Sabtu, 6 Oktober 2012

AKU BUKAN ORANG GAJI - BAB 1



[BAB 1]


Aku meneliti duit syiling yang berada di dalam tangan.  Sepuluh sen, dua puluh sen, tiga puluh... belum sempat aku menghabis kira, duit syiling sudah jatuh bergolek-golek di atas lantai.  Aku memegang lengan yang terasa sakit.  Memang sengallah siapa yang langgar aku ni!  Sekeping syiling dua puluh sen masih sedang bergolek dan terus masuk ke dalam longkang.  Aku mengetap bibir.

"Sorry, sorry.  Tak sengaja,"  suara seorang lelaki mengembalikan aku ke alam nyata.  Menyedarkan aku yang aku baru sahaja dilanggar sehingga duit syiling aku masuk ke dalam longkang.  Aku mengangkat muka.

"Tak apalah.  Benda dah nak jadi,"  gumamku.  Memang memusnahkan moodku sahaja.  Dahlah tekak ni kering.  Duit syiling dah habis pula.  Nak guna duit kertas ada duit besar aje.  Seringgit kertas dah habis.

"Sorry tau.  Err... saya ganti balik duit yang jatuh dalam longkang tu."  Lelaki yang berT-shirt biru gelap ini sudah membuka beg dompetnya.  Aku melihat sahaja.  Beberapa minit lelaki itu menggodek beg dompetnya sebelum dia tersenyum ke arahku dengan muka bersalah.

"Tak ada pula duit syiling ni.  Erm, saya ganti dengan seringgitlah.  Nah!"  Lelaki itu menghulur not biru kepadaku.

"Tak apalah kalau tak ada.  Tak payah ganti."  Aku bersuara akhirnya.  Biarlah... mungkin bukan rezeki nak minum air dari mesin minuman ini.  Baik aku pergi koperasi sahaja.  Boleh pecah duit kertas sekali.  Terpaksalah berjalan jauh sedikit.

"Ambillah..."  Lelaki itu menggesa pula.  Aku menggeleng.

"Tak apa.  Dua puluh sen aje kut.  Saya boleh pergi beli air dekat koop aje."  Aku sudah mahu beredar tetapi lelaki itu mengikut pula.

"Kalau macam tu saya belanja air dekat koop.  Yang ini awak tak boleh tolak."  Dia tersenyum.  Aku bingung.  Lelaki ni tak faham bahasa ke apa?  Aku cakap tak payah gantikan tadi.

"Err... it's okay.  Tak payah semua tu.  Terima kasih ya."  Dengan pantas aku berjalan meninggalkan lelaki itu.  Haraplah dia tak mengekor.  Kenal pun tidak, sibuk-sibuk nak belanja air.  Nampak dek member-member baik aku, tak ke timbul spekulasi.  Panas!  Aku berasa lega bila berjaya sampai di koperasi seorang diri.  Tanpa 'pengikut'.  Terus aku menuju ke peti minuman dan melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Berapa kak?"  Aku menyoal pada kakak di kaunter.

"Seringgit lapan puluh sen."  Aku membuka beg duit dan menghulurkan wang sepuluh ringgit.  Kakak kaunter tersenyum.

"Tak ada duit kecil ke dik?"  soalnya.  Aku tersenyum sahaja sambil menggeleng.

"Nah, kak!  Saya bayarkan untuk dia."  Entah tangan makhluk mana yang menghulur duit dua ringgit pada kakak kaunter.  Aku angkat muka.  Masya-Allah.  Dia lagi!  Lelaki itu tersenyum-senyum bila kakak kaunter menghulurkan baki dua puluh sen.  Aku diberi kembali duit sepuluh ringgit.

"Terima kasih kak."  Lelaki itu tersenyum lebar pada kakak kaunter yang turut tersenyum dari tadi.  Aku terus berlalu keluar.

"Sekejaplah..."  Lelaki itu menahan aku untuk kedua kalinya.  Aku memandang dengan pandangan kurang senang.

"Yes?  Nak apa lagi?  By the way, thanks for the drink."  Aku menunjukkan minuman ke arahnya.  Lelaki itu mengangguk sahaja.

"Err... fakulti mana?"  soal lelaki itu.  Aku angkat kening.

"Kenapa nak tahu?"  soalan berbalas soalan.  Lelaki itu tersenyum meleret.

"Saje.  Takkan tak boleh tanya kut..."  Dia masih mencuba.  Aku terdiam.  Mataku menangkap kelibat Aisyah, sahabatku.

"Ha, kejap-kejap!"  Sengaja aku bersuara begitu sambil mengangkat tangan.  Aisyah yang tidak tahu apa-apa hanya mengerut dahi.  Aku memandang lelaki yang masih setia berdiri menunggu jawapanku ini.

"Sorry tau.  Kawan saya dah panggil tu.  Pergi dulu."  Aku terus berlari anak dan menarik tangan Aisyah berlalu dari situ.  Terkebil-kebil Aisyah dibuatnya.

"Kau kenapa ni?  Aku nak pergi kooplah."  Aisyah bersoal pelik.  Aku tersengeh sahaja.

"Tak ada apa.  Nah, air!  Ada orang belanja."  Aku menghulurkan air tin di tangan kepada Aisyah.

"Thanks.  Tapi, siapa mamat yang dengan kau tadi tu?"  Aisyah membuka tin minuman dan terus disisip sedikit.  Dia menunjukkan kepadaku.  Aku turut menyisip sedikit.  Buat hilang dahaga.

"Mamat mana?"  Aku buat-buat blur.  Aisyah menyiku lenganku.

"Yang tadilah... Yang bercakap dengan kau tadi?"  Aisyah ni dah macam polis pencen.  Semua nak tanya.

"Ooh... entah.  Aku tak kenal pun.  Dia ada tanya benda dekat aku tadi.  Sudahlah, buat apa cakap pasal orang tak kenal."  Aku menutup cerita.  Full stop!  Aisyah tersengih-sengih.

"Tapi boleh tahan juga muka dia..."  Mula dah minah ni!  Aku menggeleng sahaja.  Whateverlah.

~will be continue.... :-)

Pesanan Tuan Tanah ://  Sorry lama tak berasap blog ni.  Sunyi aje.  Bab 1 [ABOG] release.  Sorry sebab pendek.  Nak tengok feedback aje dulu.  Idea cerita ni pun tiba-tiba aje datang.  So enjoy!  Any comment just drop here!  Thank you ^__^

19 ulasan:

arifuka kashirin berkata...

nak lagi!

Eppy Safri berkata...

Aduiii naper sitit sangat x puas hayati lg...
Fifah nk uat citer genre?..

Afifah Yusof berkata...

arifuka kashirin :- hihi. sabar ya. Terima kasih sudi baca :-)

Eppy Safri :- hihi. testing baru kak. kalau ada yang suka kita sambung bagi panjang. Cerita ni buat genre remaja lepas tu baru kahwin. :-)

ArifahLee berkata...

Sambung .. Nk baca !! :)

Ciel93 berkata...

Best.nak lg.

Wild Cherry berkata...

Ni novel ke mini novel? best la Ifa... santai je...

Afifah Yusof berkata...

ArifahLee :- hihi. sabar ya. Terima kasih sudi baca ;-)

Ciel93 :- hihi. terima kasih banyak :-)

kak Wild Cherry :- Tak pasti lagi nak buat novel ke mini novel. hihihi. kali ni buat cerita remaja pula... terima kasih kak sudi drop komen ;-)

Zalida berkata...

Salam Afifah....interesting opening. Bila nak sambung ni?

Afifah Yusof berkata...

@Zalida : Wasalam kak. Terima kasih banyak. Ada masa nanti saya sambung. Sekarang nak kena bergilir dengan dua cerita lagi. Mana yang idea datang kita sambung yang itu dulu ek. :-)

Ruunna Qizbal berkata...

best2..

cyah berkata...

permulaan crita nampak cam best jer

cyah berkata...

permulaan crita macam pest jer... Cpt2 sambung tau

Afifah Yusof berkata...

Ruuna Qizbal : Terima kasih banyak :-)

cyah : hihi. insyaAllah akan disambung. Terima kasih :-)

somnus@atika berkata...

ABOG~~~~yeahhh...we want more..we want moree

Seri Ayu berkata...

Salam, memang tak puas nak baca skit sangat.

Ayu dzulkarnain berkata...

uikss... tak perasan ada cite baru..hehehee

nice intro fifah.. gud luck :)

Farra Joe berkata...

Awesome^^

NurAtiZa berkata...

Best...#^_^

Afifah Yusof berkata...

Somnus -: hahaha. terima kasih sudi baca :)

Seri Ayu -: wasalam. sorry sebab pendek. hehe. terima kasih sudi baca :)

kak Ayu :- hehe. terima kasih banyak kak :)

Farra Joe :- thank u very much dear :)

NurAtiZa :- terima kasih banyak :)