Isnin, 8 Oktober 2012

AKU BUKAN ORANG GAJI - BAB 2



[BAB 2]

"Awak!"  Aku memandang Aisyah di sebelah dengan dahi berkerut.  Aisyah turut memandangku.

"Kau dengar tak?"  Aku menyoal.  Aisyah mengangguk.

"Dengar.  Ada orang panggil kita ke?"  Aisyah buat muka bingung.  Aku angkat bahu.

"Awak!"  Suara itu kedengaran lagi.  Kini begitu hampir.  Aku dan Aisyah memberhentikan langkah dan berpaling.  No way!

"Tunggulah sekejap."  Lelaki itu berhenti betul-betul di depanku.  Aku menarik nafas.  Ingatkan selepas kejadian semalam aku takkan berjumpa dah dengan lelaki yang seorang ini.  Sangkaanku meleset seratus peratus.

"Iya.  Ada apa?"  Aku menyoal perlahan.  Takkan pasal hal semalam tak habis lagi kut?  Lelaki itu tersenyum.  Dia menjeling sekilas Aisyah yang duk tersengeh dari tadi.

"Err... aku jumpa kau dekat kelaslah.  Chow, dulu."  Aisyah menepuk lembut bahuku dan terus berlalu.  Tak sempat aku nak menahan.  Minah nilahkan.  Memang nak kena.

"Ada apa ya?  Saya nak masuk kelas ni."  Aku menyoal lagi kepada lelaki ini.  Serius, kenal lelaki ini pun tidak.  Apa yang dia nak?!

"Awak tak jawab lagi soalan yang saya tanya semalam."  Lelaki itu bersuara selamba.  Aku mengerut dahi.  Ada nak kena makan penampor ni!  Aku memeluk tubuh sambil tangan melihat jam.  Kurang sepuluh minit lagi kelas akan berlangsung.

"Errm... kenapa dengan awak ni ya?  Saya bukan sombong tapi kita memang tak kenalkan.  Jadi, penting ke awak nak tahu?  Saya cuma curious aje kenapa awak nak tahu sangat tentang saya ni.  Awak ada niat tak baik ke?"  Prejudis!  Lantak kaulah nak cakap aku apa.  Berhati-hati itukan satu sifat yang baik.  Lelaki itu ketawa kecil.

" Mesti awak banyak sangat tengok drama ni.  Apa, awak ingat saya ni psiko ke?  Nonsenselah..."  Lelaki itu masih ketawa.  Ewah, mamat ni...

"Mana tahukan... hati manusia,"  jawabku malas.  Lelaki itu mengangguk-angguk.  Sekali lagi aku melihat jam di tangan.  Time to go...

"Saya nak masuk kelas.  Pergi dulu..."  Tanpa mendengar balasan dari mulut lelaki itu aku terus beredar.  Tahan aku semata-mata nak menagih jawapan semalam.  Apa kena dengan lelaki tu?  Mereng?



Penat!  Tapi nak buat macam mana.  Sebagai pelajar terpaksalah mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Aku melihat jam yang sudah menginjak ke angka 6.00 petang.  Langit pun sudah bertukar mendung.  Mahu hujan barangkali.  Hari Khamis memang merupakan hari yang penat.  Kelas start dari pukul 9.00 pagi.  Rehat pada pukul 1.00 dan disambung sehingga jam 6.00 petang.  Memang jadual yang padat.

"Bas Nora sampai pukul berapa?"  soalku sambil menghidupkan enjin kereta.  Aisyah memandangku.  Aku menekan minyak perlahan dan kami meninggalkan kawasan kampus.

"Rasanya pukul 6.00.  Kita pergi straightlah dekat stesen bas."  Aisyah bersuara.  Aku menurut sahaja.  Kereta dipandu untuk menghala ke stesen bas Shah Alam seksyen 17.  Seorang lagi rakan baikku.  Nora namanya.  Tapi dia bercuti kecemasan kerana atuknya meninggal dunia beberapa hari lepas.  Pasti sahabatku itu masih dirundum sedih.

"Mesti dia sedihkan,"  ujar Aisyah perlahan.  Aku mengangguk sahaja.  Ya Allah, semoga Nora dan keluarganya diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan ini.

"Insya-Allah kita sama-sama doakan semoga dia kuat."  Aku tersenyum kecil.  Aku juga pernah kehilangan.  Kehilangan insan yang paling aku sayang.  Ibu yang melahirkanku.  Sudah masuk tahun kelima aku tanpa seseorang bergelar ibu.  Sesuatu yang amat payah untuk aku terima.  Tapi itu dulu.  Sewaktu aku masih tidak menerima hakikat.  Kita seharusnya terima Qada' dan Qadar yang Allah telah tetapkan.  Setiap manusia memang akan mati.  Antara cepat dan lambat sahaja.  Semua itu ada hikmahnya.  Buat aku belajar berdikari dan lebih cekal menghadapi dugaan hidup.

Selepas selamat menjemput Nora, kami terus pulang ke rumah.  Selepas membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib, aku terus memasak.  Masakan yang ala-ala kadar sahaja.  Maklumlah, rumah bujang.  Telur dadar dan sardin.  Memang dah macam makanan wajib ada.

"Nora, kau nak tahu tak.  Ada mamat usha kawan kita yang sorang ni."  Aku menjeling sahaja mendengar Aisyah bercerita.  Ada nak kena stapler mulut ni.

"Serius?  Mamat mana?  U kita ke?"  Aku mendengar sahaja suara Nora yang menyoal penuh ingin tahu.  Aku menghampiri.  Meletakkan pinggan lauk telur dan sardin di atas meja makan.

"Jangan layan sangat Aisyah ni."  Dengan selamba aku bersuara.  Aisyah mencubit lenganku.  Aku angkat kening.

"A'ah.  Budak U kita juga.  Tapi tak tahulah fakulti mana.  Nak tahu lebih lanjut kena tanya Cik Suria kita ni."  Aisyah menyambung kata.  Nora mengalih pandang ke arahku.  Aku buat tidak dengar.  Menyenduk nasi ke dalam pinggan dan kuhulurkan kepada keduanya.

"Dah-dah.  Tak payah nak bergosip sangatlah.  Baik makan cepat."  Aku menukar haluan cerita.  Jangan dilayan sangat Aisyah dan Nora bergosip ni.  Padahal aku pun sama.  Kaki gosip.  Tapi bila kena batang hidung sendiri, diam ajelah.

"Suria..."  Nora memanggilku.  Nak minta aku ceritalah tu.

"Nak tahu apa?"  soalku malas.  Nora dan Aisyah dah angkat-angkat kening.  Saling cuit mencuit.  Aku menjeling geram.  Kecik besar aje aku tengok dua orang ni.  Pantang betul bab-bab macam ni.

"Nama apa?  Fakulti mana?"  soal Nora dengan sengihan tak lekang dari bibir.  Aku pura-pura berfikir.

"Nama dia Hayden Christensen.  Fakulti lelaki muka hensem.  Nak tahu apa lagi?"  Aku ketawa mengekek bila Nora dan Aisyah dah buat muka marah.  Sekelip mata lenganku dicubit Aisyah.

"Main-main pula dia..."  Marah Aisyah.

"Betul apa."  Aku menegakkan benang yang basah.  Lucu dapat mengenakan dua sahabat baikku ini.

"Ada nak kena lepuk dengan periuk belanga ni.  Suria!  Hayden tu pelakon yang kau minat tulah.  Yang berlakon dalam cerita Jumper.  Kau ingat kitorang tak tahu ke."  Nora mula membebel.  Makin kuat aku ketawa.

"Tahu tak apa.  Habis korang pergi tanya nama mamat tu, aku jawablah."  Aku masih nak menang.  Sekali sekala duduk dan bergurau dengan rakan-rakan memang bestkan.

"Seriuslah Suria.  Apa nama mamat tu?"  Amboi Aisyah!  Masih tak nak kalah.  Aku meneguk air masak bila ketawaku reda.

"Entah.  Aku tak tanya pun nama dia.  Fakulti apa pun aku tak tahu.  Aisyah, Nora, aku dengan dia tak kenal pun tahu tak.  Jadi, jangan nak buat gosip hangat dekat sini ya.  Tutup cerita.  The end."  Aku memandang keduanya.  Mengharapkan sampai di sini sahaja.

"Emm... tak bestlah.  Mana tahu esok dia tahan kau lagi.  Macam hari ni."  Aisyah tersengeh panjang.  Aku menggeleng.  Never again!



Mulut Aisyah ni memang masin.  Berhantu.  Argh, tarik balik kata-kata kau Aisyah.  Aku terus menukar haluan apabila ternampak kelibat lelaki itu baru keluar dari koperasi.  Terbantut.  Aisyah dan Nora tak ada pula untuk dijadikan penghadang.  Aku dengar suara lelaki itu memanggi seperti semalam tetapi aku abaikan.    

"Eeh... janganlah lari. Saya bukannya hantu. Saya Ridhuan Syafiq. Boleh kenal tak?"  Ambik kau.  Senafas lelaki itu menuturkan kata sebaik dia menghalang laluanku.  Aku mengetap bibir.  Segan sebab ada mata yang memandang.

"Eee...mamat ni. Kenal pun tidak, menyibuk aje. Tak kisahlah Ridhuan Syafiq ke, anak menteri ke, ada saya kisah. Jangan paksa saya boleh tak?"  Aku memeluk tubuh.  Tidak suka dengan apa yang sedang berlaku ini.

"Masa bila saya paksa awak?  Saya cuma kenalkan diri aje."  Ada sahaja modal lelaki ini nak menjawab.  Aku jahit-jahit mulut tu karang.

"Yang awak duk kejar saya ni kenapa?  Tak ada kerja lain nak buat?  Saya tak nak kenal dengan awaklah."  Geram aku bersuara.  Lelaki itu tetap tersenyum.

"Saya just nak tahu nama dan fakulti aje."  Masih tidak mahu berputus asa lelaki seorang ini.  Fade up betul.

"Kalau saya beritahu, awak janji tak kejar saya lagi?"  Aku menyoal.  

"Emmm..."  Hanya itu yang dijawab.  Iya ke tidak ni?  

"Suria Chinta.  Interior Design student.  Puas hati?"  Aku menjeling.  Nampak kepuasan pada muka lelaki bernama Ridhuan Syafiq ini.

"Suria Chinta?  Nama fb ke apa?"  Terpacul soalan itu dari mulut Ridhuan.  Aku mengetap bibir.  Lelaki ini tersenyum-senyum sahaja.  Loyar buruk!  

"Menyesal saya beritahu awak nama saya..."  Aku terus berlalu pergi.  Sakit hati woo... 

-------------->

Pesanan tuan tanah ://  Bab 2 release.  Terima kasih sudi baca.  Maaf kalau ada kekurangan.  Harap enjoy :-)
  

8 ulasan:

somnus jusyil berkata...

suria chinta...wow....napa x somnus jusyil...hahah..tu baru nama fb..heheh

Wild Cherry berkata...

waaa uniknye name... dah mcm siaran radio Suria fm tu je... kan ade segmen Suria Cinta en... hehehe

Eppy Safri berkata...

Cantiknya nama....
Menarik x sabo nk tau lg, sbb tang mana akn jd spt tajuk tu...

Afifah Yusof berkata...

somnus jusyil : hahaha. adik beradiklah tu. dua-dua nama pelik... hahha. terima kasih sudi baca sahabatku :-)

kak WC : hihi. itulah. saya baru terfikir juga. macam nama siaran radio pula... hihi. terima kasih kak sudi baca :-)

kak Eppy : terima kasih kak sudi baca. okey, kita nantikan bila masuk part tajuk tu ek... hihi :)

rahsia hatiku berkata...

hahaha...nama ridhuan syafiq, tringat plak kat member masa skolah nama ridhuan syafiq jgak..

NurAtiZa berkata...

Best....#^_^

Afifah Yusof berkata...

terima kasih semua yang sudi baca dan komen. ^__^

Hatika berkata...

Baru bc ni.. Tak pasan ada n3 baru. Best lah n cpt sambung ye.. Hehe

-Ika Hatika-