Sabtu, 13 April 2013

TEASER 1 & 2 : CALON ISTERI JUTAWAN


(Teaser 1)

“Terima kasih abang,” ucap Yanie perlahan sambil bibir mencium dahi suaminya. Izzad masih belum berkutik.

“Yanie akan cuba jadi isteri yang baik buat abang,” bisik Yanie perlahan. Dia mencapai kain tuala dan pakaian di hujung katil sebelum bangun melangkah ke bilik air. 

.....................

“Hmm… abang tak kisah pun bila-bila Yanie nak pindah. Janji, minggu depan Yanie kena masuk kerja. Dah lari dari perjanjian ni,” canda Izzad. Yanie ketawa kecil. Lupa pula yang dia ada perjanjian dengan Izzad dulu. Sepatutnya sejak habis sesi ujian lagi dia harus masuk bekerja. Menjadi pembantu Lily. Tapi sampai ke hari ini dia masih belum memulakan tugas. Elok sangatlah tu! Konon-kononnya nak lari, tapi lastly jadi bini big boss juga.

“Dulu Yanie tak suka dengan abang. Sebab itu tak masuk kerja,” jawab Yanie selamba. Dia terjerit kecil bila jari Izzad mencubit pipinya. Sakitlah!

“Kenapa tak suka?” Suara Izzad seperti orang yang tak puas hati aje bunyinya. Yanie tersenyum meleret. Lucu tengok wajah si suami. Macam budak-budak. 

“Kenapa ek? Biar Yanie fikir dulu…” Yanie meletakkan jari telunjuk di hujung bibir. Buat-buat macam tengah berfikir panjanglah. Sekali lagi pipinya dicubit Izzad. 

“Sakitlah, abang! Suka hati aje nak cubit pipi Yanie,” adu Yanie geram. Dua kali kena tu. Sakit doh!

“Yanie tulah. Berfikir macam banyak aje benda tentang abang yang Yanie tak suka. Tercabar tau tak,” Izzad bercekak pinggang. Sebenarnya kesian juga tengok pipi isterinya yang menjadi mangsa. 

“Tahu tak apa. Memang banyak pun. Abang tu, dahlah kaki perempuan. Mak we keliling pinggang. Suka-suka hati nak peluk cium anak dara orang. Berbulu mata Yanie tengok tau,” luah Yanie tanpa berselindung. 

“Tak sama ke kaki perempuan dengan ada mak we keliling pinggang? Maksud macam sama aje. Kalau macam tu tak dikiralah.” 

“Mengadalah…” Yanie terus mencubit geram lengan Izzad. Apalagi, mengaduh sakitlah si jutawan ni. Padan muka! 

“Tak baik cubit suami tau,” Izzad buat suara manja. Yanie buat don’t know. 

“Kalau macam tu, baik sangatlah cubit isteri ya?” Yanie membalas. Izzad tersengeh lawa. Erk! Lawa? Macam tak sesuai aje. Erm… kita tukarlah. Izzad tersengeh macho. Ha! Baru sesuai.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

(Teaser 2)

Perlahan-lahan kereta yang dipandu Adam memasuki kawasan sebuah rumah banglo. Yanie hanya memerhati dari sebalik cermin tingkap. Wau! Besaunya…

“Kita dah sampai. Selamat datang ke Teratak Indah.” Suara teruja Adam menyambut Yanie membuatkan gadis itu tersenyum kecil.

“Teratak Indah tu nama rumah ni ke?”

“Yup! Nama yang diberi oleh arwah auntie. Seindah kawasan rumah ni.”

Sebaik enjin kereta dimatikan, Yanie melangkah perlahan-lahan. Dalam keterujaan melihat rumah besar di depannya, terselit juga rasa terkilan. Terkilan kerana bukan si suami yang menjemputnya buat pertama kali dia menjejakkan kaki di sini. Yanie memandang Adam yang sedang mengeluarkan beg-beg pakaiannya. Lelaki itu pula yang seperti suaminya. Argh! Persetankan perasaan terkilan ni. Bukannya Izzad sengaja tidak menjemputnya. Lelaki itu sedang sakit! Fahamilah wahai hati…

....................

“Ubat-ubat abang simpan mana?” soal Yanie bila bubur dalam mangkuk Izzad sudah mahu habis. Konon, tadi cakap tak ada selera. Sekarang bila bubur depan mata, makan punyalah laju. Nampak sangat laparnya.

“Dekat kabinet tepi tu,” Izzad hanya tunjuk dengan sorotan mata. Yanie bangun dan melangkah ke arah yang ditunjuk.

Sebaik membuka kabinet, mata Yanie dihidangkan dengan beberapa botol ubat dan beberapa papan paracetamol atau lebih dikenali dengan nama Panadol. Yang geramnya, semua tidak berusik pun lagi. 

“Abang ingat ubat-ubat ni semua nak buat tayangan ke?” Geram Yanie bersuara bila dia kembali dengan membawa sepapan Panadol. Izzad hanya tayang gigi.

“Ala… biasanya tak makan ubat, baik juga…”

“Menjawab! Sekarang, Yanie nak abang telan ubat ni. Nah!” Yanie menghulurkan dua biji pil berwarna putih dan diletakkan atas tapak tangan Izzad. “Makan!” Yanie memaksa. Nak tak nak, Izzad telanlah juga. Berkerut-kerut mukanya.

“Ha! Apa rasa makan ubat? Sakit? Ke, telinga abang hilang kalau makan ubat?” Sengaja Yanie menyindir. 

“Pahitlah…tak sedap…” rungut Izzad. Dia masih lagi meneguk air mineral.

“Memanglah. Dah, sekarang pergi berehat. Kalau abang masih tak sihat, macam mana nak pergi pejabat.” Mangkuk dan gelas yang sudah diguna Izzad, Yanie ambil dan dibawa ke singki. 

“Iyalah, doktor!” Kali ni Izzad pula menyindir. Dia ketawa bila Yanie bercekak pinggang.

“Pergi naik berehat…” arah Yanie buat kesekian kalinya. Dengan malas Izzad bangun dan memulakan langkah. 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>



7 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

best2

Ros berkata...

Novel ni da diterbitkn ke? Bila tarikh kuar?

Wany berkata...

Update k kalau dah keluar. :)

Nana Nn berkata...

best sesangat....
mmg dh lama x sabar tunggu ni...
sib baik ada teaser ni,
terubat rindu....

kalu buku dh kuar jgn lupa pasang speaker....
hehehe.....

Tanpa Nama berkata...

Saya suka cerita ni. Saya baru terjumpa blog ni pagi tadi, terus membaca dan teruja sungguh nak tahu kesudahan cerita. Harap2 jodoh mereka berdua berkekalan.... ^_^

Zakiah Halim berkata...

bila kluar novelnye yer... lama tgu... b4 ni baca dlm p2u...

Afifah Yusof berkata...

Ruunna Qizbal, Ros, Wany, Nana Nn, T.Nama, Zakiah Halim

->terima kasih semua. cerita ini sedang dalam proses penerbitan. insya-Allah sedikit masa lagi. Nanti kalau dah keluar saya war-warkan. :)