Ahad, 4 November 2012

AKU BUKAN ORANG GAJI - BAB 3



[BAB 3]

"Suria!"  Namaku dilaung dari jauh.  Siapa lagi kalau bukan malaun bernama Ridhuan Syafiq itu.  Aku buat tidak dengar.  Aisyah dan Nora sudah terjenguk-jenguk ke belakang.  Mencari si pemanggil.  Nora menarik lenganku supaya berhenti.

"Dia panggil kaulah."  Nora menunjuk ke arah Ridhuan  yang sedang berlari anak ke arah kami.  Aku menggaru pipi yang tidak gatal.

"Inilah mamat yang aku cakap tu."  Aisyah pula berbisik perlahan ke arah Nora.  Aku menjeling sahaja.  Nora tersengih-sengih.

"Hai!"  Ridhuan Syafiq sudah berdiri di depanku dengan nafas yang agak termengah-mengah.  Agaknya dia ni berlari dari mana ya?  Aku mengangguk sahaja.

"Hai!"  Aisyah dan Nora menjawab serentak.  Ridhuan tersenyum ke arah dua temanku ini.

"Saya Aisyah.  Ini Nora."  Aisyah bersuara.  Memperkenalkan  dirinya dan juga diri si Nora ni.

"Saya Ridhuan.  Awak berdua ni kawan sekelas Suria ke?"  Peramah lidah mamat ni menyoal.  Aku ni dah macam tak wujud pula di sini.

"A'ah.  Kawan sekelas dan serumah.  Kitorang kawan dari tahun pertama lagi."  Nora menjawab.  Ridhuan mengangguk sahaja.

"Ermm... Habis sekarang ni tengah tahun berapa?"  Soal jawab masih diteruskan.  Aku menjeling sahaja si Ridhuan ini sambil mataku memandang sekeliling.  Tak strategik betul tempat berbual ni.  Tengah-tengah jalan hampir dengan kawasan kafe.

"Kitorang dah final year.  Awak tanya kitorang ni awak pula?  Junior ke?"  Soalan Aisyah membuatkan aku ketawa kecil.  Junior?  Kena sangatlah tu...  Ridhuan menjelingku sekilas.

"Tak adalah.  Saya pun tengah final year.  Student fotografi."  Ridhuan menunjukkan beg yang tertulis jenama Nikon yang tersangkut di bahunya.

"Kitorang nak pergi kafe ni.  Nak join sekali tak?  Boleh sambung berbual dekat dalam."  Nora mencelah laju.  Aku menarik nafas.  Akhirnya sedar juga di mana kami sedang berada ini.  Aku ingatkan nak berbual sampai petang dekat sini.  Ridhuan mengerling jam di pergelangan tangannya.

"Sorry.  Saya sebenarnya dah habis kelas ni.  Dah janji nak keluar dengan member.  Lain kali kut."  Ridhuan tersenyum kecil.  Matanya memandangku seperti ingin berkata sesuatu.  Aku buat-buat tidak tahu.  Buat seketika suasana menjadi sunyi.  Tiada siapa yang bersuara.  Aku sudah berura-ura mahu beredar apabila Aisyah tiba-tiba bersuara.

"Err... kitorang masuk dalam kafelah ya.  Nice to meet you Ridhuan.  Suria, kitorang tunggu kau dekat dalam."  Aisyah sudah menarik tangan Nora untuk berlalu.  Aku memandang dengan pandangan terkejut.  Tiba-tiba aje minah dua orang ni.

"Suria..."  Perlahan sahaja Ridhuan menyebut namaku.  Aku diam sahaja.

"Kawan-kawan awak tu sporting ek,"  ujarnya.

"Memang pun.  Diorang memang macam tu.  Terlebih peramah,"  komenku.  Ridhuan juga tersenyum.

"Saya nak minta maaf pasal hari tu.  Saya tak bermaksud nak ketawakan nama awak."  Ridhuan membetulkan beg kameranya yang hampir melurut jatuh dari bahu.

"Tak ada apalah.  Saya dah lupa pun.  Lagipun bukan benda baru.  Setiap kali saya beritahu nama saya mesti ada yang tak percaya.  Dah terbiasa dah..."  Aku bersuara perlahan.  Tiada nada menyindir atau apa.  Aku sekadar memberitahu.

"Tapi, unik tau nama tu."  Ridhuan mengangkat keningnya dengan senyuman.  Aku senyum.  Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

"Bukan haritu awak dah janji tak nak kacau saya ke?"  soalku.  Kali ini aku pula yang mengangkat kening.  Ridhuan menggaru dahinya.

"Iyake?  Ada ek?"  soalnya bodoh.

"Adalah... "  Yakin aku bersuara.

"Tapi rasanya saya tak cakap pun saya janji.  Saya cuma cakap emm... aje.  Betul tak?"  Aku pula yang pening.  Betul ke?  Dia ni memang sengaja ajekan.

"Entah... tadi awak cakap dah habis kelaskan.  Pergilah balik."  Aku cepat-cepat menukar topik.  Takut kalau berpanjangan aku sendiri tak terjawab.

"Tadi niatnya memang dah nak balik.  Tapi mata saya ni tiba-tiba ternampak awak.  Saya nak minta sesuatu ni dengan awak.  Harap awak tak tolak."  Suasana tiba-tiba menjadi dingin.  Aku tak tahu nak menjawab apa.

"Boleh tak saya jadi kawan awak?"  ujarnya spontan.  Aku kelu.  Wajahku tiba-tiba terasa hangat.  Mungkin sebab ini kali pertama ada lelaki yang bercakap sebegitu denganku.

"Rasanya sekarang pun kita dah berkawankan.  Sebab saya tahu nama awak dan awak tahu nama saya.  Awak pun dah berkawan dengan kawan-kawan saya.  Awak juga bercakap dengan saya sekarang.  Itu sudah dikira berkawankan."  Rasanya itu jawapan terbaik yang dapat aku beri.  Rasanya definisi kawan tu dah betullah.  Ridhuan tersenyum.

"Okey.  Jadi, lepas ni kalau saya nak bercakap dengan awak bolehlah ya?  Awak takkan lari sebaik nampak sayakan?"  Soalannya membuat aku tersenyum kecil.

"Insya-Allah.  Hmm... saya nak pergi makanlah.  Kejap lagi nak solat.  Kelas saya pukul 2.00.  Takut terlewat."  Ridhuan mengangguk.

"Terima kasih sebab tak lari dari saya hari ni.  Assalamualaikum,"  ujarnya sebelum aku beredar.  Aku mengangguk sahaja sambil menjawab salamnya.  Kaki dibawa melangkah ke dalam kafe.  Kenapa hatiku tiba-tiba rasa berdebar ni?  Pelik...  Dari jauh aku sudah terpandangkan Aisyah dan Nora yang sedang tersenyum penuh makna.  Banyaklah soalan yang terpaksa aku jawab nanti.

Bagaimana aku berkawan dengan Aisyah dan Nora, begitulah aku berkawan dengan Ridhuan.  Sesekali kami akan makan bersama kalau sudah berjumpa di kafe.  Maklumlah, jadual kelas kami adalah berbeza-beza.  Tapi, aku tidak pernah makan berdua sahaja dengan Ridhuan ni.  Mesti ada Aisyah dan Nora kerana Ridhuan juga sudah rapat dengan dua orang rakan baikku itu.  Kadang-kadang kawan Ridhuan juga turut serta.  Namapun pelajar.  Mesti ada geng sendiri.  Jaranglah nampak pelajar berseorangan.

"Hujung minggu ni budak fotografi ada camping dekat Gunung Ledang.  Nak ikut?"  soal Ridhuan sambil memandangku, Aisyah dan Nora.

"Buat apa kitorang nak ikut.  Namapun budak fotografi punya aktiviti.  Apa kejadahnya budak interior design ada dekat sana,"  jawabku sambil menyuap nasi ke dalam mulut.  Aisyah dan Nora hanya diam memandang.

"Sebenarnya bukan satu kelas yang pergi.  Ini lebih kepada aktiviti kumpulan aje.  Firdaus, Haikal dengan Reza aje pun."  Ridhuan menerangkan.  Aku menggeleng.

"Yang itu lagi bahaya.  Kalau ada pensyarah or budak-budak kelas yang ramai kira selamatlah sikit.  Awak ni agak-agaklah nak ajak kitorang.  Kami ni perempuan.  Tak sesuailah nak pergi camping dengan awak dan kawan-kawan awak tu."  Aku menyedut minuman pula.  Ridhuan memandangku tidak berkelip.  Aku bangun tanpa suara.  Mahu ke singki untuk membasuh tangan.  Beberapa minit aku kembali semula ke meja.

"Saya acah aje.  Itupun nak marah ke?"  Ridhuan menjelingku.

"Siapa cakap saya marah?"  Aku mengangkat kening.

"Habis, tadi bukan awak marah ke?  Okay, my bad.  Memang tak sepatutnya saya ajak korang."  Ridhuan meletakkan tangan di atas meja.  Aku diam sambil memeluk tubuh.

"Korang janganlah nak bergaduh pula.  Hal kecik ajekan.  Relaxlah."  Nora bersuara cuba menenangkan keadaan yang tiba-tiba berubah dingin.

"Siapa pula yang nak bergaduh?"  soalku geram.  Ridhuan juga sudah memeluk tubuh.  Tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berbunyi.

"I'll have to go..."  Ridhuan bersuara selepas dia selesai bercakap telefon.  Dia memandangku dengan pandangan sayu.

"Kita tak bergaduhkan?"  soalnya.  Aku tersenyum kecil.

"Tak adalah.  Bukan hal besar pun.  Tapi, thanks sebab sudi ajak kitorang pergi camping tu walaupun kitorang tak boleh nak join."  Dia mengangguk dengan senyum.  Aku, Nora dan Aisyah turut beredar selepas Ridhuan meminta diri.  Baru aku perasan.  Sejak berkawan dengan Ridhuan, kami tidak pernah duduk melepak di tempat lain selain kafe.

"Kau dengan Ridhuan tu ada apa-apa ke?"  Soalan mengejut daripada mulut Aisyah benar-benar membuatku terkejut.

"Ada apa-apa macam mana?  Dia kawan aku macam kawan dengan koranglah."  Aku menerangkan.  Nora dan Aisyah tersenyum macam kerang busuk.  Siap melaga-laga bahu lagi.  Aku laga kepala tu nanti baru tahu.

"Iyake?  Aku rasa Ridhuan tu macam anggap kau lebih dari sekadar kawanlah.  Tengok, dia layan kitorang macam biasa-biasa aje.  Tapi bila bercakap dengan kau macam special pula."  Nora bersuara.  Aku ketawa kecil.  Nonsense.  Mengarut aje dua orang rakanku ini.

"Mana adalah.  Tak baik tau buat cerita.  Dengar dek mak we dia ke.  Geng dia ke.  Kan menjadi masalah tu.  Korang sendiri tengokkan.  Kita kalau melepak pun berempatkan.  Macam mana aku kawan dengan kau orang berdua, macam itulah aku kawan dengan Ridhuan.  Tapi, of courselah kau orang kawan yang special sikit dari dia tu."  Aku memeluk bahu Aisyah dan Nora.

"Sedap telinga aku dengar kau cakap macam tu."  Nora ketawa mengekek.  Aisyah pun sama.

"Tapikan, katakanlah yang Ridhuan tu suka kau.  Apa kau nak buat?"  Aisyah memandangku serius.  Aku seperti biasa ketawa ajelah.

"Soalan apa ni Aisyah? Tak naklah cakap benda macam ni.  Sebelum ni hidup kita okey aje tanpa ada benda-benda macam nikan.  Kehadiran Ridhuan dalam hubungan persahabatan kita ni takkan merubah apa-apa.  Tujuan kita datang sini nak belajar.  Lagi-lagi sekarang ni kita tengah final year.  Tak naklah benda-benda tak sepatutnya menganggu dalam pelajaran kita."  Panjang lebar aku menjelaskan.  Aisyah dan Nora tersenyum kecil.

"Tapi apa salahnya sebelum kita meninggalkan dunia universiti ni kita cari pak we dulukan?  Sebab dekat luar nanti susah nak cari dah."  Gatal sahaja suara Nora ni.  Aku dan Aisyah terus mencubit perut Nora.  Kami ketawa sesama sendiri.

"Gatalnya..."  Aku menggelengkan kepala.

"Hang ni memanglah..."  Aisyah juga bersuara dalam senyuman.

"Aku gurau ajelah."  Nora membela diri.  Kami kembali ke kelas seusai menunaikan solat Zohor.

Jam sudah menginjak ke angka 1.30 pagi.  Aku, Nora dan Aisyah masih belum tidur.  Hari ini kami baru mendapat taklimat tentang Projek Sarjana Muda yang harus kami laksanakan pada tahun akhir ini.  Banyak benda yang harus dilakukan.  Tidak mahulah sepanjang 4 tahun belajar ini disia-siakan.  Aku mahu bergraduasi dengan cemerlang seperti pelajar lain.  Itu harapan kedua orang tuaku ketika mereka menghantar aku ke sini.

"Aku dah mengantuklah.  Nak masuk tidur dulu."  Nora menutup mulut dengan tangannya.  Menguap.  Aisyah juga sudah berair matanya menahan ngantuk.

"Aku pun samalah.  Dah tak larat nak berjaga.  Dahlah kelas kita sampai petang tadi."  Aisyah juga sudah bangun dan mengemas segala buku dan kertas kerjanya.  Aku turut membuat perkara yang sama.  Aku ini dikategorikan sebagai penakut juga.  Tak sanggup aku berjaga sorang-sorang.

"Good night."  Aku mengucapkan kepada Nora dan Aisyah.

"Night... Esok siapa terjaga awal gerak Subuh ya."  Nora bersuara perlahan.  Aku dan Aisyah mengangguk sahaja.  Masing-masing melangkah ke bilik.  Aku membaringkan badan di atas katil.  Selimut ditarik sehingga ke dada.

'Tapikan, katakanlah yang Ridhuan tu suka kau.  Apa kau nak buat?'  Tiba-tiba kotak fikiranku teringatkan kata-kata Aisyah siang tadi.  Aku menggeleng laju.

"Mengarut betul.  Buat apalah Ridhuan tu nak suka aku.  Kalau jumpa asyik nak bergaduh.  Buat sakit hati aje."  Aku bercakap sendiri.  Dalam diam aku tersenyum sendiri.  Tipulah kalau aku cakap tidak terdetik suatu rasa apabila bersama lelaki itu kerana Ridhuan merupakan lelaki pertama yang serapat ini denganku.  Lumrah manusialah pasti ada sedikit rasa suka.  Tapi bagi aku, rasa itu tidak harus berlanjutan buat masa sekarang.  Masanya belum tiba.  Biarlah soal pelajaran menjadi keutamaan sekarang.  Aku memejamkan mata.  Tenanglah wahai hati...

Pesanan tuan tanah ://  Happy reading.  Terima kasih bagi yang sudi baca, sudi komen, sudi singgah dan semualah.  Thank u coz support me.  Maaf di atas kekurangan dan mungkin cerita ni agak boring.  Ini first time saya tulis novel yang dimulakan dengan genre cinta remaja.  Biasanya start-start hero n heroin tu dah bekerjakan.  Saya akan perbaiki kelemahan saya dari masa ke semasa.  Terima Kasih daun keladi.  Nanti bacalah lagi.  hehehe  :)

5 ulasan:

cyah berkata...

wah best jer relationship dorang ni...:-)

norihan mohd yusof berkata...

akak pun rase ridhuan ade ati kat suria...

Eppy Safri berkata...

Ermmm ridhuan ader hati yek ngan suria...
Menarik...

eifa yusof berkata...

Salam. dlm hati ada taman tu. tu diaaa

Afifah Yusof berkata...

hihihi. dalam hati ada taman ya. Ridhuan suka dalam diam tu... hehehe. terima kasih semua yang sudi baca dan drop komen. Nantikan sambungannya :)