cantiknya Kak Yanie,” puji Amira bila mata mereka menangkap susuk tubuh Yanie yang sedang duduk.

“Cantik adik akak ni,” kali ini Kak Ifti pula bersuara. Kak Ifti membangunkan Yanie dan memeluk erat tubuh adiknya.

“Semoga adik akak ni bahagia,” bisik Kak Ifti lembut. Yanie menahan sebak.

“Yanie juga sentiasa mendoakan Kak Ifti bahagia dan sihat,” ujar Yanie menahan rasa.

“Tahniah Yanie. Awak cantik sangat malam ni,”

“Terima kasih Lily. Encik Hafiz mana?”

“Dekat bilik sebelah. Dia pergi jumpa Encik Izzad,”

“Okay girls, it’s time. Jom, bawa pengantin ni keluar,” Auntie Radziah menepuk tangan memberi isyarat sudah sampai masanya. Yanie menarik nafas dalam.

“Hati-hati jalan. Jangan sampai jatuh,” usik Amira. Yanie tersenyum sahaja. Saat-saat debaran begini gurau ketawa boleh menghilangkan debaran.

Yanie diiring keluar ke bahagian luar. Ahli keluarga yang lain juga sudah menunggu. Yanie berdiri di sebelah Izzad. Sekejap sahaja tangan Yanie sudah selamat dalam genggaman tangan Izzad. Masing-masing berbalas senyum.

“Kalau takut jangan lepaskan tangan abang ni,” bisik Izzad hanya untuk pendengaran Yanie. Yanie mengangkat muka. Mata bersabung membawa terus ke hati.

“Okay pengantin. Senyum…” Entah suara siapa yang mematikan pandangan keduanya. Yanie dan Izzad memandang ke depan. Cahaya dari lensa kamera bergemalapan menyinari kawasan luar hotel. Pengantin diarak masuk beramai-ramai sehingga ke siggahsana yang cantik dihias. Gabungan warna putih dan biru turquoise menyerikan suasana majlis.

“Abang lupa nak cakap, isteri abang cantik sangat malam ni,” Izzad berbisik hampir ke telinga si isteri. Yanie menunduk malu. Sudahlah mereka berada di atas pelamin sekarang. Banyak mata yang memerhati.

“Sudahlah berborak tu. Malam nanti sambung,” Mek Yah yang sedang menepung tawar mencelah. Wanita itu tersenyum lebar mengusik kedua mempelai.

“Nek Wan doakan kau berdua bahagia sampai ke anak cucu. Sentiasa mendapat perlindungan dan hidayah dari Allah,” sambung Mek Yah ketika bersalam dengan Izzad dan Yanie. Agak lama Mek Yah memeluk Yanie.

“Jaga Izzad baik-baik,” Pesan dari seorang bergelar nenek. Yanie mengangguk yakin. Itu tanggungjawabnya sebagai isteri dan insya-Allah dia akan lakukan dengan baik.

“Jadi suami yang baik,” Mek Yah berpesan pada si cucu lelaki pula. Izzad mengangguk sambil mata menjeling Yanie di sebelah.

Selepas kedua belah keluarga selesai menepung tawar, pengantin bersama para hadirin dan kaum keluarga mula menjamu selera. Dari tadi pasangan mempelai tidak sudah-sudah menjadi sasaran lensa kamera. Meriah sungguh. Senyuman tidak lekang dari bibir Yanie dan Izzad.

“Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir pada malam yang bersejarah bagi saya dan isteri. Doakan rumahtangga kami yang baru dibina ini akan bahagia,” Izzad membuat ucapan ringkas pada sesi terakhir majlis malam itu. Selepas bersalaman dengan para hadirin Yanie dan Izzad mendapatkan ahli keluarga yang sedang berbual.

“Terima kasih semua atas penat lelah menguruskan majlis perkahwinan kami ni,”

“Tak ada apalah Encik Izzad. Lagipun, kami bukannya buat apapun. Semua persiapan ni kan pihak wedding planner yang uruskan,”

“Pak ngah, kenapa panggil saya encik lagi? Panggil nama ajelah,” Izzad membetulkan. Pak ngah tersenyum.

“Pak ngah dah terbiasa,” pak ngah ketawa kecil. Ahli keluarga yang lain turut ketawa sama.

“Dah lewat malam ni. Marilah kita beransur,” celah Mek Yah. Anak-anak mak ucu juga sudah mengantuk. Masing-masing dah menguap.

“Iyalah. Masing-masing pun nampak dah penat. Izzad dengan Yanie tak ikut balikkan?” soalan mak ngah membuatkan Yanie mengerut dahi. Tak ikut balik? Apa maksudnya?

“Hmm… pihak hotel memang dah siapkan bilik untuk pengantin. Rugi pula kalau tak guna. Esok baru kami balik,” jawab Izzad. Amira dan Kak Ifti sudah tersengih macam kerang busuk. Nasib baik Lily dah balik kalau tidak makin ramai kaki mengusiknya.

“Tak apalah kalau macam tu. Marilah kita beransur. Mek Yah, kami beransur dululah. Esok-esok kita jumpa lagi,” pak ngah meminta diri. Ahli keluarga sebelah Yanie bergerak pulang selepas siap bersalaman.

“Nek Wan balik dulu. Kau orang berdua berehatlah malam ni,” Mek Yah bersuara mengusik ketika bersalaman dengan kedua pengantin. Yanie menunduk malu. Beberapa orang ahli keluarga belah Izzad tersenyum sahaja.

“Jom kita…” ajak Izzad bila semua sudah beredar. Hanya tinggal mereka berdua dan beberapa pekerja hotel di lobi. Malam juga sudah semakin lewat.

“Err… jom ke mana tu?” Yanie menyoal bodoh. Tiba-tiba menjadi kalut pula. Fikiran entah ke mana. Izzad ketawa kecil.

“Pergi mana lagi. Naik biliklah. Jom, abang dah penat ni,” Izzad mengenggam tangan Yanie dan menariknya menuju ke lif. Yanie hanya menurut.

“Err… abang!” panggil Yanie ketika tangan Izzad sudah mula memasukkan kad untuk membuka pintu bilik hotel. Izzad memandang Yanie.

“Terima kasih sebab sudi terima Yanie jadi isteri abang. Terima kasih sebab pilih Yanie untuk berada di sisi abang. Yanie harap abang dapat terima diri Yanie seadanya,” lembut bicara Yanie. Izzad memandang tepat wajah si isteri.

Beberapa minit Izzad tidak memberi apa-apa balasan. Izzad menyambung membuka pintu bilik. Yanie memandang hujung kaki sendiri. Agak terasa dengan kebisuan si suami. ‘Adakah Izzad tidak menerima dirinya sepenuhnya?’

“Argh!” Yanie terjerit kecil apabila terasa dirinya berada di awangan. Hampir terjatuh jadinya. Yanie memejam mata rapat. Izzad pula ketawa berdekah-dekah. Senang hati betul.

“Bukalah mata tu,” ujar Izzad. Dia meletakkan Yanie yang didukungnya di atas katil. Tangan Yanie yang memeluk erat leher Izzad membuka mata apabila punggungnya mencecah tilam.

“Jahatlah abang ni!” Tangan Yanie spontan memukul dada Izzad. Lelaki itu hanya ketawa senang hati. Jahat betullah!

“Abang nak buat something yang different sikit,” jawab Izzad selamba.

“Nasib baik Yanie tak jatuh,” rajuk Yanie. Dadanya masih berdegup kencang sebab terkejut. Tapi, tetap terselit rasa bahagia. Izzad turut melabuhkan punggung di sebelah Yanie.

“Abang takkan biarkan Yanie jatuh sebab abang dah pilih Yanie sebagai pendamping abang. Untuk abang lindungi,” perlahan bicara Izzad menusuk ke dalam hati. Yanie tersenyum bahagia. Mungkin itu jawapan Izzad untuk bicara Yanie di depan pintu bilik tadi.

“Terima kasih abang,” Yanie terus memeluk Izzad. Izzad pula yang terkejut. Berani sungguh isterinya!

“Abang nak mandi dululah. Lepas tu kita solat isyak sama-sama,” ujar Izzad selepas pelukan dileraikan. Yanie hanya mengangguk. Malu sebenarnya mengenangkan tingkah lakunya yang berani-berani memeluk Izzad.
…………….

SEUSAI solat isyak berjemaah, Izzad terus menuju ke katil. Yanie berdiri di depan meja solek. Cuba mencari ketenangan menghadapi malam ini. Yanie memandang Izzad yang sedang menepuk-nepuk bantal. Seperti sudah mahu tidur lagaknya.

“Yanie tidurlah atas katil. Abang tidur dekat sofa,” Yanie tersentak dengan bicara Izzad. Entah masa bila lelaki itu sudah beralih ke sofa.

“Kenapa pula? Kitakan suami isteri. Kenapa abang tak tidur dekat katil?” Yanie menyoal terus. Izzad hanya memandang tanpa jawapan.

“Kenapa? Salah ke abang tidur dekat sofa?” Izzad pula menyoal.

Yanie berjalan dan terus mengambil bantal dari tangan Izzad. Bantal dicampak di atas katil.

“Lesson pertama yang abang perlu tahu, adalah tentang tanggungjawab. Benda ni dah cakap masa krusus kahwin dulu. Bukan Yanie kemaruk sangat nak ajak abang tidur dengan Yanie tapi Yanie tak nak kita sama-sama berdosa. Abang mengasingkan tempat tidur macam ni adakah sebab abang anggap yang perkahwinan kita ni perkahwinan kontrak? Ataupun perkahwinan tanpa cinta?”

“Yanie sendiri tahukan yang kita kahwin bukan sebab cinta. Jadi, abang tak nak rosakkan Yanie,”

“Abang suami Yanie. Abang berhak ke atas Yanie. Jadi, tak ada istilah ‘rosak’ dalam hal ni. Macam Yanie cakap semalam. Yanie redha terima abang sebagai suami selepas abang melafazkan akad,”

Izzad meraup muka. Yanie menghampiri dan memegang tangan Izzad. Dia menarik Izzad supaya bangun.

“Abang kahwin dengan Yanie supaya Yanie dapat bimbing abang. Itu yang abang cakap dulu. Selangkah kita masuk ke dalam perkahwinan, kita akan menggalas tanggungjawab. Suami dan isteri ada tanggungjawab untuk memberi nafkah zahir dan batin. Kalau abang minta hak abang, Yanie akan bagi kerana Yanie isteri abang,”

Izzad memandang tepat anak mata Yanie. Dia sendiri keliru. Yanie mengangguk bila tangan Izzad sudah mula membuka telekungnya. Mulut membisu hanya mata yang berbicara. Dalam kesamaran cahaya lampu bilik, dua jasad bersatu. Semoga Allah merahmatinya.

P/S : Special entry untuk semua yang selama ini menyokong CIJ... maaf atas segala kekurangan dan mohon teguran untuk saya perbaiki mana yang tidak betul... terima kasih... :)

52 ulasan:

aisy berkata...

yeahhh...dh kawin pun akhirnye yanie ngn izzad..biarlah dorang kekal smpai akhir hayat....

Tanpa Nama berkata...

Like!
~m.a~

NurAtiZa berkata...

Suke2...thanks sis sebab dah keluarkan special entry untuk cite nie...
X sabar nak tggu novel nie diterbitkan...
Love you sis!!!!!!!

Hatika berkata...

Akhirnya.. Semoga perkahwinan yanie dan izzad dirahmati.. Sweet sgt.. Hihi

-Ika Hatika-

zai berkata...

dah abis ke..?
ala...sambung la sikit lg....
mcm tak puas je ni.....
please....

dila dyna berkata...

teruja...excited, rase nk terlompat2 pun ade!!! asal sweet sgt yanie n izad ni haha...cptlah siapkn manuskripnya adikku afifah, akak dh x saba nk menanggung seksa ni hikhik... ^_~

Eppy Safri berkata...

menitis air mata ni tetiba jap...
sungguh terharu ngan Yanie dan Izzad..
izzad jgn di sangsikan lagi cinta yg tulus dari Yanie a.k.a Ai....hihihiii

yuyu berkata...

Gud job Iffah.. Harap Izzad akan jd suami yg baik kpd yannie

Atikah berkata...

Sweeetttttttnyaaaaa...
Aigooo... Tambah2 rindu la saya dgn Yanie n Izzad lepas ni.. sObs2...
Tapi Yanie sgt baik Okeyy.. Izzad yang cari pasal tahu.. dah dapat bini baik macam tu sila hargai... tak hargai ai karate u izzad... haha.. ^_^

Tanpa Nama berkata...

so sweet

Afifah Yusof berkata...

terima kasih buat semua... insya-Allah saya siapkan manuskrip secepatnya supaya dalam tahun ni juga boleh terbit... sekali lagi terima kasih atas sokongan anda semua... ^^

Ainaa Azlan berkata...

thank you cik penulis sebab letak special entry ni . hehe :)

hambali's daughter berkata...

best3 ,,, x saba nka bace novel ,, nax tgx konflik dye ,, msty lagy menarik ....:)

She's Lazy Gurlz berkata...

saya memang suka larh.
hehehe. hrap hrap dioarng akn bahagia untk selamanya. hehehe :)

Aina Shukri berkata...

yeayy!! izzad tu ckap je.. sweet lar akak.. taip laju2 taw! x sbar nx bca ending cerita ni..

idA berkata...

salam dik..thanks for d special E3..bila nak diterbitkan dik..rasa tak sabar nak membacanya dan dibuat koleksi peribadi..

ain79 berkata...

yeah da de SE da..ske2..hrp2 izzat cncel la blik nk bg yanie pd adam nti..biarla bhgia ngn yanie ea

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua... love you all <3 <3 <3

kak idA :: tak taulah kak bila akan terbit sebab manuskrip tak siap lagi... insya-Allah saya cuba cari masa utk siapkan... ^__^

insyirah berkata...

wwaahh!!
best pulak..cepat lah sambung..tak sabar nak bace...
n jgn pisahkan yanie dan izzad...
jgn satu kan yanie n adam..tak rela lah...

Tanpa Nama berkata...

lamanya tunggu. nak pensan baca entry kali ni..cepat2 siapkan manuskrip.. reader dah nak masuk icu ni nak tunggu kesudahan cerita

Tanpa Nama berkata...

napa la izzad tu mimpi pelik2...harapnya kekal bahagia

salmiah berkata...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak sabar gilaaa.tolong la jadi buku cepat2. terima kasih untuk special entry ^_^

FifiShahRina berkata...

Wah! best sngt..

y@t berkata...

izzad sakit kan....

Tanpa Nama berkata...

1stly, thanks ya...special n3 bab 21..mmg terbaekkk lah..xsabar tugu novel..xcited sgt..suka sgt akhirnya ID & Yanie bersatu...hope xpisahkan ID & Yanie walau apa keadaan skali pun..xnk Yanie & Adam okeyyy...hehe

Tanpa Nama berkata...

sweetla Izzad..Yanie tegas..Izzad akur..hurm, menarik...:)
konflik???..xmuncul lagi..next n3 boleh???..hehe
bila Yanie tahu Izzad ni sakit???

hananajwa berkata...

sambunglah lg.pleazeeeeeeeee....

hananajwa berkata...

sambunglah lg.pleazeeeeeeeee....

Tanpa Nama berkata...

harap-harap Izzad takde leukemia macam mama dia sebab dia asyik kata selalu demam? but all in all, good job writer! can't wait for the novel! agakagak bila keluar ya?

Afifah Yusof berkata...

terima kasih atas komen2 dan sokongan dari anda semua... bila keluar novel ni saya tak tahu lagi sebab saya masih belum menyiapkan manuskripnya... saya cuba siapkan untuk hantar pada penerbit dlm kadar segera... terima kasih... :)

suriani berkata...

yes dah berbahagia nmpaknye..harp berpanjangan lah ye..teruskan usaha anda..saya suka membacanya dan menghayatinya...

hananajwa berkata...

< a >

Esrohana berkata...

Harap sdri Afifah x matikan watak Izzat... boleh merana saya yg minat ni

Tanpa Nama berkata...

i really hope yanie akan kahwin dgn adam so izzad is mine haha XD but now rasa happy pulak bila yanie dgn izzad so adam dgn i lah haha XD

Tanpa Nama berkata...

harap harap takdelah drama yang terlampau berat dan klise. taknak izzat mati!

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua-semua yang mengikuti cerita ni... belum sampai konflik lagi ni... Yanie patut dengan Adam atau Izzad? hihihi... sama-sama nantikan ya... terima kasih banyak semua! :)

benz zaty berkata...

salam.dgn izzad la iffah........

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nk tunggu novel ni keluar....please cpt2 siapkan....kalu xde masa nk taip saya boleh tolong taipkan manuskrip tu...hehehehhe

Afifah Yusof berkata...

benz zaty :: salam... Dengan Izzad? hihihi... insya-Allah... nantikan ^^

T.Nama :: hahaha... boleh, boleh! hihihi... terima kasih sebab suka cerita ni... insya-Allah manuskripnya dah hampir nak ke penghujung... doakan saya dapat siapkan ya... ^^

Tanpa Nama berkata...

cerita nie mmg best...hrp2 izzad dpt bsma yanie...^_^

Tanpa Nama berkata...

nk tya, novel ni dh ada d psrnke? nk beli lh x sbr nk tahunendingnya :)

Tanpa Nama berkata...

nk tya, novel ni dh ada d psrnke? nk beli lh x sbr nk tahunendingnya :)

Afifah Yusof berkata...

T.Nama 1 :: terima kasih... ;)

T.Nama 2 :: cerita ni belum dibukukan lagi... kalau dah saya akan war-warkan... terima kasih.. ^^

has_1309 berkata...

Afifah, ni bab terakhir ke? bila nak siapkan manuskrip? x sabar nk tggu lama-2 sgt.. good job dear :-)

Tanpa Nama berkata...

salam, baru baca special n3...tak sabar tunggu buku kluar...tahniah

Afifah Yusof berkata...

kak has_1309 :: aah, ini bab akhir... insya-Allah manuskrip dah nak hampir siap... terima kasih kak ^^

T.Nama :: terima kasih... insya-Allah saya siapkan cepat.. ^^

Tanpa Nama berkata...

Bku nie belum jual lgi ke

Afifah Yusof berkata...

T.Nama :: Belum ada dipasaran lagi... nanti bila dah tahu terbit, saya akan war-warkan ^^

cyah berkata...

salam sis dah publish ke citer ni x sabar nak baca kesudahannya.... Under publisher mana eh? Jodoh kau dan aku pun best hehehe....

Afifah Yusof berkata...

cyah :: wasalam sis. cerita ni belum publish lagi. InsyaAllah saya diberitahu dalam tahun depan baru terbit. Doakan ya. Terima kasih kerana mendapatkan novel JKDA. Maaf atas kekurangan. ^__^

azmawani ibrahim berkata...

siss... dah di publish ke novel ni.. dah lama tunggu... :D..

ayu salina berkata...

mcm mana nak order novel ni?